Reality in Real Life

‘Malayan-tapir’ yang malang…

IMG_20140703_102433

 
Jalan Puncak Alam-Bt Arang
Kuala Selangor
3 Jul 2014
7 pagi

Mangsa : Malayan-tapir, betina,  +/- 300 kg, usia 11-13 tahun

IMG_20140703_102112

Haiwan ini dari spesis Malayan-tapir , haiwan yng dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

IMG_20140703_102136

Malang bagi tapir betina ini – mungkin akibat pembangunan pesat di kawasan sekitar, habitatnya terganggu.

IMG_20140703_095742

Tapir ini dipercayai keluar dari kawasan ‘kediamannya’ di dalam Hutan Simpan Bukit Cherakah dan melintasi laluan ini.

Dan ketika itulah sebuah kenderaan , dipercayai sebuah Honda, berdasarkan serpihan yng ditemui, melanggar dan mengheret tapir kira-kira 10 meter.

IMG_20140703_102200

Kesan darah di atas jalan turut ditemui.

Tapir malang ini kemudian terdampar di bahu jalan dan mengalami kecederaan di bahagian muka.

IMG_20140703_102255

Akibat hentakan kuat dan pendarahan yang banyak, tapir ini akhirnya tamat riwayatnya ketika sedang menanggung kesakitan.

Menurut Penolong Pengarah Perhilitan Selangor, Ahmad Sahrizan Mohd Nawawi, pihaknya menerima laporan kejadian jam 9 pagi dan segera ke lokasi.

IMG_20140703_102403

Kejadian dipercayai berlaku tengahmalam tadi.

Berdasarkan keadaan bangkai tapir ini, beratnya dianggarkan kira-kira 300kg dan berusia mungkin antara 10-13 tahun.

IMG_20140703_102528

Ini merupakan kes pertama membabitkan tapir maut dirempuh kenderaan di Selangor tahun ini.

IMG_20140703_102758

Bangkai tapir ini kemudian dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sg Dusun Hulu Selangor untuk proses bedah siasat.

IMG_20140703_104503

Di lokasi kejadian, kira-kira 50 meter sebelumnya, terdapat papantanda yang meminta pemandu mengurangkan kelajuan kerana ia adalah kawasan tapir melintas.

Posted from WordPress for Android

1 Comment

  1. kurma's Gravatar kurma
    06/07/2014    

    abg sham
    saya kecian melihat tapir tu…. nampaknya haiwan menjadi mangsa kerakusan pembangunan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting