Km 431
Lebuhraya Utara Selatan
Bukit Beruntung
Hulu Selangor
27 Jan 2009
(Selesai kes di Kampung Pandan, saya mendapat panggilan mengenai kemalangan ini yang berlaku di Bukit Beruntung, kira-kira 50 kilometer jaraknya. Akibat faktor jarak yang jauh, saya tidak sempat snap foto kereta yang terbabit kerana baru sahaja dalam proses ditunda ke Balai Polis)
Bagi sekeluarga 4 orang yang menaiki sebuah kereta, hari ini merupakan pengalaman paling mengerikan dalam hidup mereka.
Dengan cebisan daging manusia dan darang di merata tempat, ia akan menjadi trauma sepanjang hidup, dan lebih-lebih lagi kemudian diketahui, mangsa akhirnya maut.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9-30 pagi tadi di KM 431 Lebuhraya Plus selepas susur Bukit Beruntung arah Kuala Lumpur.
Mereka sekeluarga, sepasang suami isteri dan dua ank mereka dari TLDM Lumut berkonvoi 3 kereta menuju ke Kampung Pandan.
Setibanya di tempat kejadian, mereka dipercayai gagal mengelak seorang penunggang motosikal yang tercampak akibat terlanggar sebuah lori yang mengalami kerosakan di laluan kecemasan lebuhraya.
Akibatnya, kenderaan mereka bergesel dengan motor mangsa dan mangsa tercampak ke arah cermin dan bonet hadapan kereta.
Akibat hentakan kuat, cermin hadapan pecah dan beberapa bahagian badan mangsa berkecai dan terselerak di dalam kereta dan mengenai penumpang.
Mangsa kemudian dipercayai terjatuh dan diseret pula oleh kereta yang sama kira-kira 200 meter apabila pemandu menjadi tergamam dan ketakutan yang amat sangat.
Pemandu kereta dan anaknya yang cedera dan dalam keadaan trauma, dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut.
Mangsa, Mohd Khairul Amin Aris, 24 tahun dari Temerloh Pahang, yang cedera parah, kaki kirinya hampir terputus dan kepalanya juga mengalami pendarahan teruk, maut di tempat kejadian.
Kemalangan ngeri ini menyebabkan laluan di tempat kejadian hanya dibuka satu lorong menyebabkan lebuhraya sesak kira-kira 1 kilometer.
Kesesakan juga berlaku di laluan bersebelahan kerana pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan, dan akibatnya tiga buah kereta berlanggar sesama sendiri.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi, polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan dan meminta saksi kejadian memberi keterangan bagi membantu siasatan polis.
Semua maklumat boleh disalurkan ke:
03-60641223
Insp Amir Che Ya
Pegawai Penyiasat Trafik
IPD Hulu Selangor











Ya Allah..ngerinya..seksanya mayat tu….
ngeri bro… semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Mohd Khairul… al-fatihah
alfatihah..
sekali lagi..kemalangan berpunca daripada kenderaan rosak di lorong kecemasan..
sesuatu perlu dilakukan..antara yang boleh dilakukan ialah minimumkan masa sesebuah kenderaan tersadai..PLUS RONDA perlu bertindak segera sekiranya mengesan adanya kenderaan rosak yang tersadai di lorong kecemasan..
saya pernah terlibat dengan kerosakan di highway PLUS (walaupun bukan kereta sendiri yang rosak)..setelah dihubungi, hampir 30 minit baru PLUS RONDA tiba..bayangkan..30 minit..macam2 boleh berlaku..
tiap2 tahun kadar tol naik..tapi kualiti service duduk takuk tu jugak..
kelaurga yg terbabit dlm kemalangan ini masih dlm keadaan trauma yg amat teruk.
dan siasatan polis masih belum mendapat gambaran jelas fakta kejadian.
memang mengerikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.
Tentang kenderaan rosak di hway, memang byk kes kemudian akan berlaku kemalangan…
sebenarnya, aku ada artikel pasal tu, ya tak sempat nak disiapkan…
kat sini sy sbg penunggang motosikal berasa semua kenderaan rosak yang berhenti kat laluan kecemasan yg jugak laluan motor sebolehnya letak tanda amaran(daun pokok, sampah,etc yg menyedarkan kami ada sesuatu kat depan, kon/ pemantul amaran 3 segi lagik baik) sejauh 100 meter sbb kadang kaum kami tak perasan.banyak kali last minit sy nampak motosikal terkejut bila nampak ada kereta park tanpa bagik sebarang tanda amaran kecemasan.
untuk makluman, tindakan dan pengetahuan, kepada semua penunggang motor terutamanya, lorong kecemasan samada di hway atau di jalan persekutuan atau jalan bandaran sekalipun, lorong kecemasan tidak pernah digazetkan sebagai lorong/laluan motor.
laluan kecemasan memang hanya utk kecemasan dan keperluan meletakkan tanda amaran adalah satu peringatan kepada pemandu lain.
lorong motor di hway adalah sama dgn pengguna lain dan lebih afdal menggunakan laluan paling kiri., atau gunakan lorong motosikal jika ada.
dlm kebanyakn kes, lorong kecemasan sebenarnya telah diganggu / disalhguna oleh pengguna lain ketika kecemasan amat2 diperlukan masa itu seperti utk laluan bomba, ambulan.
tetapi ada penunggang motor menggunakan lorong kecemasan dan ada yg guna hingga lane paling kanan di hway. semua itu sebenarnya mengundang bahaya.
Ya Allah! Kurniakanlah keselamatan ke atas diriku, keluargaku dan kaum muslimin sekalian!
Matikan aku dan keluargaku dgn sebaik2 kematian…..dan jangalah kau hinakan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat!
AMEEEN
berdebar2 sy tengok gambar di page saudara nih…
tapi sy tgk sekali imbas…
untuk puas kan ati ni…
27 mac hari lahir arwah Khairul Amin…
Arwah nih bakal tunang saye..
Arwah baru keje 2 bulan..
Janji nye lepas 3 bulan keje, kami nak bertunang…
Tapi Allah lg sayang arwah…
Arwah kemalangan dlm perjalanan dr tg malim ke kl utk jumpe saya…
aku -takziah saya ucapkan kepada saudari. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Dengan izin, saya akan buat satu entry khas mengenai anda di dalam blog ini berpandukan dari posting di dalam blog anda.