Lebuhraya Karak : Bas Persiaran Terbalik 6 Maut
KM 39
LEBUHRAYA KARAK ARAH KUALA LUMPUR
GOMBAK, SELANGOR
29HB OKTOBER 2010
7.50 MALAM.
Kemalangan berlaku kira-kira 7.50 malam tadi.
Bas yang dinaiki oleh 44 penumpang Belia 4B, Mukim Siong, Baling Kedah dalam perjalanan pulang dari Genting Hinghlands.
Tiba di tempat kejadian sewaktu menuruni bukit, bas terbabas ke laluan bertentangan danterbalik.
6 maut – 2 tercampak dan 4 tersepit di bawah bas.
Manakala 21 lagi cedera ,kebanyakannya parah, dan 17 lagi cedera ringan.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Selayangh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Bentong.
Mayat dihantar ke Hospital SG Buloh untuk bedah siasat.
Akan dikemaskini kemudian
Post Lain Yang Berkaitan
21 Comments
You must be logged in to post a comment.



Siong, Baling – kampung saya.
Takziah kepada mangsa.
Kujie recently posted..Konspirasi Cuma Alasan
siong bukan pun kampung saya… tetapi tetap nak ucapkan takziah serta sedekahkan fatihah….
mereka juga saudara saya.. saudara seagama.. huhuhu
maza recently posted..Cendol di pohon rendang di tepi jalan
Al-Fatihah…
ya’ALLAH..dah banyak betul lah bas terjunam dalam gaung kat genting tu…
cikmin recently posted..Ikan Pekasam Perlis
takziah kpd seluruh keluarga mangsa..
ZON ARTIS recently posted..Kes Tak Bayar Nafkah- AC Mizal Bebas Dari Hukuman Penjara
takziah kepada keluarga mangsa…
bahaya bas skrg..
mie recently posted..- perlukah lelaki hadir di majlis pertunangannya -
owh,bus ekspress lagi?takziah pada ahli keluarga yang terlibat…
Piston Pecah recently posted..Lancer Vs Inspira
Bukan bas EKSPRES … BAS CATAR..
takziah kepada keluarga mangsa.. ()
laily recently posted..masih demam
salam takziah untuk keluarga mangsa..
Takziah kepada semua mangsa yang terkorban muda-muda lagi semua. belasan tahun lagi.
takziah kepada keluarga mangsa.. makin hari makin takut dengan jalan raya di negara kita.
Dila.13 recently posted..3 Tips Menulis Review Article Part 2
alfatehah
Apa dah jadi dgn Malaysia ni??? Lepas satu, satu… Hari tu Delima, ni lagi satu..
Salam takziah buat keluarga mangsa.. Al-fatihah.
Al-fatihah kepada yang terkorban.. takziah kepada keluarga mangsa. Sedih dapat tahu ada lagi berita kemalangan bas lagi.
Al-fatihah dan takziah buat keluarga mangsa. Masih lagi mangsa keadaan. Tak pasti adakah gara2 kecuaian pemandu bas, masalah teknikal atau dah memang takdir. Apapun, sekarang ni, perjalanan naik apa pun belum tentu selamat hatta berjalan kaki tepi jalanraya sekalipun. Pemandu atau penunggang banyak yang dah kurang sabar.
Innalillah..
sedih dan kecewa mendengar berita ini..
semasa delima haritu pn meragut salah sorang kawan sy…
sangat sedih…
apa2 pn, kita sebagai umat Islam mesti berdoa kepada keluarga mangsa supaya tabah..
Al-fatihah
takhziah..
takziah..
salah sorang mangsa mohammad firdaus rosedi ahli keluarga saya. slmt dikebumikan bersama yg lain sebelum asar td di kampung baru, baling kedah..
Al-Fatihah untuk semua mangsa dan takziah untuk keluarga mereka.
Semoga siasatan segera dilaksanakan.
zezebel recently posted..DLS- Vegetables in Market
Memang dah dijangka kejadian nahas ngeri yang melibatkan penumpang bas bakal berlaku lagi, lagi dan lagi.
Sebab tiada tindakan apa-apa terhadap pengusaha bas yang terlibat dengan kemalangan dan kepada pengusaha2 bas lain untuk mengelakkan kejadian ini dari terus berulang. Nasib badanlah….
Maklumlah – penumpang bas biasanya ekonomi mereka agak kurang sedikit, hidup susah, tisdak seperti golongan aristokrat dan berkedudukan tinggi yang memandu kereta mewah…Biasalah, nasib kita.