Motor Lagi…
Lebuhraya Hulu-Langat-Ampang
18 Ogos, 2008
Dia datang ke negara ini sebagai pelarian.
Berbangsa Rohingsa dari Myanmar, dia seperti beribu-ribu lagi rakannya, datang ke negara ini .
Sejak beberapa tahun lalu, kerjanya walaupun nampak mudah, tetapi berisiko.
Walaupun memegang status sebagai pelarian dari Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian UNHCR, tetapi dia sebenarnya perlu untuk terus hidup mencari rezki.
Dengan taraf pelarian itu, dia mencari rezki dengan cara mencari dan menjual besi buruk dan barangan terpakai. Namun yang pasti, dia tidak boleh memiliki lesen memandu.
Tapi, hari ini , kira-kira jam 7-30 pagi, nasibnya amat malang.
Ketika melalui satu selekoh menuruni bukit di kilometer 4 lebuhraya ini, motosikalnya hilang kawalan, lalu terbabas.
Nyawanya tamat beberapa saat kemudian apabila sebuah lori dari arah Hulu Langat tidak sempat mengelak menyebabkan motosikalnya merempuh sisi hadapan lori tersebut.
Mangsa, Mohd Ismail Jamal Hussin, 31 tahun, tercampak ke arah sisi lori dan menyebabkan mukanya pecah terkena dinding lori.Mohd Ismail turut terpelanting kira-kira 10 meter.
Motosikal roda tiganya rosak teruk. Akibat cedera parah di muka, mangsa maut di tempat kejadian.
Di sinilah berakhirnya riwayat seorang pelarian yang lari dari negaranya dan cuba mencari rezki di negara Malaysia ini…
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.




