Lebih Sejam Menanti Ambulan – Akhirnya Mangsa Kemalangan Menemui Ajal…

NKVE, Subang, Selangor
23 Otober, 2008

Kisah yang dipaparkan ini berlaku juga melalui pengalaman saya sendiri.

Ia bukan kisah rekaan, bukan dengar dari mana-mana sumber, bukan khabar angin, bukan diceritakan dari mulut ke telinga berpuluh orang lain sebelum sampai kepada saya, tetapi berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Semuanya bermula kira-kira jam 7-30 pagi tadi apabila saya mendapat panggilan telefon dari seorang rakan, mengenai satu kemalangan maut di Lebuhraya NKVE arah Klang sebelum susur ke Subang.
Dalam hati, terfikir juga, laluan mana harus saya lalui kerana pasti jalan akan sesak dan jika tersalah laluan, saya tidak sampai ke lokasi.

Setelah memasuki plaza tol Damansara dari arah Damansara, laluan telah mulai sesak yang memungkinkan saya tidak sempat tiba di lokasi sebelum mayat dihantar ke hospital.

Bagaimanapun, ketika melalui kawasan kemalangan, saya terkejut kerana tidak seperti yang dijangka, mayat tentu ditutup dengan plastik hitam. Mangsa, Leong Kok King, 58tahun, masih hidup ketika ini.

Sebaliknya dengan jelas, mangsa terbaring dengan darah mengalir dari bawah kepalanya.

Saya memberhentikan kereta dan segera ke lokasi, dan dimaklumkan oleh pegawai trafik dan peronda lebuhraya bahawa mangsa masih hidup. Saya dapati, mangsa, Leong Kok King, 58 tahun, masih bernyawa, nafasnya turun naik, tetapi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Darah masih mengalir perlahan-lahan di bawah kepalanya.

Keadaannya amat kritikal, malah untuk membawa mangsa dengan kenderaan sendiri, lebih memudaratkan keadaannya.

Jam menunjukkan 8-45 pagi, iaitu lebih sejam sejak dari saya menerima panggilan tersebut. Apa yang boleh dibuat selain dari menunggu bantuan ambulan.

Menurut mereka yang berada di lokasi, mereka telah memaklumkan kepada talian 999 untuk meminta bantuan.

Bagaimanapun, bantuan yang diminta tidak kunjung tiba.
Dari pemerhatian saya dan mereka yang berada di lokasi yang bukan terlatih dalam bidang perubatan secara khusus, memang mangsa masih bernyawa, dan dengan jelas mangsa masih bernafas.

Bukan tugas saya bertanya kepada mereka yan g berada di situ, jam berapa mereka menelefon talian kecemasan, tetapi sedhaif manapun manusia itu, pasti mereka akan meminta bantuan ambulan kerana mangsa jelas masih hidup. Laluan semakin sesak, dan difahamkan telah menjangkau lebih 10 kilometer dari arah Kuala Lumpur.

Tidak kurang juga pemandu kereta yang memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas lebuhraya dan anggota trafik, dicampur dengan mereka yang memperlahankan kenderaan untuk meninjau apa yang berlaku.
Jam 9-05 minit, badan mangsa bergerak-gerak dan akhirnya, mulut mangsa tiba-tiba mengeluarkan darah yang banyak.

Beberapa saat kemudian, tubuhnya menjadi kaku dan tiada lagi gerakan dan nafasnya terhenti, sementara darah masih mengalir perlahan-lahan dari mulutnya.

Semua yang berada di lokasi terpaku, dan salah seorang dari mereka berkata, mangsa telah meninggal dunia.
Tiada apa yang dapat dilakukan, selain menanti ambulan.

Akhirnya, kira-kira 7 minit kemudian, ambulan dari Hospital Sg Buloh tiba dan anggota perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Dua minit kemudian, kira-kira 9-14 pagi, sebuah ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dari Klang pula tiba.
Ambulan ini juga mendapat panggilan kecemasan jam 7-56 pagi dan segera ke lokasi dari Klang.

Bagaimanapun, setibanya di Tol Bukit Raja, mereka diminta oleh anggota trafik untuk menghantar seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Bukit Raja.

Setelah menghantar mangsa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang, mereka berpatah balik menuju ke lokasi.
Dan, ambulan ketiga dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM tiba kira-kira jam 9-18 pagi.

Dan ketika itu, mayat Lim telah dibungkus di dalam plastik hitam dan sedang diangkat ke dalam van untuk dibawa ke hospital…

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan di kepala dan pendarahan di dalam badannya.
Dia dipercayai menjadi mangsa langgar lari sebuah lori ketika sedang menunggang motosikalnya.

Topi keledarnya juga pecah…

Persoalannya di sini, di manakah kelompangan yang wujud sehingga menyebabkan sehingga lebih sejam setengah baru bantuan sampai?

Mereka yang tahu sahaja yang boleh menjawabya…

Antara faktor yang menyebabkan ia berlaku, saya percaya adalah akibat masalah komunikasi sehingga maklumat lambat sampai kepada mereka yang sepatutnya bertindak.

Masalah komunikasi yang paling utama antaranya, maklumat kedudukan lokasi sebenar kemalangan yang tidak tepat, atau mungkin juga panggilan kecemasan itu berpusing, berlegar ke beberapa tempat yang memakan masa begitu panjang yang akhirnya melengahkan masa ambulan bertindak.

Saya merasakan, kelambatan ini bukan diakibatkan oleh kelewatan ambulan keluar ke lokasi, tetapi lebih kepada masalah komunikasi dan mungkin karenah birokrasi atau tolak menolak antara agensi atau pihak terlibat.

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2008.10.23 05:55, mansasau menulis:

    INI KES YANG KE BERAPA SEUMPAMA INI?

    BARU 10?

    KALAU BEGITU TAKPE LA.. KITA KENA TUNGGU SAMPAI 1000 ORANG MATI DISEBABKAN KELEWATAN SEUMPAMA INI,BARU LA KITA BAWA USUL UNTUK TUKAR SISTEM PENYAMPAIAN BANTUAN KECEMASAN NI KE PARLIMEN..

    • Pada 2010.11.26 04:13, matabulan menulis:

      sbnarnye,10 kes dalam satu hari.hahaha….sudah terlalu byk.komplen pon xgune.terlalu byk faktor akan dijadikan alasan.kesesakan la,ambulan xcukup.salah maklumat dan bla bla bla….mcm2 hal.slagi xkne batang hedung mreka,xpela.
      matabulan recently posted..permohonan maaf

    • Pada 2008.10.23 10:18, on the scene menulis:

      sekarangpun, dah berapa banyak dilaburkan semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan penyampaian yang kononnya lebih efisyen.
      tetapi, tiada siapa yang berani menyuarakan apa sebenarnya yang berlaku…

      • Pada 2008.10.24 03:27, jawa peranakan menulis:

        siapa punya portfolio ni? kementerian kesihatan atau kementerian dalam negeri?

        tolong la selesaikan isu ni sungguh2..nak tunggu berapa ramai lagi yang menerima nasib semalang ini baru nak bertindak?

        • Pada 2008.10.25 16:12, KALAM JAUHARI menulis:

          Bro, saya tidak terkejut dengan kelewatan seegini-Pada tahun 2003 anak saya yang berumur 7 tahun cedera di kaki terpijak kaca ketika bermain bola. Kami tinggal di Keramat Wangsa .Ketika itu saya berkerja di Shah Alam.

          Isteri saya memanggil ambulan Red Cresent di Jalan Nipah. Saya yang berkejar dari Shah Alam sampai setelah 1 jam setengah tetapi ambulan masih belu sampai.

          Saya membawa anak saya ke Bhg Kecemsan HKL pada pukl 6.30 ptg. Anak saya telah kehilangan banyak darah dan sudah mula pitam.

          Selepas diberi suntikan, anak saya hanya mula dijahit lukanya ada pukul 2.30 pagi! Doktor yang menjahitnya pun sudah memakai baju batik nak balik!

          Anyway, singgahlah di blog saya, saya telah meletakkan beberapa update yang baru..

          thanks

          • Pada 2008.10.27 02:20, on the scene menulis:

            satu pengalaman yang sasa dapat rasakan betapa kecewanya anda.

            sebenarnya, banyak faktor akan kelewatan itu yang jika dibuat siasatan, akhirnya, saling tuduh menudunh, tuding menuding antara agensi/kakitangan…

            • Pada 2010.07.01 08:58, Symphony Bloggers menulis:

              saya merupakan M.A yang pernah bertugas di hospital besar…memang terdapat kelewatan didalam penyampaian maklumat oleh operator kepada call center hospital..kadangkala lokasi yang diberikan tidak betul..penerima panggial 999 rasanya perlu dilatih dgn lebih teliti untuk perkara ini

              • Pada 2010.12.21 02:03, nurul borhan menulis:

                tak kurang juga yang tersangkut dalam kesesakan sebab sikap pemandu malaysia yg suka perlahankan kenderaan sebab sebuk nak tgk kemalangan…

                • Pada 2011.05.05 09:49, Diskaun Tol -Penjelasan PLUS | ondscene menulis:

                  [...] http://ondscene.my/2008/10/23/lebih-sejam-menanti-ambulan-akhirnya-mangsa-kemalangan-menemui-ajal/ innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_zone = "14744"; innity_width = "*"; innity_height = "*"; innity_country = "MY"; [...]

                  You must be logged in to post a comment.