Reality in Real Life

Maut Dikisar Mesin Pengisar Tandan Sawit

Kg Padang Gajah,
Taiping, Perak.
28 Dis 2011
10.30 pagi

Nama mangsa: Suhaimi Mohamad Ariffin, 36 tahun

Malang bagi seorang penyelia sebuah kilang kelapa sawit , apabila mangsa dikisar mesin yang sedang diselenggaranya.

Tubuhnya dikisar hancur selepas dipercayai tergelincir jatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit yang sedang berputar.

Mangsa, Suhaimi Mohamad Ariffin, 36, hanya mampu menjerit meminta tolong ketika tubuhnya mula digelek mesin berkenaan - kepalanya turut pecah selain semua tulang badannya patah kesan gilisan besi mesin pengisar yang digunakan bagi mengasingkan tandan dan buah kepala sawit.

Mangsa yang bekerja sejak 9 tahun lalu, difahamkan baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai penyelia pelatih baru-baru ini.

Suhaimi dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam mesin yang masih bergerak ketika  melakukan tugas mencuci tandan kelapa sawit yang masih tersisa pada alat berkenaan.

Balai Bomba dan Penyelamat Taiping menerima panggilan kecemasan jam 10.24 pagi dan menghantar 9 anggota dan 2 jentera ke lokasi kejadian diketuai, Pegawai Bomba Kanan Dua, Mohd Hisham Osman

Operasi kemudian mengeluarkan mayat mangsa yang didapati sudah terjatuh di bahagian bawah mesin pengisar berkenaan.

Pix – Balai Bomba dan Penyelamat Taiping  

5 Comments

  1. 29/12/2011    

    oh ye ke…dah agak dah..something is not right….tapi SHE syarikat ni patut diaudit. banyak prosedur keselamatan diabaikan. Al fatihah.

  2. prolever's Gravatar prolever
    29/12/2011    

    Dari aper yg saya tahu, die bukan tergelincir. Tak ke pelik cuci mesin yg tengah bergerak. Kita sendiri pun x kan buat. nak cuci semestinya dah off baru cuci. nak cuci mesen tu dah la kene buka. Sedangkan time on pun bende tu bertutup.
    Dari aper yg saya tahu, arwah sedang cuci mesin time tengah off. Dengan tetiba sorg bangla pergi on mesin tu. Dan semestinya bende tu terus tarik la. Aper2 pun takziah buat keluarga arwah.

    p/s: saya dok taiping, jadi tahu pun pasal guard wad abang saya bagi tahu. Die pun amik maklumat dari polis/bomba kes tu..

  3. 29/12/2011    

    Innalillah..

    Pastinya sukar untuk menerima khabar kita kehilangan seseorang. Namun menerima kehilangan seseorang dalam keadaan sebegini lebih besor dugaanNya.

    Terkedu teman seketika, moga keluarga dan sahabat arwah dibekalkan kesabaran teroptimum olehNya. Al-Fatihah

  4. 29/12/2011    

    pilunya…. moga keluarga mangsa tabah dengan dugaan ini.

  5. trending's Gravatar trending
    29/12/2011    

    innalilah…xdpt bayangkan mcmner keadaan mayat dikisar….

    alfatihah untuk mangsa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting