Reality in Real Life

7 Maut Kemalangan Lori , Kereta dan MPV

Bt 6, Lekir,
Lumut, Perak
31 Dis 2011
11 malam
 
Nama mangsa : Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16,  Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19,Mohd Hisam Mat Zaki, 22

Hanya kira-kira sejam sebelum tahun 2011 berakhir, 6 maut dalam satu kemalangan ngeri di Lumut Perak.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 malam tadi membabitkan sebuah lori treler , sebuah MPV Honda Stream dan sebuah Honda Civic.

6 maut di tempat kejadian manakala 3 lagi masih dirawat di Hospital Seri Manjung.

Dan dalam perjalanan ke hospital, difahamkan salah seorang ahli keluarga mangsa pula, maut terbabit dalam satu kemalangan lain.

Nota – Jam 8 pagi tadi, seorang lagi mangsa yang parah, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, menjadikan 7 terkorban dalam nahas ini.

————————————————

10 mangsa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream berkenaan sebelum bertembung treler membawa muatan tong gas memasak LPG  dari arah Teluk Intan.

Rempuhan kuat menyebabkan 6 mangsa di dalam MPV maut serta-merta.

Mereka dikenali sebagai:

Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16,  Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19

Pemandu MPV , Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang luka parah di kepala, meninggal dunia 8 pagi tadi di Hospital Seri Manjung (HSM).

 Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Shaharudin Abdullah berkata, kemalangan turut membabitkan sebuah  Honda Civic yang mengekori di belakang MPV terbabit.

Semua di dalam MPV  keluar minum di bandar Sitiawan dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 15, Lekir.

Kenderaan terbabit dipercayai cuba memotong  Honda Civic dari arah kiri sebelum memasuki semula laluan.

Bagaimanapun ia dipercayai hilang kawalan dan terus memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler membawa muatan tong gas dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pelanggaran kuat menyebabkan 6 dari penumpang tercampak keluar hingga ada yang mengenai Honda Civic yang berhenti mendadak di belakang MPV itu.

3 lagi penumpang MPV berkenaan bagaimanapun terselamat dan  mengalami luka ringan.

Pemandu lori treler, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang, mengalami kecederaan serius di kaki.

Treler dipandunya turut terbabas ke arah ladang kelapa sawit.

Semua mayat sudah dibedah siasat di HSM dan dituntut ahli keluarga untuk pengkebumian pagi ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Manjung, ASP Ismail Munajat  mengesahkan 2 dari 3 penumpang MPV yang terselamat adalah perempuan berusia 20-an dan hanya cedera ringan.

Pemandu Honda Civic bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian keretanya remuk akibat dihempap MPV berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pix – Jamil 

13 Comments

  1. kamalruldin's Gravatar kamalruldin
    03/01/2012    

    potong lah kiri selalu.. lagi tak mati, tak jadi kemalangan yg ngeri atau tak ngeri..boleh la cakap.memang potong kiri tu takde sapa ajar sebab salah. sebab tu takde orang ajar nak memotong lane kiri.

  2. prolever's Gravatar prolever
    02/01/2012    

    Betul bro,
    komen saya kat atas adalah sebelum maklumat betul keluar dan x tahu tempat sebenar kejadian berlaku. Bahu jalan mmg besar tapi kalau allah dah kata mati kita cara mcm tu, x boleh nak buat aper2 pun. Aper2 pun takziah kepada keluar mangsa.

  3. 02/01/2012    

    1 )Kat tempat kejadian tu, takdak simpang kekanan kalau kita hala nak ke Lekir.

    1) Kat blog ni, komen yg mungkin kelihatan seperti “kasi itu ini” adalah sebagai reaksi kami dan andaian peribadi.

    Sebagai satu peringatan untuk KAMI ketika di jalanraya dan semua yg sudi mengunyah elok-elok apa yg ditaip sebelum menelannya… No personal issue.

  4. 02/01/2012    

    Laluan kat kawasan tu jalannya lurus. Baru lepas dari traffic light simpang tiga ke Manjung. Tempat kejadian tu ada sederet gerai buah-buahan di sebelah kiri hala ke Lekir .(malam tak berniaga).
    Sebelumnya ada sebuah gerai tomyam
    (sedap masakan dia- pasal saya selalu singgah makan di situ)

    Bahu jalan luas dan panjang, sehingga boleh memuatkan 3 – 4 buah treler 40 kaki untuk parking tanpa menghalang laluan di kedua-dua hala.

    Mengantuk ? Out of topic, pasal pekan Sitiawan cuma kira-kira 5 kilometer saja di belakang. Tujuan pun tak sejauh mana, kira kira 10 – 15 km dari Sitiawan.

    Puncanya, pada andaian saya – ada kemungkinan kedua-dua Honda itu sedang menguji sesuatu ? Potong kiri, kerana beranggapan bahu jalan adalah sama rata seperti jalanraya…

    Kesudahannya, seperti di atas. Al Fatihah , Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

    Untuk rakan seperjuangan Saudara Abdul Rashid,moga lekas sembuh. (lihatlah bagaimana seorang pemandu sebuah treler yang sarat dengan muatan [tong gas pulak tu], masih sedaya upaya mengelak dari kemalangan itu sehingga terbabas ke celah pokok pokok sawit – dan mencederakan dirinya demi untuk menyelamatkan keadaan namun ALLAH lebih Berkuasa dalam menentukan segala…)

  5. ntahaaa's Gravatar ntahaaa
    02/01/2012    

    Takziah..
    Sy 24 tahun dan potong kiri.. dan tiada sesiapa yang ajar..
    Harap2 jgn la tuduh yg bukan2.. mungkin memang pemandu tu muda dan kurang pengalaman.. tapi tak perlulah kasik ‘itu’ kasik ‘ini’ kat mangsa..
    seingat saya jalan kat situ memang besar bahu jalan nyer..
    so kalau nk tahu cerita sebenar, kne tny honda civic tu sendiri..
    dan 1 lagi, saya potong kiri kalo keter depan tu nk belok kanan, memang tak diajar.. anda bagaimana, jgn kata potong kanan lak.. haha gurau saja

  6. Brutallife's Gravatar Brutallife
    02/01/2012    

    Pada pendapat saya, kemalangan ini ada chain reaction-nya tersendiri. Pertama…sesiapa yang biasa lalu kat jalanraya tersebut akan lebih maklum dengan keadaan pemukaannya yang terkenal dengan beralun. Kedua…10 orang penumpang sudah boleh dikira lebih muatan. Ketiga…faktor umur yang boleh dikira kurang pengalaman memandu.

    Saya boleh menolak faktor mengantuk sebagai punca kerana tindakan memotong (sebelah kiri pulak tu) adalah bukti bahawa pemandu tersebut dalam keadaan sedar.

    Apa yang boleh saya simpulkan dari 3 chain reaction di atas ialah, faktor pengalaman menjadi punca segalanya. Adakah logik pemuda berusia muda boleh memiliki MPV Honda Stream. Di sini saya boleh beranggapan bahawa pemandu tidak biasa lagi dengan sifat pengendalian sebuah MPV (ditambah dengan lebih muatan). Kenderaan berkenaan mungkin disewa, dipinjam atau baru keluar kedai….belum sempat untuk dibiasakan.

    Dari gambar kita boleh lihat persekitaran jalanraya berkenaan adalah amat gelap. Jarak penglihatan adalah terhad. Jika dipandu laju, kita ada beberapa saat sahaja untuk bertindak.

    Pada pendapat saya, MPV berkenaan telah hilang kawalan setelah dipandu laju…dan membelok secara agresif….dan kenderaan agak bumping (kesan suspension yang menerima lebihan beban muatan)….dan akhirnya….kenderaan tadi membuang ke kanan dan ke kanan….kesan dari pemandu yang cuba membetulkan halatuju kenderaannya….dan berakhir dengan tragedi.

  7. afirdaus.ab's Gravatar afirdaus.ab
    01/01/2012    

    They paid the price…. Umur muda-muda.

  8. afirdaus.ab's Gravatar afirdaus.ab
    01/01/2012    

    22 tahun potong kiri?!?! Ni sape ajar ni??!!!

  9. prolever's Gravatar prolever
    01/01/2012    

    Untuk makluman semua, jalan raya situ mmg stretch road dan banyak belok. Walaupun besar, lori banyak lalu terutama yg nak pergi sabak bernam, teluk intan, sg besar, tanjung karang, sg besi.
    Disebabkan jalan raya yg mmg lurus, speed 80km/j tu ibarat bawak motor. Saya yg selalu jalan masa study taiping-sabak bernam pun bawak average 90-120km/j.
    Saya x berani nak kata salah sapa, tapi kalau dah bawak HONDA (bukan Bias yer), lagi laju mcm pelesit. Saya bawak saga 120 pun ada lagi laju pelesit dari saya dan semestinya kereta2 mcm nh.
    Tapi mungkin salah satu sebab kemalangan nh adalah mengantuk. Stesen minyak mmg x d kalau dah keluar seri manjung( nak rehat), pam minyak terawal akan jumper adalah 1 kilometer keluar serimanjung dan 1 kilometer terakhir sebelum sampai ke simpang ke teluk intan. jalan raya yg gelap dan semestinya sunyi menyebabkan org bawak lagi laju.
    ape2 pun salam takziah dari saya. Hati2 lah semasa memandu.

  10. 01/01/2012    

    takziah….statistik kematian jalanraya bertambah di saat akhir…

  11. 01/01/2012    

    Tragis sungguh kemalangannya.. Salam takziah untuk semua mangsa..

  12. trending's Gravatar trending
    01/01/2012    

    salam takziah untuk semua mangsa…tgh tggu gambar….

  13. pencinta agung's Gravatar pencinta agung
    01/01/2012    

    ~salam takziah kepada keluarga mangsa~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting