Jalan Lingkaran Tengah 2
Kepong, Kuala Lumpur
11 Mei, 2010
7 pagi
Lagi kemalangan membabitkan penunggang motosikal – langgar lari.
Mangsa juga dipercayai terseret kira-kira lima meter berdasarkan keadaan motosikalnya yang rosak teruk dan beberapa bahagian yang bertaburan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi di KM 5-5 , Jalan Lingkaran Tengah 2, sebelum susur ke Kepong arah ke Sg Buloh.
Mangsa Mohd Supandi Samingan, 27 tahun, beralamat di Jalan Anggerik Mokara 31/64, Kota Kemuning Seksyen 31, Shah Alam , cedera parah di kepala dan badan.
Siasatan awal mendapati, motosikal ini dipercayai dirempuh kenderaan lain, yang kemudiannya meninggalkan tempat kejadian.
Polis meminta bantuan orangramai yang menyaksikan kejadian ini, diminta menghubungi Rakancop 03-21159999 bagi membantu siasatan.

















adehla~
latest terkini..
salam brother
aku pun kadang2 bila tgk penunggang motor bawak motor mcm lipan. geram pun ada. peng sana peng sini… tapi bila jadi mcm ni kesian pd penunggang kecik mcm ni…
teringat kes adik kemalangan motor pasal elak dr mat motor lipan mkn jln.. tak pasal2 masuk parit.. koyak sikit mulut dan dadanya ada kesan bulat handle.. sampai skrg dia sakit dada…
huhu takot nak nek moto..
pagi2 nak g keje terbayang2..
kadang tak semua salah penungang moto. ada kete/lori bwk mcm SYAITAN.terbabas..langgar penungang moto/pejalan kaki.
dorang cedera ringan je…yg mati..penungang moto.
ooo kes ni yang dengar dlm berita kt radio masa nak p office tadi..
Kalau semua pemandu ambil langkah berhati-hati dan bertanggung jawab semasa di jalan raya.. insyaallah perkara ni boleh dielakkan. tak perlu kita salahkan sana sini. Nauzubillahimin zalik
pecut.. langgar… kecut.. lari… klau polis ade mase kejadian, dah mati driver tu kena tembak.. :p
semoga Allah mudahkan kehidupan keluarga yang ditinggalkan selepas ini
dan semoga aruah ditempatkan bersam orang soleh
sarung tangan saya…tertinggal…