Reality in Real Life

Malang Seorang Kakitangan Hospital Akibat Kebodohan Pemandu Lori

Jalan Ipoh-KL
berhampiran Pasar Borong Selayang
Kuala Lumpur
23 Mei 2011
8 pagi

Kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan dari berlaku.

Kebodohan seorang pemandu lori yang berhenti ke lorong paling kanan di jalan yang disifatkan antara paling sibuk di Kuala Lumpur ini – meragut nyawa seorang kakitangan Hospital Selayang.

Misi pemandu lori ini dan seorang pekerjanya ialah - menggantung menanggalkan banting’ jualan murah di tiang lampu di pembahagi tengah jalan.

Untuk jalan mudah, lori diberhentikan di lorong paling kanan, dan tanpa sebarang kon atau tanda amaran.

Mohd Syahril Che Mohd Dom, 29 tahun, dalam perjalanan ke tempat kerjanya , menunggang sebuah motosikal Kawasaki berkuasa tinggi.

Mohd Syahril yang menetap bersama isteri yang baru dikahwini beberapa bulan lalu, berulang alik dari Kuarters Hospital Serdang ke tempat kerjanya di Hospital Selayang.

Mangsa kakitangan di bahagian makmal, Jabatan Pathology, Hospital Selayang.

Mangsa dipercayai tidak menyedari bahawa lori ini sebenarnya sedang berhenti menyebabkan motosikalnya terus merempuh belakang lori.

Mohd Shahril maut di tempat kejadian akibat cedera parah di muka, hanya kira-kira 2 kilometer dari Hospital Selayang.

Satu kesan jari pada dinding belakang lori dipercayai jari mangsa yang mungkin menahan impak rempuhan itu.

Ketika di lokasi, beberapa rakan sekerja mangsa yang terserempak kemalangan ini, dan juga dalam perjalanan ke tempat kerja, terkejut dengan apa yang berlaku.

Menurut mereka, mangsa baru sahaja berkahwin beberapa bulan lalu, dan isterinya kini sedang sarat mengandung anak pertama.

Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Orangramai yang begitu marah dengan kejadian ini, cuba untuk ‘mengajar’ pemandu lori, yang menguncikan diri di dalam lorinya.

Ye, kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan dari berlaku jika perkara bodoh ini tidak dilakukan pemandu terbabit.

Menurut Pegawai Turus Trafik dan Perundangan Trafik KL, DSP Abdullah Roning, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 , dan pemandu lori disoal-siasat bagi membantu siasatan.

Dan jika pemandu lori mengatakan lorinya tiba-tiba rosak, memang tidak masuk akal, kerana lori boleh bergerak dengan lancar sebaik polis meminta dibawa ke balai polis.

28 Comments

  1. zue's Gravatar zue
    01/06/2011    

    takziah kepada isteri arwah.
    masa sy melalui kawasan terbabit,kira-kira kul 7.50pg, kejadian baru jer berlaku. sbb masa tu pemandu lori baru je menjenguk ke belakang n ada sorang warga asing kat tepi lori. sy ingatkan arwah ok je sbb wajah die tenang jer, macam tengah rehat, die terbaring elok sangat seolah2 tengah tidur. sy ada coll 999 n bercakap ngan pihak ambulance. bila dpt tahu arwah dah xde dr member2 opis, sy mcm terkedu.

  2. GhOD2004's Gravatar GhOD2004
    31/05/2011    

    Bukan takat moto jea dude.. bas dengan lori pun aku dah bawak.. nak buat macam mana.. dah mmg takdir aku tak nak naik moto lama².. satu,. tiap hari asyik kena sumpah bila mencelah tu aku duduk kat lorong kiri tu.. dua kalau lama² kena sumpah gerenti mati atas jalan jugak nanti.. so better aku drive.. nak bahagian kan posisi macam mana lagi dude? kalau dah mmg takde moto kat kiri kanan ok lah no hal punya.. kata kan lah ko nak mengelak mamat moto yang tengah bodo kat belah kiri merempit dan mencelah.. then tiba² ada mat moto yang idiot pulak mencelah kat belah kanan pulak.. ko nak ngelak macam mana lagi? ngelak kiri kanan sure mampus.. ngelak kanan kiri sure mampus.. nampak senkarang nape moto tak boleh nak masuk lane laju? kalau tak nampak gak cuba masa ko tengah ride tuh ko mencelah kiri kanan kat lane paling laju tuh.. tgk berapa lama umur ko leh tahan? aku dah give-up dah naik moto.. mmg cepat.. nak sampai atau nak mati.. so aku drive..

  3. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    31/05/2011    

    Innalillahiwainnailaihirajiun,kesian,baru je kawin n bini tgh sarat pula.Makhluk cmni la plg aku risau atas jln,berhenti pastu x letak pape tanda amaran @ berhenti tiba2.Satu nyawa melayang disebabkan kebodohan/kecuaian org lain.Mmg situasi camni xleh nk dielakkan,aku pn penah bertembung dgn bontot van sbb kebodohan pemadu van tersebut langgar lampu merah.Brek bagai nak rak,melekat jugak blkg van tu.Tu baru dlm 70/80 km/h,kalu 100/120 km/h,x tau la camne impactnyer.

    p/s: Cantik template baru abg Syam.Xde peraduan buat banner ke hu2.Lama x masuk blog ni disbbkn kesibukan,ni baru ade mase skit.

  4. arelane's Gravatar arelane
    30/05/2011    

    kau ni mesti tak pernah bawak motor kan?….

    bang aku bukan nak cakap ape. aku pun sebagai rider dan driver… dan sebab ape motor 250cc keatas lesen Bfull nyer disyarat mesti ada lesen D, dan TIDAK DIBENARKAN menggunakan lorong motor…

    ko nak kata semua kene duk lane kiri, kalau sebijik keta tak reti nak bagi signal terus masuk simpang dengan motor jadi jem dengan sume kete jadi jem… ko dah suruh motor sekali beratur belakang keta masa jem?… ko elok sampai opis dalam masa 1 jam ko akan sampai opis 3 jam…….

    berlaga side mirror… tau tak kenapa?….. sebab pemandu tak reti bahagian kan posisi dalam lane…. mau tak berlaga kalau tayar betul duk atas lane…..

    dan aku sebagai driver pun menyumpah rider yang tak reti nak hormat orang jugak… tengah mencelah pun nak ‘merempit’ klu kene kete yang tak reti jaga posisi ni padan!….

    bab rider kene sondol lori ni, 1st memang aku cukup menyumpah la….bodo bangang sume ada kat driver lori ni…. camne ek dia boleh terfikir…. berada di lane paling kanan tanda sebarang tanda….tak pikir tentang orang lain…. kalau la yang menyondol tu sebuah kontena….

    untuk penunggang motor , situasi sebegini memang susah dielakkan.. atas faktor keadaan jalan yang agak basah… penglihatan yang terhad… sedar2 ada objek pegun dihadapan… memang agak menggelabah….

    apa2 pun dariNYA kita datang, kepadaNYA jugak kita kembal… takziah kepada keluarga arwah….

  5. zackvtec's Gravatar zackvtec
    28/05/2011    

    mmg geram betul dgn driver2 yg mcm apek ni..x kisahla bwk apepn..nk kira senanggg je…yg jd mangsa, org lain..x pasal2…hmmm..geram betul

  6. GhOD2004's Gravatar GhOD2004
    27/05/2011    

    Takziah buat keluarga arwah. Tak di nafikan mmg pemandu lori mementingkan diri sendiri dan terlampau pandai sampai boleh membunuh pengguna jalan lain. Tapi perkara macam ni boleh di elakan oleh penunggang motosikal kalau betul² ikut peraturan lalu lintas awam, kalau nak dikirakan motosikal tak boleh masuk lane paling kanan, maksimum pun bila memotong lane tengah, ni dekat jalanraya 3 lane yea.. mmg dah peraturan, tak hairan kalau ramai masyarakat kota khusus nyea penunggang motosikal yang maut di jalan 3 lane, ada di kalangan penunggang yang masuk lane paling kanan siap boleh hon kereta depan untuk suruh ke tepi depa nak lalu, dengan laju pulak tuh, tlg ingat sikit yea, kereta nie kalau nak ke kiri dan ke kanan ada lah 3 cermin kecik yang bole digunakan untuk membantu tgk kiri,kanan dan belakang, cermin kecik yea, adalah lebar tapak tangan nie, tak dapat nak elak kalau tak nampak penunggang motosikal yang mencelah dekat lane kanan ni.. mmg mati punya kalau kena gesel, so ambik lah ikhtibar.. tolong lah kalau dekat bandaraya tu jangan lah pentingkan diri sendiri nak cepat sampai, semua orang nak cepat sampai, balik jumpa keluarga, tapi statistik kalau tgk sendiri dekat pusat trafik KL sana, confirm ramai penunggang motosikal mati di jalan raya kemalangan di lane paling kanan.. Untuk kemalangan yang berlaku ni pada pendapat saya, dua² salah, yg paling ketara lori lah, tapi motosikal pun salah.. tak kira lah cc motor cecah 1500 ke.. mmg undang² tetap kata motosikal tak boleh masuk lorong paling kanan di jalan raya 3 lane.. ada sebab yea.. lane paling kanan lane paling laju untuk kereta dan bahaya.. so kalau kemalangan.. consider mati.. tu jea.. mesti ada yang terasa dengan komen saya, tapi ini adalah kenyataan, sendiri mau ingat.. sama² pertimbangkan keselamatan bersama di jalan raya.. Bagi yang selalu mencelah kiri kanan masa trafik jam dekat jalan ipoh sana tu, ingat² lah.. kalau takat terlangar side mirror boleh selamat lagi yea.. tapi kalau dah tergesel dan masuk bawak kereta/lori.. tak dapat nak selamat dah.. just ingat lah.. walaupun jalan raya 3 lane dekat bandaraya ni tak lah sebahaya lebuhraya 3 lane.. tapi concept dia sama jea.. kalau dekat lebuhraya boleh pandai tak masuk lane paling kanan.. buat lah yang sama bila berada di jalan 3 lane di bandaraya..

  7. ann's Gravatar ann
    26/05/2011    

    T’ingt aku masa arwah sama2 tlg wat banner tuk sukaneka kolej MLT..
    Al-Fatihah tuk arwah… Pd debar lori yang bengong tuh.. Siap la ko nnti kene hukum ngn hakim…

  8. kuda88's Gravatar kuda88
    26/05/2011    

    daripadanya kita datang daripadanya kita kembali, semoga isteri beliau tabah menempuhi rintangan dan dugaan yang allah bagi, sebagai rider sepanjang masa, sy sentiasa berdoa biaq lah allah ambik dalam keadaan yang baik,kesian anak bini.

  9. MunerR_Hammer's Gravatar MunerR_Hammer
    26/05/2011    

    mahal sgt ke nk beli @ least 5 kon keselamatan utk staf letak blakang lori mser tgah wat keje? beli mesin printing mahal2 ada plak duit. kon yg xsmpai rm100 sbijik pon xleh nk beli utk standby. tokey kedai ngan debar smer jer CERDIK TERLAJAK!!!

  10. jack.armani's Gravatar jack.armani
    26/05/2011    

    owhh….alangkah sedihnya.Paroll..kau pergi dahulu sebelum kami…Al Fatihah.
    Kenangan bersama MSST , SESMA, UITM DUngun tetap dalam ingatan. Semoga roh kamu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

    paroll.. :(

  11. Zamie Gong Pasir's Gravatar Zamie Gong Pasir
    24/05/2011    

    Al fatihah.. Kepada sesiapa yg mempunyai pic atau video uncensored arwah accident sila send kt saya moskito7494@yahoo.com atau facebook Zamie Gong Pasir.. Ini permintaan daripada adik beliau, saya dan zizan rajalawak sbg sepupu beliau..

  12. iskandarfazli's Gravatar iskandarfazli
    24/05/2011    

    Macam sial pemandu lori ni…..arwah ni kawan aku kat SESMA dari F1 sampai F5, sebab kau pemandu bangang…arwah meninggal.Bukan itu sahaja,seorang wanita sudah jadi janda and seorang anak akan lahir tanpa adanya kehadiran bapa mengazankan anaknya. Kepada pembaca disini yang ada kuasa menyaman syarikat Yap (esp ex-Sesmarian), tolonglah berbuat demikian. Sekurang-kurangnya ia menjadi iktibar utk pemandu lain.

  13. 24/05/2011    

    saya melalui kawasan kejadian untuk menghala ke tempat kerja di kl.. saya sangkakan warga asing melintas jalan yg kemalangan(sbb biasa jadi).. baca blog ondscene ni baru tau perkara sebenarnya… al-fatihah.

  14. aemeyhatta's Gravatar aemeyhatta
    24/05/2011    

    arwah ni kwn sekolah abang saye, dia baru je menghadiri majlis perkahwinan arwah di terengganu tahun lepas…sedih tgk abang sye bgenang air mate mlm tadi mse ceritakan kejadian ni kt kitorg…Inalillah & Al-Fatihah utk arwah, semoga rohnye ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan takziah juge kpd isteri & keluarga arwah ats pemergian ini…

  15. AFRO117's Gravatar AFRO117
    24/05/2011    

    2 words. Bodoh dan Biadab bagi driver lori terbabit.
    Al-fatihah utk keluarga mangsa.
    Saya sarankan sesiapa utk hubungi balu mangsa dan mungkin advice dia
    utk ambil tindakan terhadap syarikat Yap Advertising ni.

  16. warezmasterz's Gravatar warezmasterz
    24/05/2011    

    Sempat lagi cakap lori rosak,mati tiba2 lah,tapi maaflah,ramai saksi kot..kalau takde saksi,memang nilah alasan dia..dia boleh cakap pe,tak berhenti pun,moto tu langgar dari blakang.nilah kuang hajarnya orang jenis ni.(FYI,ni mmg standard alasan driver lori,aku banyak lepak dgan driver lori,lori pendek lori panjang lori tanah,cakapla lori ape pun,derang besar derang bawak cam si*al,brapa kerat je bawak elok,brapa kerat je semayang)

    harap2 undang dipinda,hukuman lebih berat dikenakan.kesianlah isteri tu,baru kahwin,mengandung anak pertama lak tu.

    Saya mewakili ribuan silent readers,menyokong penuh Akta Pengangkutan Jalan 1987 disemak semula.Kalau abg sham boleh buat Poll,kita buat.

    Bagus sangat abg sham expose nama company tu,mcamana Kluang Kopitiam kena,jom kita ajar Yap Advertising tu,jangan guna khidmat dia.hebahkan di blog kita.mari kita ajar dengan gunakan kuasa yg kita ada.

  17. zvicmorrow's Gravatar zvicmorrow
    24/05/2011    

    yup saya terpaksa bersetuju dgn kenyataan tajuk diatas akibat pemandu lori yg bodoh,yg mengambil jalan singkat tanpa memikir faktor keselamatn org lain…

  18. MLt KL's Gravatar MLt KL
    23/05/2011    

    sbb kau pemandu lori xberotak,aku da kehilangan seorang kawan…:( berikan hukuman sekeras2 nya pada pemandu lori tersebut!

  19. 23/05/2011    

    Takziah kepada keluarga mangsa.. semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman..

    Sedih bila mendapat tahu yang isteri mangsa sedang mengandungkan anak pertama..

    Ajal tetap akan sampai tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat, cuma kaedah penyebab kematian tu yang berbagai-bagai..

    Bagaimana pun, kejadian seperti ini boleh dielakkan jika kita menggunakan akal yang waras…

    Kepada pemandu lori, jadikan ini sebagai teladan di kemudian hari.. dan kepada keluarga mangsa.. bersabarlah kerana semua ini adalah ujian dari Allah.. dan insyaAllah.. ada hikmah disebaliknya.. yang mungkin kita tak tahu…

  20. 23/05/2011    

    kerana sikap ‘bodoh’ sesetengah manusia, manusia yang lain menjadi mangsa.. semoga roh arwah dicucuri rahmat…

  21. 23/05/2011    

    yang aku sakit hati.. pemandu tu sempat lagi menipu polis katanya lori rosak.. memang celaka betul lah.. mintak mintak hukuman mandatori dijatuhkan.

  22. Life-must-go-on's Gravatar Life-must-go-on
    23/05/2011    

    Salam dan Takziah kpd keluarga arwah ni…

    Memang la betul takdir tu ketentuan Ilahi, tapi manusia yang perlu berusaha memperbaiki ketentuan itu… dan diakhiri dengan minta kebaikanNYA. Akhir-akhir ni sikap manusia sendiri yang terlalu penting diri sendiri, membelakangkan sifat kewarasan manusia. Di atas jalanraya tu dah beribu-ribu orang tak bersalah mati atas kebodohan dan kecuaian orang lain. Maka nak nasihat dan apa yang berlaku kita tak ambil iktibar.. maka yang penting jaga nyawa sendiri…jangan mengharap ehsan sesiapa. Tak kira penunggang motor atau pemandu 4 tayar…semuanya berlumba-lumba bila dah bergerak atas jalan… setakat maki hamun tu dah biasa dilafazkan.. cuma kita belum terkena dan takdir kita belum sampai. Cuma kita yang beragama Islam, bila nak keluar dari rumah dengan kenderaan berminyak tu, doa dan istiqfar kepada Allah, agar kita selamat keluar dan pulang ke rumah..bersama-sama famili tersayang.. Hidup ni tak ada kali kedua, maka gunakan yang sekali ni dengan sewajarnya.. Rasanya Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 perlu disemak semula dengan menjatuhkan hukuman yang lebih berat lagi. Hukuman yang dijatuhkan tak berbaloi dengan nyawa orang yang hilang..sekadar denda 4, 5 ribu. dan lesen di bekukan je… tak de lesen pesalah masih boleh memandu juga.. famili mangsa tak dapat apa-apa gantirugi. Mungkin tindakan saman ke atas tokey kedai iklan sementara menunggu bicara ini bermula. kepada famili arwah tu, boleh ambil alamat pejabat iklan tu kemuka tuntutan.ni alamat kedai lori bodoh tu,
    YAP ADVERTISING & SIGN CRAFTS
    30, Jln 13/34A, Kepong, Entrepreneurs Park, Kepong 52100 KL
    Tel? 6251 1911

  23. 23/05/2011    

    baru kawin dan isteri sedang hamil….sungguh simpati….

  24. 23/05/2011    

    takziah kepada mangsa…pemandu ni kena hukuman maksimum mandatori. ni dah dikira membunuh juga ni..

  25. 23/05/2011    

    Assalamualaikum,
    DariNya kita datang, kepadaNya kita akan kembali. Alfatihah. Takziah kepada keluarga arwah.

    Mmmm selalu sangat kita jumpa benda-benda yang menyenangkan orang lain akan menyusahkan lagi ramai orang. Entah kenapa, manusia ni suka sangat menyenangkan diri sendiri tanpa fikirpun benda yang sama akan menyusahkan orang lain.

    Ikutkan logik akal, emmang tak sampai tahap pemikiran logik yang nak difikirkan. Jam 8 pagi, masa orang tengah sesak nak pergi kerja, ada juga yang pasang banting promosi jualan di lorong paling kanan? macam tak masuk akal, tapi itulah yang berlaku.

    Nak salahkan drever lori 100% tak boleh juga…sebabnya, hanya takat itu je lah mampu dia fikirpun. Kalau boleh berfikir lebih sikit…kemalangan ni dapat dielakkan. Usah pula kata “kita macam menolak takdir dan ketetapan Allah”, bukan tolak, tapi bukanlah boleh elak. kalau dah berhati-hati dan cuba elak, masih juga berlaku…itu baru boleh panggil takdir.

  26. 23/05/2011    

    takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..

  27. Breakeven's Gravatar Breakeven
    23/05/2011    

    ~ personally..sy baca pun dah timbul rasa sedih + kesal..
    belum tgk pic lagi ..hummm..~

  28. 23/05/2011    

    MasyaAllah.. apa nak jadi dgn
    sikap pemandu sekarang.

    Takziah untuk keluarga mangsa..

    kalau saya kat situ lama dah
    saya sondol pemandu tuh. grrrrrrrrr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting