KM 7, Lebuhraya Elite
Subang Jaya, Selangor
2 Mac, 2011
2.30 petang
Kemalangan maut ini membabitkan seorang pemandu yang parah setelah kereta dipandunya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dan dua batang pokok.
Mangsa dikenali sebagai Shah Rizal Ibrahim, 30 tahun berasal dari Felda Kratong 7, Muadzam Shah, Pahang.
Siasatan awal mendapati, kereta ini dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri lebuhraya.
Kereta ini merempuh besi penghadang jalan dan sebatang pokok.
Ia kemudian terus bergesel dengan besi itu ke arah hadapan dan merempuh pula sebatang lagi pokok.
Mangsa tersepit di tempat duduknya di dalam kereta yang remuk ini.
Mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.




















Kelajuan
mcm biasa tgk kereta ni….emm….takziah pd keluarga mangsa…
honda..
ya…sy tahu itu honda…..maksud sy klau di muadzam hingga keratong tak byk kereta ni di jalan raya….jadi mgkin biasa tgk…..
orang keratong keee?saya menantu keratong….nnt nk tanye abang, dia kenal tk mangsa
Arwah ni jiran saya di keratong7..takziah buat keluarga arwah.
Saya yg tinggal berhampiran tempat kejadian, mulanya menjangka lori yg terbabas disebabkan tayar pecah. Memang selalu berlaku lori yg tayarnya pecah, tak tahu pula disebabkan apa.
Kereta ini pula kedengaran membrek panjang kemudian berdentum. Tak sangka pula ianya sebuah kereta dan sehingga menyebabkan kematian.
Apa2 pun boleh terjadi. Pastikan kereta dalam keadaan sempurna terutama bagi mereka yg gemar memandu laju, terutama sekali ke-empat2 tayar. Juga segmen Elite ini hadlaju hanyalah 90kmj, tentu ada sebab kenapa ianya begitu!
adakah maksudnya kalau “kereta dalam keadaan sempurna” bolehlah kita memandu laju?
ya.
110 km/j dikategorikan sebagai laju..
Yelah tu. Ingat kereta boleh jalan sendiri ke tanpa driver.
Walaupun kereta dijaga & diservices tiap2 hari pun tapi kalo
drivernya tak jaga emosi & jasmani semasa memandu, pasti akan
accident jugak. Sama2lah beringat yg kita semua ni bukan mcm driver
rally/f1 yg boleh fokus 100% semasa memandu. So janganlah
memandu laju gila2 dijalanraya.
orang kampung aku ni…ada gambar ic tak???mcm kenal je nama tu
orang kampung sebelah aku ni…
ni org felda kratong… pejkerja goodyear.. kilang tyre.. umur 30 dan baru je timang cahayamata…
honda + VTEC + laju = ???
Kawan satu kelas aku ni.. Innalillah…
takziah.. al-fatihah
kalau berani meh menyelam into deep blue sea..tak payah bawa laju1 nak tunjuk berani..btw..takziah pada keluarga mangsa…
Salam takziah buat isteri, anak dan keluarga dan Al-Fatihah untuk allahyarham Shah Rizal Ibrahim.. Patut la dlm hati ini teringt2 akan dia, aku & isteri tersebut2 nama nye, rupa nya ini tanda dia nak pergi selama nye.. semoga roh mu dtempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin
semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yang soleh dan beriman.. amin…
sebelah kampung nii…aku dok keratong 4,,,ni mesti laju…tgk enjin vtec…mesti laju punyer..
X baik tuduh sembarangan.. terguris hati isteri dan anak kcl yg ditinggalkan.. Hiba hati mereka blum terubat jadi jgn lah ditambah kan lagi.. bagaimana klu ini terjdi pada org2 yg anda kasihi? hanya allah yg mengetahui, dan ini lah yag ditakdirkan
oleh Nya..
az, keratong 4 belah mana…..kite menantu keratong 4…..balai polis
al-fatihah utk arwah shah..kenangan bersama xkan aku lupa sampai bila2..semoga Allahyarham ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman..
comey nampaknya pegawai polis wanita yang menyiasat kemalangan ni..
Tingginya imaginasi… Sy nampak sikit je muka dia … Hihihih
ni kawan my hubby yang dalam perjalanan ke tempat keje… byk kenangan selama kenali arwah dan arwah mmg baik org nya.. tak kedekut untuk bantu kawan2 lain dan seorang yang menyenangkan hati kawan2.. ketiadaan nya satu kehilangan yang besar.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang soleh2 dan beriman.. amin.. al fatihah
org kampung aku ni..
satu kehilangan besar…buat kami rakan sekerja selepak segurau hari2…arwah memeang baik orgnyer…ini bukan soal nk tunjuk berani..i ni kemalangan..yg tk di jangka…jgan komen lebih sgat kalu tk tau punca sebenar…
rakan sekerja aku dan same shift dgn aku, dh dua minggu dia kate anak dia demam, x sangka dia pergi buat sela2nye…..al,fatihah..
gelak tawa mu gurauan mu tetap menjadi ingatan pada kami semua, semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org2 yg briman…..
Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa nya. Ya Allah rahmatilah rohnya dan tempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman.
honda kalau dah engage VTEC…berdesup..say good bye to EVO3..
kalau xbiasa memang bahaya..
takziah..sudah janji Allah.
Al-Fatihah…Semoga roh arwah di tmptkn bersama
Org2 yg beriman…dgn apa yg dah berlaku..Sama2lah
Kita jadikn peringatan & pengajaran.
semoga roh nye dicucuri rahmat
arwah ni jiran saya di keratong7..sy mengenali arwah dari kecik lg
x sangka arwah pergi dalam usia yg masih muda..takziah buat isteri, anak yang masih kecil dan keluarga arwah…al fatihah.
aruah nie sebelah umah je.. 1 kampung…
semoga roh nye dicuri rahmat dari yang maha esa…