Mimie dan Jojoe One Nations Emcees Kemalangan- Kereta Terbalik
Lebuh Bandar Utama
Petaling Jaya
Selangor
11 Mac 2010
7-40 pagi
Juara Gang Starz ke 2, 2008 – Mimie dan Jojoe , dua anggota kumpulan Hip-Hop One Nation Emcees, terselamat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan kedua-dua mereka ketika dalam perjalanan ke Sri pentas, TV3 pagi tadi.
Kereta Mazda 3 yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbalik.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7-40 pagi Lebuh Bandar Utama berhampiran SJKC Phua Chai, Bandar Utama, ketika kedua-dua mereka sudah hampir sampai di TV3 untuk temubual dalam rancangan Malaysia Hari Ini MHI.
Dalam laporan polis di Balai Polis Pewtaling Jaya, kereta mereka dikatakan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta Proton Satria yang memotong secara tiba-tiba dari arah kiri.
Kereta Mazda 3 ini kemudian berpusing beberapa kali sebelum merempuh sebatang pokok dan terbalik atas longkang.
Sebelum kemalangan, Mimie menjemput Jojoe dari rumahnya di Kelana Jaya untuk menghadiri program MHI sempena kelahiran album sulung kumpulan mereka minggu lalu.
Menurut Mimi, mereka bernasib baik kerana hanya merempuh sebatang pokok kecil dan tidak ada kenderaan lain berada berhampiran semasa kejadian.
Mimi berkata, Jojoe yang berada di sebelahnya segera keluar dan menariknya daripada kereta yang terbalik itu.
Dia kemudian menghubungi rakannya, pengacara , Fara Fauzana yang sedang bertugas di konti radio Hot FM di Sri Pentas untuk membantu menghantar mereka ke Balai Polis Petaling Jaya untuk membuat laporan.
Akibat kemalangan itu, One Nation Emcees terpaksa membatalkan sesi temubual dalam MHI yang dijadualkan pukul 8.30 pagi dan sesi fotografi dengan majalah Mangga pada sebelah petang.
Menurut Mimi, kereta Mazda 3 yang dinamakan Anggun ini, baru dibeli setahun lalu menggunakan wang hasil pendapatan sebagai artis dan dia tidak bercadang menjualnya meskipun sudah terlibat dalam kemalangan.
Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham dan Jojoe (Nur Hasan Baias) merupakan ahli kumpulan One Nation Emcees , juara GangStarz Ke-2 pada 2008.
Kumpulan hip hop ini turut dianggotai Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae) dan Mohd Norzaidi Edris (Zydee).
Post Lain Yang Berkaitan
12 Comments
You must be logged in to post a comment.













Syukur.. mujur x apape wlaupun dah rempuh pokok & tebalik..
yeke dia xnk jual? byk problem nnt.. rm20k.. hee
aduhai~
baru dengar dia kena panggilan hangit Isnin lepas~
Alhamdulillah semua selamat..
susah juga di jalan raya , klu kita berhati2 , x semestinya org lain berhati2.
wah…sadis nye mazda 3 jadi mcm tu…huhuhu
syukur diaorang tak de apa2..acu minat sangat dengan diaorang
betul… vic pun terdengar gak panggilan hangit tu. hehehehe
wow,teringat pengalaman aku eksiden kt area sini(near OU),ngam2 kenari aku terbalik dalam monsoon drain tu..seb bek hidup g..
syukur diorang takde ape2 w/pun artis generasi baru ni sy kurang kenal sangat….MMMmmmm…Melor…seksinya pic!!!
seksi mcm orgnye.. hehe..
dr pengalaman atas, kita bole berpendapat..
punca nk salahkan kreta memotong tiba² pun x leh jugak.. apakah punca sbenar, adakah sbb prempuan cepat melatah.. oleh demikian, kretenya pun "opocot" same.
amboi..nk slhkn pompuan gak..dh trtulis cm tu kn..haihh..think b4 talk..
saya alami kemalangan sendirian pada 2 hari sebelum raya puasa petang hujan tahun lepas.. 70 – 80 km je di satu corner tiba2 berpusing kereta hentam pengadang jalan… rasa pelik lepas 30 tahun memandu.. sebulan kereta dibaiki … jadi tandatanya juga
k.yati>gambar org len..hehehe
friend> actually alasan kereta memotong tu sbnrnye alasan jer..if u know wat i mean here is, charge terbabas adalah lagi berat,so common reason is mengelak drpd kenderaan lain yg memotong. (just if u ever experience one,then u'll get what i mean..)hehe