Reality in Real Life

Maut Di Lorong Kecemasan – Rempuh Plus Ronda

IMG_20140717_183635
KM 441 Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Sg Buaya, Rawang
Selangor
17 Julai 2014
5.30 petang
 

Nama : Mohammad Faizal Diran, 40, Bandar Sg Buaya, Rawang, Selangor.

Satu peringatan yang telah banyak kali saya ulas di dalam ondscene – laluan/lorong kecemasan adalah untuk kenderaan yang berada dalam keadaan statik/tidak bergerak seperti mengalami kerosakan.

IMG_20140717_183521

Di waktu kecemasan, ia digunakan oleh kenderaan seperti polis, ambulan dan jentera bomba jika berlaku kemalangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan – pemandu yang didapati menggunakan laluan kecemasan tanpa sebab di lebuh raya di seluruh negara akan dikenakan denda maksimum RM300.

Hari ini, Ops Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri bermula.

Apabila berlaku kemalangan di laluan kecemasan, pelbagai faktor dapat disimpulkan mengapa ia berlaku.

Kecuaian, faktor jalan yang tidak mesra pengguna dan juga sikap biadap pemandu yang mengambil jalan mudah untuk potong ‘Q’ antara punca mengapa kemalangan berlaku di laluan ini.

Dan, bukan semudah itu ‘meletakkan’ kenderaan di laluan kecemasan – mesti ada penanda seperti segitiga kecemasan atau kon pada jarak tertentu – untuk memberi isyarat kepada pengguna jalanraya yang lain.

Bagi penunggang, biasanya ‘kelonggaran’ menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya adalah atas budi bicara, tetapi jika berlaku kemalangan akibat menggunakannya, maka ia sudah menjadi kes.

IMG_20140717_183506

Dalam kejadian ini, penunggang, Mohammad Faizal Diran, 40 menunggang motosikal SYMnya di laluan kecemasan di laluan Bayangan Maut ini.

Di hadapannya, sebuah kereta rosak berada di laluan kecemasan, dan sebuah pacuan 4 roda Polis Bantuan Plus Ronda sampai untuk memberikan bantuan.

Kejadian pula berlaku berhampiran/bawah laluan bertingkat di sebelah atas menyebabkan dalam keadaan tertentu, kenderaan yang berada di bawah, seolah ‘tidak nampak’ akibat dari faktor pencahayaan.

Malang bagi Mohammad Faizal, berkemungkinan mangsa tidak menyedari/faktor pencahayaan, tidak menyedari ‘objek’ di hadapannya.

Maka berlakulah rempuhan – SYM nya merempuh belakang pacuan 4 roda Plus Ronda, menyebabkan mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Mohammad Faizal, seorang juruelektrik, dalam perjalanan pulang ke rumah di Sg Buaya, meninggalkan isteri dan 5 anak.

IMG_20140717_190824

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan mengambil keterangan kakitangan yang bertugas ketika kes ini berlaku.

Apa yang pasti, walau siapa pun kita, berada / menunggang / memandu di lorong kecemasan sebenarnya lebih merbahaya berbanding di laluan paling kiri.

Oleh itu,berhati-hatilah –

 

 

 

5 Comments

  1. apiz's Gravatar apiz
    21/08/2014    

    Saya sekadar mahu bertanya…saya sudah hampir 3 tahun menunggang motorsikal ke tempat kerja. Motorsikal yang dinaiki pula dari jenis 100cc oleh itu tidak mampu untuk menunggang laju…

    Masalah berlaku :

    1) menunggang di lorong kiri tapi kereta selalu hon dan marah
    2) kenderaan berat tidak mempedulikan penunggang di lorong kiri . mereka memandu laju so kami yg terpaksa beralah
    3)

    conclution:

    lebuhraya jarak jauh seperti plus/lekas/mtd dsb tidak mempunyai lorong motorsikal so terpaksa guna lorong kecemasan yg ternyata bahaya dan kerap berlaku kemalangan serta sering ada objek halangan seperti serpihan tayar dan haiwan seperti anjing ( selalu berhampiran tol sg. besi ari arah selatan)

  2. munirah's Gravatar munirah
    21/07/2014    

    Innalillahiwainnailaihirajiun,takziah buat keluarga,beliau adelah rakan sekerja saya di MTJ..amat terkejut atas pemergiaan beliau…kerana pada pagi tu baru sahaja bersua muka..semoga arwah ditempatkan di tempat org yg soleh..amin…mis him so badly..

  3. mie's Gravatar mie
    20/07/2014    

    Apakah plus ronda tak pasang kon keselamatan ?

    • Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
      20/07/2014    

      Selalu nmpk diorg nyalakan beacon kalau ade rondaan atau kecemasan,tp kalau ikut kebiasaan, kon akan diletakkan+beacon dinyalakan kalau kereta peronda statik.

  4. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    19/07/2014    

    Innalillahiwainnailaihirajiun,takziah buat keluarga mangsa,berat mata memandang,berat lg bahu memikul,meninggalkan anak 5 org.
    Buat penunggang,sentiasa anggap kenderaan di lorong kecemasan adalah statik walaupon ia sdg bergerak sebagai langkah berjaga2.Juga sentiasa berhati2 di selekoh yg terlindung (dgn pokok bunga,penghadang pembinaan dsbnya),dikhuatiri ada ‘kejutan’ di hujung selekoh.Kemalangan atas sbb org lain adalah sesuatu yg ralat,tp lebih ralat kalau disertai kecuaian sdri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting