KM 402.1
Lebuhraya Plus arah Utara
selepas susur Tg Malim
Hulu Selangor, Selangor
6 November, 2011
3 petang
Kemaskini jam 7.30 petang, 7 Nov. Maaf kelewatan kemaskini kerana agak sibuk hari ini.
Kemalangan maut di Laluan Bayangan Maut
Nama mangsa : Foo Kok Sin, 48 tahun, Teluk Pulai, Klang, Selangor
Kemalangan maut ini berlaku apabila kereta dinaiki mangsa terbabas lalu merempuh sebuah lori kontena yang sedang berhenti akibat kerosakan di lorong kecemasan lebuhraya.
Mangsa yang duduk di tempat duduk belakang , maut di tempat kejadian dikenali sebagai Foo Kok Sin 48 tahun, seorang ahli perniagaan.
Pemandu kereta cedera parah, manakala penumpang hadapan cedera ringan.
Pemandu dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut.
Kemalangan berlaku ketika hujan lebat dan jalan licin.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

















takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
semoga semua dapat bersabar
teruk juga tu. waktu hujan laluan bayangan maut memang sangat bahaya…takziah..
tengok dari kedudukan lori tu berada dalam lorong kecemasan…tak nak tuduh sesiapa,saya biasa tengok pemandu yg kurang sivik dan kesabaran yg amat gemar memotong dilaluan kecemasan dlm kelajuan yg amat tinggi..
saya setuju sangat.dekat lori kontena ni la dia nak terbabas pon.bukan nak salahkan sesiapa..tapi pengalaman mengajar kita.macam tak pernah tengok org potong di laluan kecemasan dengan sangat laju.
Assalamualaikum,
Takziah kepada keluarga mangsa.
Sekarang musim hujan, jalan licin…
Salam Hormat, Abg Sham.
Yang PERTAMA.
Tak usah meminta maaf walaupun anda lewat update Blog Kesayangan ni. Saya rasa semua pembaca tetap Blog ni, amat memahami akan bertapa sibuknya Abg Sham di antara tugasan hakiki dan menyediakan Santapan Rohani untuk kami yang menghayati apa yang tersirat di sebalik isi Blog penuh makna ini.
Sepatutnya KAMI yang harus berTERIMA KASIH sebanyaknya untuk BLOG yang penuh informasi dan penuh makna ini.
So… THANKS A MILLION WORDS, Abg Sham !
Tenatang kemalangan seumpama ini, saya bersetuju dengan zVic Morrow (FM12).
Lain-lain komen – tiada.
Takziah kepada keluarga mangsa.
Hati-hati memandu di musim hujan sekarang ni…
agak mengejutkan saya dapat khabar berita ttg kemalangan ini…pemandu adalah salah sorang rakan karib sy yg baru sahaja seminggu balik dari jepun…ape pon takziah saya ucapkan pada yg terkorban..dan pada owner kereta,harap dapat bersabar dengan dugaan yg anda hadapi,mmg sukar untuk menerima kenyataan yg anda kehilangan 2org rakan karib dlm satu masa..DUN GIVE UP ALEX..