Maut-Tercampak Keluar Dari Kereta

Km 418-8
Lebuhraya Utara Selatan
arah Ipoh
selepas susur Bukit Tagar
16 Nov 2009
7-30 pagi
“Bang, saya pulangkan 50 ringgit yang saya pinjam tadi…”
Bagi  Zahran Zakaria, 33 tahun, perbuatan rakan sekerjanya Foong Seng Long, agak pelik, kerana duit yang dipinjam sebenarnya boleh dipulangkan setelah sampai di pejabat, sebaliknya diberikan di tepi jalan.
Dan kira-kira dua jam kemudian, rakannya itu maut akibat kemalangan jalanraya.
Kedua-dua mereka memandu dua kereta berlainan, dari Ipoh menuju ke LCCT KLIA untuk menghantar majikann menaiki pesawat ke Kota Kinabalu pagi tadi.
Mereka berkerja dengan sebuah syarikat pelancongan di Ipoh.
Dan jam 5 pagi tadi, mereka berpatah semula ke Ipoh dari KLIA menaiki dua buah kenderaan.
Setibanya di Petronas KLIA, Zahran menasihati Foong supaya mereka berhenti untuk berehat sebentar dan tidor di dalam kereta.
Tetapi Foong enggan, sebaliknya tiba-tiba memulangkan 50 ringgit yang dipinjam dari Zahran sebelum itu.
“Saya mau pergi jauh.Saya ada banyak kerja lagi”
Zahran terpaksa akur dan mereka teruskan pemanduan dan sehingga Restoran Jejantas Sg Buloh, kira-kira jam 6 pagi, Zahran tidak dapat memandu lagi kerana terlalu mengantuk.
Foong pula tetap enggan berhenti dan mahu meneruskan perjalanan walaupun mengantuk.
Zahran terjaga kira-kira jam 7 pagi dan meneruskan memandu.
Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, ketika melalui selekoh selepas susur Bukit Tagar, dia terkejut melihat sebuah kenderaan yang amat dikenalinya, merintangi jalan.
Dan, dia pasti itu kenderaan dipandu Foong.
Foong pula dilihat berlumuran darah terbaring di tengah jalan.

Post Lain Yang Berkaitan

8 Comments

  • Pada 2009.11.16 06:04, -fizA- menulis:

    mesti tak pakai seat belt kan?

    • Pada 2009.11.16 11:08, Anonymous menulis:

      kalau x pakai seat belt mesti air bag x kuar…hmm seat belt putus kot…kene org yg ader kat tmpt kejadian kompom kan nie…

      • Pada 2009.11.16 12:18, Anonymous menulis:

        aku slalu lalu jalan kat sini… memang ramai yg bawak laju tak ingat dunia…

        • Pada 2009.11.16 13:08, Anonymous menulis:

          sy pernah berdepan ngan penyakit ni…tak pakai tali helmet dgn betul…didepan mata penunggang tu melambung keatas cermin kereta sy…hingga tak terkata sy…apepun pemandu dimalaysia ni mmg berani…

          • Pada 2009.11.16 15:19, Anonymous menulis:

            bro lain kali kalau jupe, kirim salam kat cik maszaliza tu yer. hehe~

            • Pada 2009.11.19 02:53, Mawar_berduri menulis:

              mmm….penat buat kempen soh pakai seat bell ….tapi orang buat tak tau jugak…akibatnya? ni la…

              • Pada 2009.11.20 13:32, Anonymous menulis:

                tak tau ape nak kata…tp pemandu dimalaysia memang berani.

                • Pada 2009.11.21 04:17, ondscene menulis:

                  kebanyakn kes kemalangan terutama kemalangan maut apabila memandu dengan hadlaju yg terlampau, dan memandu dalam keadaan mengantuk.

                  memang benar, airbag berfungsi jika kita memakai seat belt. dalam kes ini, pemandu dipercayai memakai seatbelt dan impak kemalangan menyebabkan airbag berfungsi. tetapi, bagaimana pemandu boleh tercampak keluar, tidaklah dapat diketahui. mungkin juga akibat hentakan yg begitu kuat menyebabkan mangsa terkeluar dari lingkungan seatbelt…atau seat belt putus.atau macamana?…

                  tentang pegawai penyiasat tu, saper2 lalu kat kuala kubu bahru, singgahlah balai trafik di situ…!!!

                  You must be logged in to post a comment.