Malang Pindah Rumah-Treler Terbalik,Kelindan Maut
Km 301-6
Lebuhraya Utara Selatan arah Utara
Gua Tempurung, Gopeng
Perak
14 Sept 2009
2-30 pagi
Saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah selesai beberapa urusan di Alor Star, Jitra dan Gurun.
Sehari suntuk tidak tidur dari semalam membuatkan pemanduan dari Alor Star amat memenatkan dan amat-amat mengantuk.
Terfikir jugak, silap-silap saya pulak yang jadi bahan berita, setelah beberapa kenderaan memberi isyarat dan hon kerana mungkin pemanduan yang tak berapa betul…!!!
Jam 1 pagi dari Gurun, terbayang jugak mana tau terserempak dengan gadis kebaya merah di kawasan rehat Gurun…
Setelah 3 kali berhenti (terpaksa) di 3 kawasan rehat, dapat terlelap sekejap , saya meneruskan perjalanan walaupun mata masih lagi rasa amat mengantuk.
Jam 4-30 pagi, tiba di kawasan Gua Tempurung, Gopeng,Perak, tiba-tiba (ya..tiba-tiba dan secara otomatik…) mata ini jadi segar yang amat sangat setelah terlihat di hadapan di laluan kiri dan kanan, banyak lampu biru berkelip-kelip.
Sah, ini tentu kemalangan besar…
Benar sangkaan saya, sesuatu yang amat besar sedang melintang jalan di laluan arah utara, KM 301-6
Saya mengeluarkan kamera dan pergi ke pembahagi lebuhraya dan perkenalkan diri kepada beberapa anggota trafik dan pihak Plus.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi di mana treler ini terbabas melanggar besi pembahagi lebuhraya lalu terbalik merintangi keseluruhan laluan arah utara.
Cuma laluan kecemasan sahaja dapat dilalui.
Treler ini dalam perjalanan ke utara, sarat membawa muatan barangan orang pindah rumah.
Terdapat kesan darah kira-kira 10 meter dari treler yang terbalik ini.
Kesan brek dan geselan di atas jalan juga kelihatan jelas di atas lebuhraya.
Kelindannya maut tercampak,(difahamkan berbangsa India) manakala pemandunya cedera parah.
Dua lagi kenderaan turut terlibat dirempuh treler ini, bagaimanapun semuanya terselamat.
Itu sahaja butiran yang saya dapat ketika itu.
Dan amat malang kepada pelanggan yang menyewa treler ini untuk berpindah, kerana hampir separuh dari barangannya bertaburan di atas jalan dan sudah pasti banyak yang tidak dapat diselamatkan.
Dan sesungguhnya, berpindah menggunakan sebuah treler 40 kaki panjang, membayangkan betapa banyaknya barangan pelanggan itu…
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



Akhirnya, Sham berjaya kembali ke pangkal jalan dan meng-update kan blog ini dengan lebih siuman.
Hahahah.
Bro, selamat Hari Raya. Nak duit raya dari kau.
bro..bole boh caption tak?
hazrey- tq bro.. bukan saje tak update, nak lawat blog sendiripun tak sempat. mmm..blog hang aku sempat jenguk tapi belum sempat nak update…!!hahaha…!!!
kalulah aku ni jadik macam dlm citer 'bio-nik' tu, kan bagus. maka, jadiklah 'bio'sham'.. hampeh..!!!
kruel – ok, tq bro, dah update
Encik blogger,
kenapalah gambar2 yang diambil waktu malam itu semuanya gelap tak nampak satu apa pun Encik?
Harap boleh la di'adjust' mode camera tu pada "nigt" picture. So takderla gambar gelap gulita.
Naik berpinar biji mata ni tengok.
hehe..
Harap maklum untuk kepuasan pembaca
rgds,
mimi