Mayat Kanak-kanak Mangsa Lemas Ditemui
Bandar Baru Sg Buloh
Selangor
26 Jul 2010
1 tgh
Mayat seorang kanak-kanak yang dilaporkan terjatuh dan lemas di dalam sebuah longkang besar dan kemudian hilang, baru sahaja ditemui sebentar tadi.
Mangsa , Mohd Amirul Shafie Zulkifli, 13 tahun, ditemui kira-kira jam 12-35 tghari sebentar tadi oleh anggota penyelamat.
Mohd Amirul, dari rumahpangsa Bandar Baru Sg Buloh, dilaporkan hilang kira-kira jam 5 petang semalam.
Mayat mangsa ditemui hanyut sehingga kawasan belakang Balai Bomba dan Penyelamat Sg Buloh, kira-kira 1 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.
Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta oleh polis dengan bantuan anggota Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk sekitar.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.



dah jumpe ke…Alhamulillah..
umh mgsa area umh saya…smlm hujan mmg lebat…jiran ckp mangsa tergelincir masa nk amik bola yg jth dlm longkang…takziah…
hmm….sedih dgr…salam takziah …
Akhirnya Dijumpai juga yer..Takziah buat keluarga Arwah..Semoga Keluarga Arwah Tabah yer….
sasaddads