Maut – Terhumban Lebuhraya, Terhempas Di Atas Kereta
KM1.6 Lebuhraya AKLEH
arah Jln Sultan ISmail
Kuala Lumpur
7 Sept 2010
8. pagi
Nota- kejadian hampir sama berlaku pada 26 Jul lalu di lokasi sama.
http://ondscene.my/kemalangan/kakitangan-cimb-maut-terjatuh-dari-lebuhraya
Bayangkan anda sedang memandu.
Tidak semena-mena satu objek besar jatuh menimpa cemin hadapan dan bahagian enjin kendenraan anda.
Yang terjatuh ialah manusia…
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi di selekoh tajam selepas Plaza Tol Keramat arah Jalan Tun Razak.
Siasatan awal mendapati, motosikal mangsa dipercayai ditunggang laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke arah tembok penghadang lebuhraya.
Akibatnya, mangsa melambung dan tercampak ke arah laluan bawah lebuhraya di KM 1.6, setinggi kira-kira 20 meter
Dan sebaik mangsa hampir terjatuh ke atas jalan, sebuah Toyota Alphard dipandu seorang wanita, melalui jalan ini.
Mangsa terjatuh tepat di cermin kereta dan bahagian enjin kenderaan ini.
Beberapa saat kemudian sejauh kira-kira 10 meter, mangsa terus terjatuh ke atas jalan pula
Bagaimanapun, motosikal mangsa tidak terjatuh ke laluan bawah.
Musa Syeh Usman, 56 tahun, seorang pemastautin tetap warga Indonesia, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Warga emas terbabit beralamat di Rumah Murah PKNS Batu 21, Kg Kerinci, Hulu Langat, Selangor.
Mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat.
Yang pasti, pemandu wanita terbabit mengalami trauma akibat kejadian ini.
Nota:
sila rujuk entry berkaitan ini mengenai AKLEH dan penunggang motosikal di sini:
http://ondscene.my/kemalangan/akleh-bukan-direkabentuk-untuk-laluan-motosikal
Post Lain Yang Berkaitan
21 Comments
You must be logged in to post a comment.





Kalau Saya, Tibaba Je Ada Mayat Manusia Jatuh Ke Adas Kenderaan.. Mau Pengsan Kot…!!! Tak Pasal2 Jadi Lagi Satu Kemalangan
aReaL recently posted..Kehilangan Bekas Isteri Nash Lefthanded Masih Menjadi Misteri
ngerinya…
Dengar cerita2 camni, buat saya seriau jer nak lalu bawah flyover.. huhu
Innalillah.. takziah pd keluarga mangsa
h4ni3 recently posted..Siapa Buang Anak Ni Wei!!
Innalillah..
memang bahaya AKLEH ni kalau naik muto…
biasalah kalau masa buat dulu tak nak fikir masa depan
USEZ recently posted..Polis ada petunjuk- yakin dapat temui Sosilawati – Musa
bila la kerajaan nak hentikan motosikal ni mengguna AKLEH…sungguh tak sesuai….
tapi kadang tuh penunggang motosikal yang tak nak guna jalan yang disediakan..
USEZ recently posted..Sama tapi tak serupa
pihak penyelenggara AKLEH perlu melakukan sesuatu terhadap kawasan tersebut dgn segera…takkan nak tunggu kejadian ke-3 terjadi pulak…
saya setuju…LLM juga perlu ambil tindakan segera..
jangan tunggu polis pengiring orang kenamaan terjatuh lalu maut baru nak ambil tindakan drastik !
semut api recently posted..Sahaja aku cuti raya pada tahun ini kerana Allah…
macam sama je ngan tempat yang eksiden aritu
Kene buat sesuatu pada selekoh ni..Minta tindakan AKLEH buat sesuatu,pasang penghadng atau jaring keselamatan..seram lalu d selekoh ini,apatah lg ni dh kali ke 2..nak ke bandar kene ikut duke,dulu ikot akleh..sejak kejadian ni,dah x lalu sini…takziah buat mangsa…
Bahayanya macam tu.
Tapai dah ajal dia kat sana.
zezebel recently posted..I need digg followers
Innalillahiwainnailayhiraji’un
Rasanya baru lalu AKleh ni 2-3 kali tapi memang highway ni agak seram…tinggi dan susur keluar pun koner semacam je.. lagi tiada jalan untuk motosikal.
Kujie recently posted..missYu! we miss you
yer aaa …. kalau motor nih …. hanya helmet jeee yang maybe leh jadi penyelamat kepada nyawa … itupun kalau pakai dengan cara yang betul dan helmet yang berkualiti … tetapi apalaaa yg ada pada helmet pun kalau .. hentakan eksiden itu kuat ….
Lebih baik akleh ni ditutup kpd penunggang motor. Sy sendiri x guna akleh ni, baik guna jln ampang je.
Selekoh tu dah memang macam pusingan U,tapi pihak motorsikal ni ingat tempat memang sedap buat LAP cecah lutut….tapi dah terover…cecah kepala sekali…
AKLEH patut tutup laluan nih utk penunggang motosikal…Saya sebagai pemandu kereta pun kadang-kadang kesian tgk motor yg kena himpit dgn pemandu kereta yg tak bertanggungjawab…memanglah dulu AKLEH nih direka hanya utk kereta sahaja…tapi sejak motor dibenarkan lalu,dah mcm2 kejadian kemalangan yg jadik kat sini…Takziah buat keluarga kedua-dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan yg sama ini.
KALAU SAYA DAH PENGSAN DAH…MAYAT TU…
papa hero recently posted..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – TERBAIK DARI PAPA HERO
saya tak akan pengsan sbb saya tak takut mayat…saya pun akan jadi mayat satu hari nanti..bila tu tak tau la.
selekoh ni mmg tajam..
even kalau sy bawak moto yg dah pakai tayar battlax pun lalu sini seram nak kona laju2…..lain macam curve selekoh ni….kalau motor tayar standard or tayar sotong lagi la kene merangkak kat situ….kesimpulannya..jgn bawak laju2 kat selekoh..mahupun membelok tak tentu hala kat jalan lurus (potong kiri-kanan)….
takziah pada arwah….