Jalan Istana
susur Lebuhraya KL-Seremban
Kuala Lumpur
20 Ogos 2012
9 pagi
Nama pemandu : Hong Chew How, 21 tahun – terselamat
Kemalangan di laluan sudah menjadi lumrah
Dan ia selalunya berakhir dengan kenderaan akan mendarat dengan tidak selamatnya di laluan bawah.

Ia bukan akibat kesilapan rekabentuk jalan, tetapi sikap pemanduan ketika melalui susur ini.
Kejadian terbaru berlaku pagi tadi, apabila Mitsubishi Lancer ini terbabas dan merempuh besi penghadang jalan.
Dan inilah hasilnya – ia terbalik dan merintangi 2 laluan jalan.

Pemandunya Hong Chew How, 21 tahun bagaimanapun terselamat.
Mujur ketika kejadian , tiada kenderaan yang melalui laluan di bawah ini.
Apa yang dibimbangkan pula oleh petugas di bawah, jika manatau ada pula kenderaan lain di atas, yang menyusul jatuh.
Kemalangan juga menyebabkan laluan sesak.
Tindakan segera dilakukan petugas ITIS DBKL mengalihkan Mitsubishi Lancer ini bagi melancarkan semula laluan.
Sebenarnya, kebiasaannya dalam sesuatu kemalangan , tumpahan minyak enjin akan berlaku dan ini memungkinkan boleh menyebabkan lagi kemalangan berlaku.
Jawapan segera kepada masalah ini ialah, menaburkan serbuk kayu di atas tumpahan minyak enjin tersebut.
Bagi tumpahan petrol pula, ia akan menyerap di atas jalan.
Tetapi akan menjadi lebih merbahaya jika ada yang membuang puntung rokok yang masih menyala ke atas tumpahan petrol tersebut.

















Petang semalam pun ade kereta persona terbabas di jambatan sama…pagi ni plak, kereta ini plak yang terbabas & terbalik…
Nasib baik kejadian berlaku pada hari cuti umum,kalau hari bekerja,tak ker ada mangsa yang menemui maut kat lalauan bawah tu…Hati2 lah bila memendu.
Dengan cara apa lagi selain dari bonggol utk mengelak pemandu begini slow di jalan2 tertentu yg memestikan kenderaan mengurangkan had laju, ramai yg tak suka idea ini tapi dah bermacam2 cara lain digunakan masih tak menakutkan mereka dari memandu cara melulu dan merbahaya bukan sahaja di jalan raya tetapi juga di jalan2 kg dan sempit…jika anda yg tidak setuju dengan cara pasang bonggol bagaimana jika anda atau keluarga anda yg menjadi mangsa kenderaan begini dan maut ataupun cedera teruk…….apakah pendapat anda selepas itu.
Ramai pemandu di Malaysia memang tidak tahu menghormati pengguna jalan raya yang lain!! Oleh lah tu AES camera tu mesti beroperasi secepat mungkin!!
Jalan ni mmg biasa berlaku kemalangan.. dah lali dah… sebenarnye kawasan ni kalau byk kereta mmg sesak secara tiba,.. pemandu biasanya tidak perasan akan sesak dihadapan dan berakhir dengan gelabah, tekejut, dan tebabas…
“Ia bukan akibat kesilapan rekabentuk jalan, tetapi sikap pemanduan ketika melalui susur ini.”
Diharapkan pemilik site ini dapat membuat pembetulan terhadap kenyataan di atas…
Reka bentuk jalan ini memang mengundang maut…dah berpuluh tahun saya menggunakan laluan ini…lori..kereta..motor semua pernah saya tengok kemalangan di selekoh maut ini..
Maka tidak hairan apabila saya tengok kejadian lancer di atas, jugak sangat yakin ini bukan kali pertama kereta jatuh ke bahagian bawah..apatah lagi pemandu muda..mujurlah tiada yg terkorban..
kalau silalah sarankan pihak berkuasa bina tembok dinding sepanjang selekoh tersebut..usahlah pasang penghadang besi…fungsinya tidak cukup…
Lebih elok lagi kalau tutup selekoh tersebut dan bina yang baru.
[...] accident…for those who want to see the hansum driver face, responsible pancake a perfect Lancer. Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi… | ondscene.my __________________ [...]
ini adalah kesilapan rekabentuk jalanlah! berapa banyak dah kemalangan berlaku kat sini, laluannya berselekoh macam corner kat trek digelar spoon corner dalam bahasa melayunya “selekoh sudu”.
Kalau nak selamat, kena hati-hati jalan bawa laju ketika melalui selekoh ni, ada pernah sorang member berani mati nak ambil selekoh ni pada kelajuan 150km, tapi terbabas juga.
buat bonggol berturap macam lebuhraya balik dari penang ke ipoh…turun bukit ada bonggol bercantum….sampai ke tol….nak laju pun x leh
[...] dijangkakan, akan ada lagi yang akan jatuh…di lokasi sama seperti pada 20 Ogos lalu – Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi. innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = [...]
[...] Ogos lalu, sebuah Mitsubishi Lancer terbabas dan merempuh besi ini dan jatuh ke [...]
[...] Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi… [...]
[...] 20 Ogos 2012 – Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi [...]