Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur
22 Okt 2010
8 pagi
Pagi tadi, kira-kira jam 8.45 pagi, saya melalui Jalan Raja Laut, dan terlihat kes ini.
Bagaimanapun, saya tidak berhenti kerana saya lihat Myvi ini telahpun diangkat ke atas trak penunda.
Dan tidak lama kemudian saya menerima email dari pembaca ondscene, Arab @ Mohd Husin namanya – terimakasih banyak-banyak atas sumbangan anda.
Kes ini berlaku kira-kira jam 8 pagi (atau mungkin lebih awal lagi)
Kereta Perodua Myvi ini dipercayai hendak memasuki persimpangan di kanan jalan ini.
Bagaimanapun, entah macamana, ia terbabas dan melanggar beberapa batang penghadang siar-kaki serta pasu bunga.
Dan akhirnya, terperosok di celah tiang dan dinding Eonbank di sini.
Tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
(maaf, saya tiada gambaran tepat kejadian ini, dan akan cuba diusahakan)
















jauh tu myvi terperosok ke situ..
woiii depan kolej aku ni, aku nmpk tadi
mabuk kot
Cubaan Myvi Ini Masuk Ke Dalam Bank Gagal…
salam
macamana tu ya..
ada agenda lain atau terbabassss..
sekarang mcm2 blh berlaku.. cuma harus hati2
pulak…
hehehe….dia punya tajuk yang tak tahan tu….:)
Comfirm perempuan yang memandu .. ini kes nak tekan brake tertekan minyak la ni..
Gemuruh ni…..
kalau kita sms sambil memandu pun silap haribulan boleh jadi macam ni juga ni…. sepintas leka, angkat je kepala tengok dah termasuk lane orang….gelabah tak kira!
orang macam ni belum layak untuk memandu sebenarnya..setakat simpang mcm ni pun boleh terbabas, bayangkanlah kalau di highway, orang yang macam ni boleh menjadi punca kemalangan seperti kes tragedi 10.10.10
Kelakar bila baca tajuk
mabuk kot!
Nasib baik tiada kecederaan. Ni mesti dia ni panik ni.
Sampai main sorok-sorok guna kereta. Hehehehe
Besi pengadang pun tercabut dibuatnya…
understeer kot..
apa pun berhati2lah walau anda pejalan kaki hee hee
Kemampuan pemandu kereta ni boleh dipersoalkan…….mungkin belum layak untuk memandu sebenarnya, kalau sudah diberi kelayakan pun rasanya sudah sepatutnya ia ditarik balik……melihatkan dari persekitaran, simpang ini mungkin hanya satu persimpangan kecil dan tidak memungkinkan pemanduan laju seperti di simpang lebuh raya. Jika tak laju pula bagaimana mungkin palang besi boleh patah dilanggar……..nak disalahkan kereta ka?!?!?!??!………
mcm2 perkara yg boleh berlaku tanpa kita sedari. apa pun,jgn kita mengata seseorang tanpa kita mengetahui kejadian yg sebenar nya..segalanya berkemungkinan terjadi. kepada pemandu yg lain..berhati-hati ketika memandu…kalau dah jadi mcm nie,sah sah org yg keja part time mcm aku nie dapat komisyen nanti…hehehehehe