Langgar dan langgar dan langgar…
3 Jan 2009
Mulanya hanya kemalangan membabitkan sebuah lori kecil yang terbabas.
Bagaimanapun, kerana kejadian berlaku di selekoh, dan jalan pula licin akibat hujan, akhirnya membawa padah kepada ramai pengguna jalanraya lain.Kejadian bermula kira-kira jam 9 pagi di Jalan Mahameru berhempiran susur Parlimen dan Bangsar di bawah jejambat Bangunan parlimen.
Akibat kemalangan pertama, lori terbabit merintangi satu laluan di lorong kanan. Selekoh tajam dan pemanduan yang laju akhirnya sebuah kereta terus melanggar lori terbabit.
Kemudian diikuti sebuah lagi kereta.Beberapa minit kemudian, dua buah lagi melanggar belakang kereta di hadapnnya yang membrek mengejut akibat akiat terkejut dengan kemalangan di hadapannya.
Dan, dalam tempoh setengah jam, sekurang-kurangnya 15 lagi kereta merempuh satu sama lain .Keadaan menjadi amat kelam kabut.
Ada pemandu yang sebaik dilanggar belakang keretanya di laluan kanan, terus keluar dari kenderaan. Keadaan ini menyebabkan kenderaan lain pula tidak sempat membrek.
Berlakukah seperti dalam filem Hollywood @ Bollywood…
Bukan sahaja kereta, beberapa penunggang motor juga tergolek kerana mengelak kemalangan di selekoh tersebut.Bagaimanapun, kemalangan berjaya dikurangkan dari menjadi lebih teruk apabila beberapa pengguna jalan lain termasuk dari trak penunda memberi isyarat kepada pemandu lain untuk memperlahankan kenderaan.
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.



saya linked post ini..blog yg vry informative dan menarik