Reality in Real Life

Maut Atas Riba…

 
IMG_4818
Jalan Cheras-Kajang
Taman Miharja, Kuala Lumpur
8 Feb 2014
3 pagi
 

Nama mangsa :  Chan Peng, 41, Myanmar (UNHCR)

Kes membabitkan warga asing menemui ajal akibat melintas jalan , memang selalu berlaku dan kebanyakannya adalah dari Myanmar.

Bagaimanapun, bayangkan jika anda sendiri terbabit dalam kejadian ini – sudahlah mangsa maut akibat dilanggar – lebih tragis – mangsa turut terjatuh di atas riba dan badan anda.

Itu yang berlaku awal pagi tadi – apabila sebuah kereta tidak sempat mengelak mangsa yang melintas jalan di laluan paling kanan – dan kejadian berlaku hanya kira-kira 100 meter dari jejantas pejalan kaki.

Sebaik dirempuh, mangsa tercampak ke arah cermin hadapan lalu terhumban ke dalam kereta – dengan bahagian kepala dan badan betul-betul jatuh di atas riba dan badan penumpang.

Penumpang terbabit, Vimala, 21 tahun, turut cedera akibat serpihan cermin kereta yang mengenai mukanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

lagi foto menyusul

1 Comment

  1. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    10/02/2014    

    Kasihan,mungkin di negara asal trafik tak sesibuk di sini,maka dh terbiasa melintas jalan. Dan cubaan yg biasanya berjaya,tak selalu berjaya bari ini.Nyawa berakhir di atas jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting