Land-Rover Tentera Terbalik – 1 Maut, 5 Parah

KM 2
Lebuhraya Duke
Arah Jalan Duta
Kuala Lumpur
15 Mei, 2010
6-45 petang
Amat menyayat hati apabila melihat nasi bertaburan di atas jalan.

Begitu juga lauk-pauk dan bungkusan mee.
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 645 petang di KM 2 Lebuhraya Duta-Ulu Klang DUKE selepas Plaza Tol menghala Jalan Duta.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ini.

Mangsa, Askar Wataniah Pbt Abdul Mutalib Katap, 42 tahun, yang juga penumpang belakang, tercampak keluar dan cedera parah di kepala dan muka.

Mangsa dipercayai dihempap oleh Land Rover terbabit.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Land Rover yang membawa lima anggota tentera termasuk 2 anggota wanita dan seorang pemandu itu hilang kawalan setelah dipercayai mengalami masalah tayar.
Akibatnya, Land Rover terbabit terbalik beberapa kali menyebabkan ia remuk samasekali dan beberapa penumpang tercampak keluar.
Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kem Batu Kantomen setelah menghantar bekalan makanan ke Kem Serendah.
Pemandu Land Rover dan seorang anggota wanita , cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM.
Manakala mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat.
Kemalangan menyebabkan lebuhraya hanya boleh dilalui satu lorong.

Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

  • Pada 2010.05.15 13:08, karl menulis:

    Al-Fatihah buat mangsa. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

    • Pada 2010.05.15 13:56, Shima Ibrahim menulis:

      Abg Sham, ktorg tgh tggu gmbr ni. Sebab ayah saya pegawai atasan unit terlibat. Setakat ni maklumat yang kami dapat tak berapa lengkap tentang tempat kejadian dan kenderaan terlibat. Tadi di Buletin Utama pun maklumat bercanggah jugak. Sekarang tempat kejadian dah tahu, so kenderaan je la ktorg nak pastikan. Klau tak menyusahkan, harap Abg Sham dapat upload gmbr segera. Thank u.

      • Pada 2010.05.15 15:05, Nur menulis:

        alfatiha untuk arwah.. semoga rohnya tenang dan kepada yg parah semoga cepat sembuh.. amin

        • Pada 2010.05.16 12:03, azreen menulis:

          Al-Fatihah buat arwah semoga Roh nya dikalangan org2 yg beriman..

          Pd ms kejadian(baru saje berlaku),sy dan rakan2 melintasi tempat kejadian yg penuh dgn tragis itu..Ramai yg meluru untuk menghulurkan bantuan…mangsa maut tu tertiarap dgn berlumuran darah ditengah jalan…suasana kelam kabut dan sayu sgt2…mangsa yg lain kelihatan trauma dan ada anggota yg terbaring ditepi divider tidak sedarkan diri…mangsa yg terperangkap didalam landrover tak tahula mcm maner keadaan beliau.ada org awam yg masih cuba untuk memberi bantuan..kejadian berlaku lebih awal dr gambar yg dipaparkan..was wondering kenape lambat bantuan sampai..huhu…mangsa mungkin dpt diselamatkan…

          Walau mcm mana skalipun, mangsa meninggal di saat beliau menjalankan tugas..Harap keluarga beliau bersabar dan semoga rohnya dicucuri rahmat…

          Amiiin….

          • Pada 2010.05.16 15:09, HadSha menulis:

            kejadian ni mmg menyayat hati…
            saye ade tgk gambar dari waktu siang. Mangsa masih lagi ada ditempat kejadian. Mangsa dihantar ke hospital dengan van (mangsa cedera ringan).

            menurut saksi, BOmba dan ambulans sampai cepat.. dan nasib baik ada masyarakat prihatin yang membantu menghantar mangsa ke hospital. Maybe yg cedera parah takdapat ditolong.

            sedihla tgk gambar nasi2 byk dijalanan..

            Alfatihah untuk keluarga mangsa..

            Kena sentiasa periksa tayar gamaknya nih. SElalu xcident tiba2 sebab kes tayar pecah..

            • Pada 2010.05.17 03:42, WW Bridal Boutique menulis:

              akum…pasukan yang terlibat dengan kemalangan ini adalah bersebelahan dengan pasukan saya. terkejut dengan berita kemalangan tersebut..takziah dan Al-Fatihah kepada mereka yang telah kembali kepadaNYA

              You must be logged in to post a comment.