Mayat Ke 3 Mangsa Bot Karam Ditemui

Port Dickson
Negeri Sembilan
23 Jun 2010
4 petang

Mayat ketiga mangsa bot karam di kawasan perairan di barat Port Dickson ditemui petang tadi.

Mayat ditemui oleh krew sebuah helikopter dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM ketika sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan terapung 12 batu nautika jam 2-50 petang tadi oleh helikopter yang dipandu oleh Kolonel Rosni Aziz.

Mayat wanita berusia kira-kira 30 tahun itu ditemui terapung dalam keadaan terlentang di permukaan air, dengan keadaan mata terbuka – keadaannya telah kembung dan berbau.

Sebaik menemui lokasi mayat itu, pihak APMM menurunkan juruselam untuk menaikkan mayat ke dalam helikopter.

Helikopter ini berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan melakukan rondaan sekitar perairan Port Dickson di kawasan bot itu tenggelam.

Ketika dalam perjalanan berpatah balik ke Subang dan ketika melakukan pendakian pada aras 400 kaki, dengan kelajuan 90 knot, krew penerbangan terlihat mayat terbabit.

Lokasinya berhampiran mayat kedua yang ditemui semalam.

Ia kemudian diterbang ke daratan dan mendarat di padang Politeknik Port Dickson sebelum di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Latarbelakang kes:
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi kelmarin, sebuah bot pancung dengan kira-kira 23 – 25 penumpang, karam kira-kira 22 km (12 batu nautika) di barat Port Dickson ketika dalam perjalanan dari Banting menuju Dumai, Indonesia.

Dua mayat – seorang kanak-kanak perempuan usia kira-kira 8 bulan dan seorang lelaki usia 30 han, ditemui, 8 berjaya diselamatkan kapal dagang MV Kota Raya, manakala kira-kira 15 lagi dilaporkan hilang.

Penghargaan kepada Shah Paskal Military of Malaysia

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

  • Pada 2010.06.23 11:49, aReaL menulis:

    Takziah Kepada Keluarga Mangsa… Semoga Mereka Tabah… Al-Fatihah

    (GAMBAR) Baby Res2 Bersosial Dan Berpelukan Dengan…

    • Pada 2010.06.25 04:05, suhaisweet menulis:

      Takziah…Anyway lur abg nyer blog yg famous ni..sentiasa up-to-date..and semoga banyak lagi entri yg membuka minda kita dan dapat menjadi teladan dan pengajaran buat suma. Saya support blog ni. ;D Visit mine if free ekh, new n3 too Check it out !! It's very cool, really ;D

      • Pada 2010.07.26 08:47, Nota Fikir menulis:

        Susah juga dengan masalah pendatang2 ni…
        Buat menyusahkan negara saja….
        Tak habis-habis menyusahkan…

        You must be logged in to post a comment.