Maut Kepala Digilis Lori

Kuala Lumpur
22 Ogos,Kuala Lumpur

Lagi kemalangan maut motosikal…

Kali ini lebih tragis…
Kepala mangsa hancur digilis sebuah lori.
Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira jam 11-30 malam, 22 Ogos, 2008 di Jalan Kuching arah Selayang berhampiran Taman Wahyu.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bekerja.
Sashidaharan Thangarajoo , 19 tahun,seorang kakitangan bahagian khidmat pelanggan sebuah Stesyen TV Satelit Berbayar.
Mangsa menunggang motosikal bersama rakannya yang menunggang sebuah lagi motosikal.
Akibat kesesakan jalanraya, rakannya telah mendahului di hadapan dan sampai ke tempat yang dituju.
Tetapi setelah setengah jam menunggu, dan Sashidaharan tidak muncul-muncul,rakannya berpatah balik, dan alangkah terkejutnya dia mendapati Sashidaharan telah maut akibat kemalangan jalanraya.
Sashidaharan dipercayai telah gagal mengawal motosikalnya dipercayai tergelincir lalu terjatuh di atas jalan.

Menurut rakan mangsa, motosikalnya ini baru sahaja dibeli kira-kira sebulan lalu untuk memudahkannya berulang -alik ke tempat kerja barunya di Bukit Jalil dari rumahnya di Sentul Jaya.
Sebuah lori yang mengekori dari belakang, dipercayai cuba mengelak, bagaimanapun gagal apabila tayar belakang lori ini menggilis kepala mangsa.
Topi keledarnya juga hancur akibat kemalangan ini.
Kemalangan turut menyebabkan Jalan Kuching sesak teruk sepanjang lebih lima kilometer.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Post Lain Yang Berkaitan

1 Comment

  • Pada 2011.02.06 12:51, tomchorus menulis:

    aku benci lori ekori aku kat jln raya..aku nmpak dia laju kat blkg aku ,lekas lekas aku lari elakan sblum apa apa berlaku…risiko beb

    You must be logged in to post a comment.