KM 22.3
Maju Expressway MEX
arah Putrajaya
Selangor
21 Mei, 2012
2.30 pagi
Nama mangsa: Mohd Fazli Abdul Aziz
Kemalangan yang pada mulanya membabitkan 2 kenderaan, akhirnya menjadi 4 buah – sebuah Toyota Innova, sebuah Perodua Kancil , sebuah Perodua Myvi dan sebuah teksi.
Semuanya bermula apabila sebuah Toyota Innova dipercayai dipandu laju,hilang kawalan.
Ia kemudian terbabas arah pembahagi tengah lebuhraya dan kemudian merempuh belakang sebuah Perodua Kancil di hadapannya.
Akibat rempuhan kuat, Innova terus merempuh pula besi penghadang jalan dan terhumban kira-kira 20 meter ke tebing lebuhraya.
Malang bagi Kancil, yang kemudian terbalik beberapa kali menyebabkan penumpangnya tercampak keluar.
Mangsa, maut di tempat kejadian.

Sebuah teksi pula yang mengekori dari belakang, cuba mengelak Perodua Kancil yang melintang jalan.
Dan akhirnya terbabit pula kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi yang kemudian melanggar dan berpusing di pembahagi tengah.
Kemalangan berlaku kira-kira 3 kilometer sebelum Plaza Tol Putrajaya.
Mayat di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
















Assalamualaikum,
DariNya kita datang kepadanya jua akan kembali. Bukankah lebuhraya tu lurus je…opsss lupa pulak, “hilang kawalan”.
Bila berada di jalan, kita tak boleh nak jangka apa akan berlaku.
Tiba-tiba teringat peribahasa – gajah sama gajah …………. kancil tersepit di tengah²,
Simpati untuk mangsa – Al Fatihah dan Takziah untuk keluarga mangsa
Innalillah….orang lain buat salah
orang lain pulak yang jadi mangsa…
AL Fatihah untuk mangsa.. Beginilah jika kecuaian yg dibuat oleh manusia itu sendiri. Orang lain menjadi mangsa kematian..
Sudah tertulis ajalnya
kita dah hati-hati, tapi bila dah sampai ajal…..hmmm….
Highway ni memang sedap untuk memecut …… Tak dinafikan.
Takziah untuk mangsa….
Salam,
Nak buat pembetulan skit.. nama mangsa adalah MOHD BAZLI … bukan Fazli seperti yang tertulis. Arwah adalah sahabat suami saya..