Km 303-5Lebuhraya KL-Seremban
berhampiran susur Kajang
4-20 petang
16 April, 2009
Gara-gara keluar dari kereta selepas terbabit dalam kemalangan, seorang Pengurus Jualan maut dirempuh sebuah lori.
Mangsa merupakan warga India yang datang melawat rakannya di negara ini dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Johor setelah memebli durian.

Kejadian bermula ketika kereta dinaiki mangsa, sedang dipandu di lorong laju lebuhraya KL-Seremban arah Kuala Lumpur di KM 303-5.
Bagaimanapun, pemandunya tiba-tiba menukar lorong ke lorong kiri dan terus merempuh sisi kiri belakang sebuah kereta di hadapannya.
Kereta yang di hadapan kemudian berhenti di lorong kecemasan.
Bagaimanapun, kereta mangsa dipercayai mengalami kerosakan dan berhenti di lorong paling kiri.
Mangsa kemudian keluar dari kereta dan membuat panggilan telefon sambil berlegar-legar di belakang kereta terbabit.
Sebuah lori bagaimanapun tidak menyedarinya, terus merempuh mangsa menyebabkan mangsa tercampak dan melekat di belakang bonet kereta dinaikinya itu.
Rajan Haridas, 38 tahun, maut di tempat kejadian.
Rajan berasal dari Kerala, India dan datang ke Malaysia sejak Isnin lalu untuk melancong.
Akibat rempuhan kuat, mangsa gagal dialihkan dari bonet dan anggota bomba dari Balai Sri Kembangan mengambil masa 15 untuk mengeluarkannya.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.




MasyaAllah..
saya dengan bermotosikal dari seremban ke KL melalui jalan ini petang semalam.. dan selisih dengan kesesakkan jalan dan mmg ini dia kemalangan tersebut..
Alhamdulillah.. semoga saya dijauhkan dari terlibat dengan perkara sebegini.. Minta simpang..
Menanti berita susulan yg lebih detail dari syam ondscene..
- khai [justkhai.com]
Ya Allah..ngeri tngok..alhamdulillah ko xape2 kn Khai?
membuat panggilan telefon sambil berlegar-legar di belakang kereta terbabit?
hish..
Tak Faham..kemalangan tu dilorong kecemasan ker?
Khai – hang lalu jam berapa situ. aku ada dari jam 5 sampai jam 5-40 tak silap. lain kali, babai-babai le sikit..!!!
zieyn -khai ok tu, dia penunggang berhemah…kita doakan semua dari kita selamat
jawa- itu la pasal…cuba bayangkan, tuan jawa buat perkara yg sama…macamana tu…
anon – lori itu melanggar mangsa yang berada di lane kiri sekali di belakang keretanya. dan bukan di lane kecemasan
Bro Sham
Menurut ‘Analisa dan kajian yang telah kami lakukan semasa membuat sistem CARS’, 99.9 % Pemandu tidak mahu meletakkan ‘segitiga keselamatan jalanraya’ kerana takut hilang di curi, jka ada yang melatakkannya pun cuma 5 meter dari kenderaan mereka yang rosak.
Mereka lebih sayang ‘Triangle’ tu daripada nyawa mereka sendiri.
Entahlah…
Ajal maut ketentuan Allah.S.W.T
Wasalam
slm abg sham. sya ni silent reader. x penah komen pape pon. just sya nk tnya sapa peg. polis yg tgh amik statement tu? hndsome la hehe
~alahai..dan lagi…aha..memang handsome..hahahahahaha~