Reality in Real Life

LDP- Lebuhraya Yang Salah Rekabentuk atau Pemandu Yang Cuai…

LDP, Kelana Jaya
Selangor
26 Oktober, 2008
Jam 6-45 pagi

Saya bukan jurutera, bukan juga kontraktor membina jalan, apalagi sebagai pengendali lebuhraya.

Saya adalah pengguna jalanraya dan lebuhraya seperti juga anda.

Tetapi, pagi tadi, pertama kali dalam sejarah saya berada di lokasi kemalangan sejak kira-kira 15 tahun lalu, inilah pertama kali saya menemui manusia yang bukan menyalahkan faktor manusia, tetapi menyalahkan rekabentuk jalan sebagai penyumbang kemalangan maut.

Bukan di tempat lain, tetapi di lokasi Kelisa rempuh pokok itu menjadi topik yang memanaskan hati ini.

Dengan memperkenalkan diri sebagai jurutera dan penduduk taman perumahan berhampiran lokasi kemalangan, lelaki yang membawa sebuah kamera itu nampaknya benar-benar sakit hati dengan rekabentuk lebuhraya di kawasan itu.

Berulang-ulang kali dia memberitahu, dia adalah jurutera dan amat arif dengan rekabentuk jalan.

Sebenarnya, saya langsung tidak hairan, takjub atau kagum dengan kenyataan dia sebagai jurutera sebab saya dah bertemu, bersua, dan kenal dengan beratus-ratus ribu manusia yang pelbagai ragam karenah.

Saya pada mulanya menyangka lelaki berusia kira-kira 50tahun itu adalah jurufoto dari mana-mana media, tetapi yang pasti saya tidak pernah melihatnya.

Saya anggarkan , lebih 30 foto Kelisa itu dari pelbagai sudut diambilnya.

Akhirnya, lelaki itu datang lagi kepada saya dan membebel mengenai rekabentuk LDP di kawasan itu yang dakwanya tidak mengikut spesifikasi.

“Mana ada highway ini macam punya selekoh. Kemudian, cuba u tengok, tiba-tiba ada signboard 60 km sejam. Patut highway bila ada selekoh macamni, dia kena buat senget sikit untuk cornering… bla..bla..bla…..”

Satu pagi yang amat membosankan bagi saya. Saya tetap pertahankan, bukan LDP ini yang

salah rekabentuk, tetapi sikap pemandu. Betapa laju Kelisa itu dipandu, boleh dilihat dari kesan brek dalam foto di atas.

Lebuhraya dibina bukan untuk dijadikan trek untuk berlumba dan kelajuan yang melebihi had, adalah umpama mengundang bala. LDP bukan dibina seperti spesifikasi Lebuhraya PLUS yang hadlajunya adalah sehingga 110km/jam dan ada ketikanya di laluan tertentu, pada kelajuan 80 km/jam

Jadi, apa masalahnya pulak jika tiba-tiba, di LDP ada hadlaju 60km/jam?

Bukan sepanjang LDP adalah 60km/jam tetapi di Kelana Jaya ini, memandangkan ia adalah selekoh agak tajam dan bersebelahan taman perumahan, hadlaju 60km/jam adalah bersesuaian.

Tetapi, bukan 60km, 80km, atau 100km, malah ada yang bawa melebihi had itu bila melalui kawasan ini.

Saya bukan hendak bercakap dari segi teknikal, tetapi dari segi lojik akal yang semua kemalangan yang berlaku di kawasan terbabit, 100 peratus kemalangan maut adalah akibat kelajuan yang terlampau dan seolah-olah dirasuk jembalang pada mereka yang tidak sayang nyawa. Nyawa mereka dan nyawa orang lain.

Sampai sekarang, saya masih keliru, kenapa manusia sanggup mempertahankan perkara yang salah yang sudah terang lagi bersuluh…

Mungkin juga, luahan jurutera itu kerana ada udang di sebalik batu…

5 Comments

  1. eXception's Gravatar eXception
    16/01/2010    

    80% Kemalangan jalanraya adalah disebabkan mengantuk, letih, cuai dan gopoh… 10% adalah disebabkan faktor jalan. 10% lagi adalah faktor kenderaan, cuaca dan persekitaran.

    Saya pernah berulang-alik dari KL ke Shah Alam, kemudian balik semula ke KL melalui laluan sikal lebuhraya persekutuan. Sepatutnya laluan sikal adalah laluan yang paling selamat sebab tiada kenderaan lain seperti lori, bas dan kereta mengganggu.

    Akan tetapi kemalangan tetap juga berlaku. Setiap pagi seaktu orang pergi kerja. Pasti ada kemalangan berlaku antara motor dengan motor. Puncanya bukan kerana faktor yang 10% tadi. Tetapi faktor yang 80% tadi… Ada yang gopoh bawak motor… Bawak melebihi had. Jika limit 80, dia bantai bawak 100 KM/j…

    Biasanya budak-budak muda yang kerap bawak gopoh ni. Dan yang menjadi mangsanya ialah penunggang motorsikal kalangan yang sudah berusia…

    Silap sedikit ketika memotong motor lain, boleh menyebabkan bergesel dengan motor yang dipotong tadi dan berlakunya kemalangan…. Adakalanya jika sebuah motor memotong sebuah motor lain, kemudian secara tiba-tiba datang sebuah lagi motor dari belakang mencelah di ruang tengah antara dua motor tadi. Juga boleh mengakibatkan kemalangan.

    Apa yang penting… Bukan kualiti kenderaan tsb. Tetapi kualiti diri sendiri… Jika diri sendiri tak berkualiti kemalangan tetap akan berlaku. Rakyat hanya menuding jari kepada kerajaan jika kemalangan berlaku. Tetapi sikap rakyat sendiri yang mementingkan diri dan gopoh merupakan punca utama kemalangan…

    eXception – Bukan Sekadar Blog Picisan

  2. Anonymous's Gravatar Anonymous
    16/09/2009    

    Saya ingin menegur istilah 'kamber' yang dikatakan penting dalam road safety di selekoh. Itulah….road safety engineering bukan semua yang tahu…oleh itu jangan memandai berlagak pandai dalam road safety engineering. Di dalam road safety engineering, di selekoh tiada istilah kamber tetapi dipanggil superelevation. Ia diperlukan untuk mengurangkan 'friction' yang diperlukan untuk counter 'centrifugal force'yang untuk meningkatkan keselesaan pemandu ketika ambil cornering di selekoh. Akan tetapi saya hairan bagaimana 'jurutera' tersebut menyalahkan jalan tersebut tanpa membuat sebarang ujian untuk membuktikan 'kecacatan' selekoh tersebut??? Alat laser range finder diperlukan untuk mencerap kadar kesendengan jalan tersebut sebelum dia boleh membuat sebarang kenyataan untuk menyalahkan jalan tersebut. Disebabkan kejadian berlaku waktu malam, pada pendapat saya kemungkinan faktor pemandu memainkan peranan penting iaitu pemandu mungkin mengantuk dan kejadian yang berlaku pada waktu malam mengehadkan jarak penglihatan pemandu…..tetapi faktor jalan saya tidak berani komen kerana terdapat banyak faktor perlu dikaji seperti geometri, pencahayaan, road alignment dan lain-lain dimana perlu dibuat audit keselamatan secara terperinci oleh pakar bertauliah. Sebelum membuat ulasan ilmu kenalah cukup….jangan ulas ikut nafsu aje.

  3. Nestum's Gravatar Nestum
    09/08/2009    

    Mcm ni lah..bagi aku senang je.."Speed doesn't kill, STUPIDITY does..!!!" Dah tahu jln tu ada kona kat depan, nape tak slow..?? Lepas tu confident ke ngan tayar "standard" kelisa tu..?? Kete F1 yg high tech tu boleh terbabas..?? Kekadang-kadang kita sebagai pemandu kena pandai "baca" jalan..tul tak En Milo..??(U main trek kan..?? Mesti tahu kan..??)..Tapi kadang-kadang yg buat jalan tu pun satu…jalan dah elok-elok, kena korek..sebabnya nak tanam kabel..kenapa tak boleh korek tepi jalan tu.?? kenapa nak korek tgh jalan…??

    Walau apa pun, kena lah pandai estimate kalau kita nak bawak keta..jgn main belasah je..ujian memandu pun satu…JPJ cuma ajar kita mcm mana nak buat 3 point turn, reverse parking, side parking, naik bukit, dah ikut jln yg ditetapkan utk ujian jalanraya….lepas tu belajar naik kancil..bila dah lulus…ada lesen…bapak belikan Evo 7…tak ke mampus lepas tu…??

    Entah lah…ini lah yg dipanggil "Fasiliti kelas pertama, mentaliti kelas ketiga" …cheers…!!!

  4. akhisyam's Gravatar akhisyam
    18/05/2009    

    En. Milo,

    X perlu la nk menegak benang yg basah. Chamber ker x chamber ker, manusia semuanya insan yg tak sempurna. Apatah lg dlm merekabentuk jln. Sekarang kedua2nya salah, engineer x aware design and also road user pun x aware road connering. Dah tau di hadapan ada selekoh, tggjwb anda la sbgi pengguna jln utk memperlahankan kenderaan ketika melalui selekoh. Tidak semestinya penggunaan chamber 100% dpt membantu anda melakukan selekoh yg baik dan juga utk melancarkan pengaliran air ke saliran tepi jln. Byk lg kaedah selain penggunaan chamber, cthnya kaedah LTPP – long Term Pavement Performance ataupun tidak pavement tersebut boleh digantikan dgn porous pavement. Kalau diperhatikan dgn betul gmbr tersebut, sememangnya pengguna jln tersebut memandu kenderaan dlm keadaan yg laju. Secara terperinci berkenaan permukaan jlnraya tersebut, ‘Surface Characteristics’ kemungkinan jlnraya tersebut adalah agak licin. Dimana, ketika berlakunya proses memperlahankan kenderaan secara paksaan ataupun emergency brek. Tayar kenderaan tidak mencengkam dgn baik pada permukaan jln. Dlm hal yg lain, perlu diambil kira juga condition kenderaan terbabit. Kemungkinan kenderaan tersebut juga tidak berada dlm spesifikasi yg baik, sebgi contohnya penggunaan tayar kenderaan yg telah tamat tempohnya. Sekian… En. Milo, fikir-fikir lah lagi sebelum mengeluarkan kenyataan…

    -AHAH, MMD, PLUS EXPRESSWAY BHD-

  5. milo's Gravatar milo
    16/05/2009    

    terbaca entry lama ni.

    saje la nak share sket ngan penulis.
    aku rasa ko patut tau serba sedikit.

    70% kemalangan berpunca daripada
    keadaan jalan raya / org lain.
    bukan dari diri sendiri.

    figure ni aku round-up je.

    sila rujuk laporan / thesis bebudak universiti yang dah approve.

    “Mana ada highway ini macam punya selekoh. Kemudian, cuba u tengok, tiba-tiba ada signboard 60 km sejam. Patut highway bila ada selekoh macamni, dia kena buat senget sikit untuk cornering… bla..bla..bla…..”

    dia cakap betul. ni kita panggil “CAMBER”.

    aku tau ko bosan pasal ni sbb ko tak minat engineering. tapi sbg pengguna jalanraya, Camber ni lah yang membantu ko ‘kona’ dengan sedapnya.

    (selain membantu pengaliran air permukaan jalan ke tepi jalan)

    jadi, jangan ambik mudah.

    kalau sebatang jalan tu dah tersilap buat oleh orang bawahan, engineer takkan buat semula jalan tu.

    pakai la sampai abis, then resurface je.

    mahal tu nak buat balik.

    so next time ko drive jalan berliku especially naik/turun bukit, sebenarnya jalan tu ‘senget’ sket, kasi ko senang kona.

    p/s: jom la join track day kat Sepang. bley tengok mana tempat yg ade camber, off camber, neutral camber. ade moto tak? 250cc pun ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting