Maut Lintas Lebuhraya

Lebuhraya Hubungan Timur Barat

Taman Connought
Kuala Lumpur
27 Mac 2009
Entah dari mana datangnya, tiba-tiba seorang lelaki cuba melintas lebuhraya ini ketika kenderaan sedang bergerak laju.
Akibatnya, lelaki terbabit dirempuh beberapa buah kenderaan dan maut di tempt kejadian.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 100malam di KM 6-2 Lebuhraya Hubungan Timur Barat selepas Plaza Tol Taman Connought arah Cheras.
Polis menemui sekeping kad perubatan sebuah syarikat insuran pada mangsa.
Bagaimanapun tiada sebarang identiti pengenalan lain ditemui padanya.
Salah sebuah kenderaan yang dipercayai melanggar mangsa setelah mangsa terjatuh akibat dirempuh kenderaan di hadapannya, sempat berhenti.
Pemandunya juga mendakwa, mangsa kemudian dilanggar pula sebuah kenderaan lain yang mengekori di tepinya dan kemudian meninggalkan tempat kejadian.
Mangsa, seorang lelaki India, cedera parah di kepala.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2009.03.27 18:31, ruby menulis:

    salam,
    bro teruk ke sakit 2? p lah klinik…
    xpun bwk2 lah brehat or bercuti …
    bydway, takecare…

    • Pada 2009.03.27 22:12, Cuka menulis:

      tak pasal pasal myvi tu kemek.. rekod langgar org lg.. konfem sbulan dua tuan punye krete jual kretenye ..

      • Pada 2009.03.28 01:16, waNNa_eXess menulis:

        ni la jalan yg selalu lalu kalo nak pg mcd. jalan ni memang bahaya. kete laju..rasenye ade jejantas kat situ.

        • Pada 2009.03.28 01:44, on the scene menulis:

          ruby- baru je ok ni…anyway…tq

          cuka- biasanya macam tu lah, kalu dah xcident, ada lak yg maut, sah tak nak pakai lagi kereta tu. jadi agaknya, dlm byk2 kereta kat kedai 2nd hand tu, ada le yg terlibat xcident maut kot…

          wanna- xcident ni kira-kira 1km dr tol. jauh lagi dari jejantas. tapi, memang laju kat sini, sebab pecut lepas bayar tol.

          You must be logged in to post a comment.