Jalan Pahang
Kuala Lumpur
5 Januari, 2013
5.30 pagi
Nama mangsa : Ahmad Fuad Mohd Yusof, 29 tahun, Kuarters Hospital HKL, K.Lumpur.
Kemalangan ini amat tragis dan membabitkan sekurang-kurangnya 4 kenderaan.
Semuanya bermula apabila kereta Proton Iswara dipandu mangsa terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga.
Sebaik kemalangan berlaku , kereta mangsa terbabas ke kiri dan merempuh sebuah kedai, manakala Proton Saga melintang jalan di laluan kanan.
Kedua-dua pemandu yang hanya cedera ringan, keluar dari kenderaan dan difahamkan sedang hendak menyelesaikan kes yang membabitkan mereka.
Bagaimanapun,beberapa minit kemudian, sebuah pacuan 4 roda terus merempuh mangsa dan Proton Saga terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke laluan sebelah (arah Setapak).
Proton Saga remuk di bahagian sisi kiri, tetapi pacuan 4 roda terbabit terus meninggalkan tempat kejadian.
Sebaik mangsa terjatuh ke laluan sebelah, sebuah van pula dipercayai tidak sempat mengelak, lalu menggilis pula mangsa, dan van juga terus meninggalkan tempat kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Fuad Mohd Yusof,, 29 tahun, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ahmad Fuad yang masih bujang, merupakan Pegawai Operasi Syarikat bas ekpress Transnasional di Hentian Duta dan merupakan anak kepada seorang kakitangan wad bersalin Hospital Kuala Lumpur.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Polis memohon mana-mana saksi kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.
Pemandu 2 buah kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kemalangan ini iaitu dipercayai sebuah pacuan 4 roda dan sebuah van yang meninggalkan lokasi sebaik kemalangan berlaku, juga diminta tampil di balai trafik Jalan Bandar.
Siasatan dilakukan di bawah Seksysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987


















macam maut terus mengejarnya…lepas satu,satu pulak yang jadi..takziah kepada keluarga mangsa.
Memang tragis kemalangan ini berlaku..
Al fatihah untuk arwah dan Takziah utk keluarga mangsa..
al-fatihah…
dah ajal… Allah nak tarik juga nyawa seseorang yg dikehendaki-Nya…
Innalillah…. Takziah buat keluarga mangsa…… Saya amat2 mengenali mangsa…. Sangat baik hati dan seorang yang penyayang pada adiknya…. Tak sangka dia pergi dalam keadaan yang sungguh menyayat hati…… Semoga roh awak tenang disana……. Al-fatehah……
maaf tanya sbb masih terfikir2 lagi..adakah ni fuad bekas pelajar sekolah menengah padang tembak dulu?
Maaf…. Saya kurang pasti latar belakang sekolahnya…. Pernah dia bgtau tp saya lupa… Mungkin ia itu sekolah arwah..
Al Fatihah, tragis sungguh………ada pengajarannya disini, jangan berada di atas jalan walau apa hal sekali pun, jika rosak dan lansung tak boleh bergerak segera on kan lampu hazard dan cepat2 tinggalkan kereta, buat panggilan ke pihak yg berkenaan bagi mengawal lalulintas dan bantuan, tunggu ditempat yg selamat, dlm kes ni kemalangan awal sebelum arwah dirempuh telah pun berlaku dan melihat pd kesan kemalangan tiada apa yg patut/boleh dirundingkan lagi selain dari buat aduan ke balai polis trafik berdekatan dan proceed proses tuntutan insurans. Jangan sesekali ambil ringan tentang bahaya berada ditengah dan tepi jalan raya, hatta didalam rumah atau kedai makan tepi jalan pun ada risiko juga.
al fatihah…
maaf ttap mengejar nya..
ada jer accident berlaku…..
walaupun berjuta juta ringgit dibelanjakan, beratus-ratus jam kempen dibuat untuk kesedaran….macam-macam teknologi moden dan canggih ada pada kenderaan, tapi orang tetap cuai dan lalai…sampai maut.
Nak salahkan siape?
Arwah pada ketika itu dlm perjalanan pulang dari melawat adiknya yang sedang mengecat rumah baru mereka di tmn melati.. Arwah seorang yang baek pada semua orang dan bertanggungjawab pada keluarga.. betul kata orang, Allah lebih menyayanginya.
Lebih menyayat hati pada hari itu juga adalah jadi jadi ibu nya..
Utk sepupu beliau, sampaikan salam takziah buat keluarganya…
takziah buat keluarga…maaf tanya sbb masih terfikir2 lagi..adakah ni fuad bekas pelajar sekolah menengah padang tembak dulu?
yer, arwah ex student sekolah menengah padang tembak.. yer tyra, arwah seorang yg amat2lah baik hati (hati mulia ) , betanggungjawab dan penyayang orangnye… saya amat beruntung dapat menganali arwah walaupun jodoh x panjang… al-fatihah..