Reality in Real Life

Lori Pembancuh Simen Jatuh Lebuhraya – Pemandu Parah


KM 12 Lebuhraya Duke/
susur Keramat/Hillview ke MRR2
3 Jun 2011
2.30 petang.

Kemalangam berlaku kira-kira jam 2.30 petang.

Pemandu lori, Mohd Yusof Mohd Nawi , 36 tahun cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila lori pembancuh simen ini hilang kawalan ketika melalui susur dari Jalan Lingkaran Tengah 2 dari Hulu Klang  arah ke Lebuhraya Duke menuju Jalan Duta.

Sebaik melalui selekoh tajam di sini, lori ini terbabas ke kiri dan melanggar tembuk penghadang .

Ia kemudian terus terhumban ke laluan bawah setinggi kira-kira 20 meter.

Lori ini dipercayai terbalik dan ‘kemudian ‘mendarat di atas jalan.

Bahagian pembancuh simen lori ini turut tercabut’dan tersangkut pada tebing jalan.

Lori ini dalam perjalanan dari Taman Melati membawa simen yang sedang dibancuh menuju ke sebuah tapak pembinaan di Jalan Tun Razak.

Dan mujur lori ini tidak menghempap kenderaan yang melalui laluan ini.

Mohd Yusof yang cedera parah di kepala dan badan, dikeluarkan dengan bantuan orangramai.

Mangsa kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut beberapa rakan mangsa yang saya temui di lokasi kemalangan, lori itu baharu sahaja ditukar kesemua tayarnya kepada tayar baharu semalam.

 

9 Comments

  1. teganandsara's Gravatar teganandsara
    06/06/2011    

    Saya dah 2x kena himpit dengan lori2 simen yang memang sangat laju. 2x tu dengan YTL cement. Sekali kat MRR2 (menghala Bandar Sri Damansara), sekali lagi kat LDP (menghala Damansara). Diorang ingat diorang bawak kancil kot.

  2. Daoz shinoda's Gravatar Daoz shinoda
    06/06/2011    

    salam . kepada anda semua yang komen , trima kasih .
    mohd usuf neyh ialah abg sy .
    dye cume parah .

    2 tulang rusuk patah , sedikit lebam dimuka dan bibir berjahit .
    lain lain cume luke .
    alhamdullillah .
    banyak terima kasih kepada anda yang berdoa .

  3. wtg5990's Gravatar wtg5990
    04/06/2011    

    kekadang bila saya dihimpit secara bahaya oleh lori-lori gergasi ini di atas lebuhraya, terbit keluhan zalim dlm hati : alangkah baiknya kalu pemandu2 pemandu yg menzalimi pengguna jalan yg lain “direhatkan” dari terus memandu kenderaan gergasi ini.
    kpd pemandu yg baik dan bertimbang rasa saya ucapkan jutaan terima kasih.
    berbalik kpd kes lori terjun highway ni, kalau benar lori ini baru menukar semua tayarnya, ia mungkin punca berlaku kemalangan ini. setiap tayar baru haruslah melepasi tempoh jarah 100km barulah ia blh berfungsi dgn baik.

  4. 04/06/2011    

    tak dapat nak bayangkan.. ketika lori tu terjatuh ke bawah…

  5. assimo's Gravatar assimo
    03/06/2011    

    semoga pemandu lori selamat,tetapi mmg betul,selalu sgt jumpa lori simen/lori pasir berlumba lumba di jalanraya,cara pemanduan mereka juga sgt merbahaya. patut pemandu lori begini di adakan latihan khas,kursus tertentu dlm pemanduan seperti mana juga pemandu bas.2 hari lepas di kesas highway (berhampiran susur keluar ke selatan) lepas usj arah ke kelang terjadi kemalangan dasyat melibatkan 2 buah lori tanah,tp tiada liputan pun dlm ondscene.

  6. 03/06/2011    

    dahsyat jugak..
    kemalangan memang tidak berbau..

  7. mohammadsuhaimi's Gravatar mohammadsuhaimi
    03/06/2011    

    lori pembancuh simen ni mgm selalu laju.. kejar trip. Pihak berkuasa jgn asyik pantau kenderaan perseorangan saja, elok jenguk2 la kenderaan berat seperti ;lori ini, bas2 express, bas2 pelancong yg kosong dll

  8. 03/06/2011    

    wah …. teruknya. semoga pemandu tersebut selamat.

  9. 03/06/2011    

    kesiannya…mcm mana la boleh jatuh..? tinggi tu…ish3…smoga pmndu lori tu slmt.amin

  1. Lori Tanah vs Lori Tanah | ondscene on 04/06/2011 at 00:17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting