Reality in Real Life

Laluan Ini Menunggu Kenderaan VIP Terhumban

Jalan Istana, susur Lebuhraya KL-Seremban/
Jalan Sg Besi, Kuala Lumpur
25 Nov 2012
9.15 pagi.
 

Sila rujuk paparan ini di dalam ondscene mengenai kes di lokasi sama :

20 Ogos 2012 – Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi

23 Sep 2012 – Lagi Kenderaan Jatuh Di Lokasi Sama

dan analisis isu pada :

22 Sep 2012 – DBKL Sila Bertindak Segera Di Laluan Maut Ini

Tahun ini sahaja, paling kurang sudah 5 kenderaan telah terhumban di lokasi sama, dan mujur tidak melibatkan kematian. (bukan semua kes saya sempat membuat liputan)

Kita tidak mahukan kemalangan berlaku lagi di lokasi ini, tetapi malangnya, ia tetap berlaku.

Kemalangan berlaku pelbagai cara dan situasi samada akibat kecuaian kita atau kecuaian pihak lain sehingga membabitkan kita.

Tetapi, untuk mengurangkan impak kemalangan itu, sesuatu wajib dilakukan segera.

Dalam kejadian pagi tadi, sebuah Naza Suria dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu merempuh kon-kon plastik sebelum terhumban dan terbalik ke atas Jalan Sg Besi di bawah.

Pemandunya difahamkan cedera parah – dan lebih bernasib baik apabila tidak mengenai kenderaan /mangsa lain yang melalui jalan bawah tersebut.

Besi-besi penghadang jalan di laluan atas sebenarnya telah lama ‘jahanam’ akibat kemalangan sebelumnya (mungkin sejak tahun lepas), dan digantikan dengan kon-kon plastik (water barrier yang tidak mengandungi airpun).

Saya rasa pasti, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL atau pihak yang berkaitan tidak akan berbuat apa-apa dengan lokasi ini kerana tiada kepentingan bagi pihak mereka untuk menyegerakannya dengan pelbagai alasan.

Cuma harapan saya, biarlah ada VIP / VVIP yang terhumban bersama kenderaannya, dan berkemungkinan maut, MAKA, barulah semua itu digantikan…

Mungkin itu sahaja caranya untuk kerosakan ini digantikan dengan tembok batu, walaupun mungkin cara ini dianggap kurang ajar.

31 Comments

  1. Leong's Gravatar Leong
    16/01/2014    

    Aku ingat jalan mana ni, rupanya kt selekoh ni. Aku setuju penghadang jalan yang dibuat daripada besi adalah lebih wajar digunakan sebab dulu saya ternampak ada sebuah kereta Mercedes-Benz W123 yang tersangkut dn tidak jatuh ke bawah, kalau lah masa itu guna kon plastik nampak gaya jahanamlah nyawa orang itu.

  2. aku ler's Gravatar aku ler
    13/01/2014    

    hahaha lawak la senario lu bro…nway lu selalu kena panah petir ker bro???

  3. sudahlahlabu's Gravatar sudahlahlabu
    01/12/2012    

    owh malaysia ada jalan mcm ni?? wow~ malunya aku – -”

  4. 30/11/2012    

    Ya, saya perlu menyokong pandangan ini selepas pelbagai kemalangan yang berlaku namun tiada tindakan yang wajar dilakukan demi keselamatan semua pihak.

    Mengapa perlu mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan wajar bagi menyelamatkan pelbagai pihak.

    Bagaimana agaknya jika yg terhumban itu ditakdirkan kenderaan YDPA?

  5. 28/11/2012    

    As-Salam. Bila benda gini ambik mudah …. dah jadi kat batang hidung sendiri baru semua nak buat itu dan ini …

  6. putra's Gravatar putra
    28/11/2012    

    memang tak dinafikan kecuaian pemandu jadi faktor utama kemalangan macam tu. tapi dalam kes macam ni, tembok batu dapat kurangkan peratusan kereta terhumban sekaligus meningkatkan tahap keselamatan pengguna. jangan bermegah kita ni bawak kereta cukup berhemah. kita merancang, Dia yang menentukan.

  7. chiewwl's Gravatar chiewwl
    27/11/2012    

    kita sama2 tunggu mana2 kenderaan kerabat VIP,VVIP terhumban (kemungkinan maut)…

  8. Jenny's Gravatar Jenny
    26/11/2012    

    I seen before from the opposite road, how a kancil drive slow maybe ard 60, weather clear, tetiba SPIN menghadap kereta yg datang. Terkejut I memandang.

  9. affendi's Gravatar affendi
    26/11/2012    

    cuba senario ni: semua bawak mengikut undang-undang.. tiba-tiba kilat menyambar sebuah kereta lalu terbabas ke laluan maut ni.. nak salahkan siapa? Tuhan? Kalau la ada penghadang tu sekurang-kurangnya pemandu tu terselamat walaupun, sungguhpun, dia bawak laju.

  10. Afzan's Gravatar Afzan
    26/11/2012    

    kalau betul2 nak kurangkan kemalangan? kenapa kawasan ni tak disenaraikan dalam pengawasan kamera AES? http://projects.feedgeorge.com/aes/

  11. zul's Gravatar zul
    26/11/2012    

    Jangan campur aduk kan semua benda..

    Yang bawak laju mmg salah..

    Pihak yang bertanggungjawab menyelenggara jalan tersebut tapi gagal menjalankan tanggungjawab mereka pun salah jugak..

    Kita nak elakkan orang lain jadi mangsa sbb tu perlu ada preventive action.. kalau x senang je semua jalan kt malaysia ni x perlu ada divider tengah tu.. so kalau org lain terbabas .. salah kan org tu je la abis cerita..

  12. azlan's Gravatar azlan
    26/11/2012    

    paling senang dah mudah…. letak je bonggol sebelum naik flyover tu…..hahahahaha..

    tak pun kamera AES 60kmj sebelum fly over.. muahahahaha…..

  13. ali's Gravatar ali
    26/11/2012    

    minda skeptikal org malaysia..sentiasa nk menyalahkan pihak lain..dah tau situ selekoh tajam, yg gi drive laju2 buat apa? even bwk 70kmh kt situ pun dah kira sgt berbahaya, inikan pulak time2 hujan..

    mcm gak dulu kt tol jelapang..skrg dah ubah tol tu, kenderaan2 berat [lori bas] tetap eksiden kt situ..

    apa yg susah sgt nk pandu cermat dan cekap? kenapa mesti jugak nk salahkan dbkL jkR etc tknk pasang tembok la tknk itu ini la tp attitude driver?

    mungkin sbb tu kot majoriti pemandu malaysia ni melenting bila kamera AES dipasang..suma jenis tksyg nyawa tp bila berretorik? perggghhh kalai pakar kaji selidik punca kemalangan

  14. harunismail's Gravatar harunismail
    26/11/2012    

    betoi tu..banyak sangat dah kes kat sini..cedera parah pulak tu..mungkin tunggu VVIP atau VIP, atau orang2 berpangkat di DBKL sendiri yang jatuh daripada laluan ni, baru nak berusaha baiki semula kot.

  15. 25/11/2012    

    jalan ini senggaraan dbkl atau pihak lain seperti jkr?

  16. Kakti's Gravatar Kakti
    25/11/2012    

    Salam. Sepatutnya di pasang penghadang tinggi di kawasan selekoh spt. di AKLEH.

  17. 25/11/2012    

    Tiada keperluan rasanya untuk kami membaiki pengahadang jalan ini kerana setakat ini tiada VVIP yang MAMPOS atau keretanya TERBALIK di laluan itu.

    Sekian,

    Harap Maklum.

    “Saya Yang Berkhidmat Untuk VVIP Sahaja”

  18. Am's Gravatar Am
    25/11/2012    

    Agree!!!

  19. Am's Gravatar Am
    25/11/2012    

    Boleh kata tiap2 hr guna jalan ni, n perasan dr istana lorong 3 laluan, ramai org bwk laju. Tiba2 kt atas corner tu selekong yg membuang ke tepi. Kalau yg bwk mcm pelesit tu mmg la hilang kawalan lalu jatuh. BIar je xpyh letak penghadang. Kalau dh bwk laju2 xigt dunia tanggung sendiri la kalau apa2 jd. Xda nk libat/langgar/susah kn org lain.

  20. luncai's Gravatar luncai
    25/11/2012    

    salam…kum.janganlah kita salahkan pihak yg dipertanggungjawapkan 100%. kita pandu kenderaan kita dilaluan tersebut dan kaji masalahnya.memang dah diberi mcm2 amaran.iyelah kalau dah memang bodohbangang #MINTA MAAF. berlagak. terimalah akibatnya.kalau letak tembok besar manapun ,.bawa laju .hmmm hentam tembok juga.apasalah bawa slow kat situ. tak rugipun…

  21. othman94's Gravatar othman94
    25/11/2012    

    setuju dengan Mie
    tu lah aku pon kekadang pelik jugak knp diorang guna besi sedangkan tembok lagi kukuh..dekat flyover lebuhraya persekutuan bersebelahan dgan MSU pon sama..kalau lah kete terbabas lnggar besi tu pstu jtuh kt bwah kan naya je

  22. joehairil's Gravatar joehairil
    25/11/2012    

    setuju dgn pendapat abg sham

  23. Mie's Gravatar Mie
    24/11/2012    

    Yang menghairankan mengapa besi digunakan sebagai penghadang di tepi laluan. Bukankah batu lebih kukuh. Perasaan ngeri boleh dirasakan jika kita memandu di lebuhraya ELITE dari persimpangan Bukit Jelutong ke USJ di mana jalan tersebut agak tinggi dan di kiri kanannya hanya di pagar dengan besi sahaja.

  24. wilma's Gravatar wilma
    24/11/2012    

    saya sokong apa yang abg sham cakapkan.kena ada VVIP yang kena baru la diorang terhegeh-hegeh nak baiki jalan tu.kita ni orang biasa sapalah nak pandang macam nyawa tak berharga je…

  25. Azmin's Gravatar Azmin
    24/11/2012    

    Ibarat mencurahkan air ke daun keladi

  26. afirdaus.ab's Gravatar afirdaus.ab
    24/11/2012    

    Ya, saya setuju. VIP sahaja mampu menjerkah mereka ni….

  27. along z7's Gravatar along z7
    24/11/2012    

    sy ada ketika kejadian ni.elok je lps jln kt ctu.terus dgn bunyi berdentum.ms toleh ke belakang,kereta tu sedang terbalik.tayar ke atas.org ramai tolong betulkan keadaan kereta tu semula

  28. TheOne's Gravatar TheOne
    24/11/2012    

    Bila nak songlap duit, laju sepantas kilat, tapi bila nak buat kerja, tunggu akhir zaman. Itulah orang Malaysia. DBKL, memang tidak boleh pakai langsung dan sungguh tidak peduli tentang hidup dan nyawa manusia yang lain.

  29. rakyat's Gravatar rakyat
    24/11/2012    

    lagi satu tempat yang perlukan sign anak panah yang tercapah dua tu…

    di laluan masuk ke ikea dari LDP. divider di situ selalu makan kereta…

  30. Afzan's Gravatar Afzan
    24/11/2012    

    bawak kereta macam hantu… memanglah kemalangan… cuba patuhi undang2… takkan jadi macam ni punya…

  31. GG's Gravatar GG
    24/11/2012    

    Dia org nak tunggu ahli keluarga mereka kiok kotlah tu + claim insuran bagai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting