KM440-7
Lebuhraya PLUS
11 Disember 2008
Malang bagi seorang pemilik bengkel.
Hasratnya beria-ia untuk menikmati udang dan pelbagai makanan laut di Ipoh, rupanya menandakan ia adalah makan terakhirnya.
Dan hajatnya untuk meraikan sehari lebih awal harijadinya yang jatuh esok, juga sebagai tanda ia adalah harijadinya yang terakhir.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 5-30 petang tadi di KM 440-7 Lebuhraya Plus arah Kuala Lumpur sebelum susur Rawang.
Motosikal Honda Goldwing ini baru dibeli sebulan lalu, dan nombor nya pula ialah 13.
Harganya kira-kira RM180,000.
Mangsa, Chin See Min 53 tahun membonceng motosikal mewah ini yang ditunggang rakannya , Chia Kok Wah 38 tahun.
Menurut Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Suptritendan Che Husin Omar, mereka dalam perjalanan pulang ke ibunegara dari Ipoh.
Setibanya di tempat kejadian, penunggang motosikal tiba-tiba merasakan pegangan pemboncengnya tiba-tiba terlepas menyebabkan dia hilang imbangan.
Akibatnya, motosikal ini terbabas dan menggelunsur kira-kira 40 meter dan melanggar pembahagi lebuhraya.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat.
Mangsa, Chin, tercampak dan cedera parah di kepala- meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala penunggang, Chia, cedera ringan.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.















IX pun penah tengok couple pokcik & mokcik tergolek dari goldwing kat pasar malam..tapi cayalah pokcik ride goldwing tu..pergh!
kuat pokcik tu, sure goldwing tu hempap dia juga
Motor besar mcm ni x leh bawak laju-laju especially jika bwk pembonceng dan time hujan… Sebab motor ni jenis berat…
eXception – Bukan Sekadar Blog Picisan
Moto Berat xder masalah untuk bawak laju sbb mmg direka khas untuk bawak laju. kemalangan ini mungkin disebabkan pembonceng yg terlalu selesa dgn tempat duduk bersandar boleh menyebabkan ianya tertidur.