KM 4
Jalan Lingkaran Tengah 2
Kepong, Kuala Lumpur
14 Ogos 2012
6 petang
Nama mangsa : Wan Mohammad Hakam W Mahmod, 19 tahun, Kg Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
Kemalangan maut berikutnya berlaku kira-kira jam 6.15 petang membabitkan sebuah pacuan 4 roda dan sebuah motosikal di Jalan Ampang Hulu Langat.
Bagaimanapun, saya tidak dapat membuat liputan kerana masih berada di lokasi kemalangan di Rawang (berita di bawah)
Dan diwaktu hampir sama, seorang lagi penunggang motosikal maut.
Kali ini juga lagi tragis apabila mangsa dalam perjalanan untuk berbuka puasa bersama keluarga, maut setelah dirempuh sebuah Perodua Kancil yang terbabas.
Motosikal mangsa pada mulanya mengalami kerosakan dan berhenti di bahu jalan
Anggota keluarga lain yang menyusul di belakang menaiki sebuah kereta kemudian terkejut apabila menemui orang ramai kelihatan berada di satu lokasi kemalangan.
Dan alangkah terperanjatnya ibu, Rokiah Mohamad, 56 tahun, yang rebah beberapa kali apabila terlihat yang terlibat adalah anaknya sendiri yang sebelum ini mereka sama-sama keluar dari rumah.
Mangsa, Wan Mohammad Hakam W Mahmod, 19 tahun, maut akibat rempuhan Perodua Kancil menyebabkan mangsa tercampak dan cedera parah ketika sedang menunggu kereta ahli keluarga lain tiba.
Sebelum kejadian , Wan Mohammad menunggang motosikal dari Paya Jaras, Sg Buloh menuju ke Selayang untuk berbuka puasa di rumah bapa saudaranya.
Menyusul kemudiannya, kereta dinaiki ibu,Rokiah Mohamad, abang dan ahli keluarga lain, yang telah penuh menyebabkan Wan Mohammad menunggang motosikal.
Kira-kira jam 5.45 petang, pemandu kereta, Wan Ahmad Sahnuzi, yang juga abang Wan Mohammad, menerima khidmat pesanan ringkas dari adiknya itu mengatakan motosikalnya tiba-tiba rosak dan dia berada di tepi Jalan Lingkaran Tengah menunggu mereka yang menaiki kereta, sampai di lokasi.
Kira-kira setengah jam kemudian, ketika kereta hampir tiba di lokasi dimaksudkan adiknya , Wan Ahmad menelefon adiknya bertanyakan keadaannya, tetapi telefonnya gagal dihubungi.
Di dalam kereta, mereka ternampak orangramai berkerumun di tepi jalan dan mereka menjangka, tentu berlaku kemalangan di lokasi tersebut.
Wan Ahmad memberhenti kereta dan turun untuk melihat – tetapi dia meraga begitu terkejut apabila terlihat sekujur tubuh tidak bernyawa, yang memakai baju sama seperti adiknya.
Dan apabila diperiksa, sah , mangsa adalah adiknya sendiri…
Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah pondok di Kelantan tiba di ibunegara semalam sebelum mereka sepatutnya sama-sama pulang Sabtu ini untuk berhari raya di kampung di Pasir Puteh.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Polis menahan pemandu kereta bagi membantu siasatan.


















Al fatihah untuk mangsa…. sedihnya..kesian tgk mak dia…
ALFATIHAH BUAT ARWAH…..JIKA SUDAH DATANG SERU DARINYA TIADA SIAPA YANG BOLEH MENAHANNYA….DAPAT DIRASAKAN BETAPA HANCURNYA HATI SEORANG IBU MELALUI DETIK-DETIK BEGINI APATAH LAGI IANYA BERLAKU DI DEPAN MATA NYA….KESEDIHAN INI AKAN BERPANJANGAN…..
Akum semua, Saya harap kerajaan malaysia perlu meneliti balik akta keselamatan jalanraya supaya pesalah yang cuai menyebabkan kes kematian jalanraya perlulah menerima hukuman sama beratnya dengan pesalah kes bunuh cuma teduhan berbeza. saya pun hairan dengan pemandu yang menyebabkan kematian, apa rasa dan perasaan mereka??
Azman Idris
Sunggu tidak disangka-sangka… takziah untuk keluarga arwah… Pesalah jalanraya perlu dihukum paling berat.
masyaallah kesiannya..saya hairan kenapa JPJ dan polis sibuk nak buat pemeriksaan lebih ketat kepada penunggnag motorsikal di musim perayaan alasannya ialah kerana golongan ini paling banyak menyumbang kepada kematian.tak ke mengarut tu?yg langgar diorang mati ni sapa?kalau kita tgk mmg jarang sgt mat2 rempit yg bawak gila2 tu yg terlibat..selalunya org yg tak bersalah umur2 30 ke atas..bawak mengikut peraturan tapi di sodok dari belakang..terlalu banyak kes macam ni.
sepatutnya pemandu lori, bas, kereta yg patut di periksa semaksima yg mungkin..takut pemandu mabuk, tak cukup tido atupun masalah teknikal kereta..diorang ni yg boleh menyebabkan fatal kat org lain..saya banyak kali dah tgk pemandu kereta dok layan sms/telfon samapai terbabas kat tepi divider..bayangkan kalau ada motor kat tepi..tu yg jadi macam ni..lagi satu foloow dekat2 belakang motor..disebabkan motor tu lembab, ye lah motor buruk..mulalah follow org tu berapa inci je kat belakang..kalau motor tu masalah teknikal tejatuh ke terus tak sempat buat apa2
Salam. Saya nampak kemalangan ni semalam petang masa balik dari kerja. dekat dengan tempat kerja saya, FRIM. Masa nak keluar ke susur MRR2, pelik kenapa MRR2 jammed. saya fikir orang dah mula balik kampung, rupa-rupanya ada kemalangan dan ramai orang berhenti tengok. saya nampak arwah, tapi masa saya lalu, saya arwah macam masih bernyawa dan sedang menahan kesakitan. saya ingat xparah dan boleh diselamatkan, tapi Allah lebih sayangkan arwah. Al-fatihah.. Semoga ditempatkan di kalangan ruh mereka yg beriman.. amin..
** saya rasa arwah (typo line ke 4)
al-fatihah…mesti syawal tahun ni jadi raya yang paling sedih..tak sampai seminggu lagi nak beraya…murahnya nyawa rakyat malaysia di jalanraya kerana sikap sesetengah dari kita yang tak cermat di jalanraya…memag malang itu tidak berbau tetapi ..berusahalah mencegahnya
Nie x lain x bukan mungkin si kancil bongok tu menggunakan lorong kecemasan sbb nak cepat balik rumah utuk berbuka puasa, b4 kejadian,arwah sempat sms abangnya and dah tentu arwah berhenti dilorong kecemasan,tak kan dia nak berhenti di tengah2 jalan kerana nak bagi tahu kat abg dia yg motor dia rosak.
Ini lah akibatnya kalau mementingkan diri sendiri apabila memandu,tak pasal2 org lain yg jd mangsa..arwah pergi dgn keadaan berpuasa dan tak sempat utk berbuka moga Allah menempatkan beliau ditempat orang2 yg beriman.Al Fatihah.
waktu aku sampai sini arwah masih ada.
aku berani confirm ni salah kancil, biasanya kereta yang keluar dari susur FRIM/selayang ke mrr2 arah batu cave akan pandu laju kat ruang bahu jalan. aku sendiri dah beberapa kali kena himpit dan hampir jatuh. ruang paling kiri (laluan motor) tu memang cukup besar, lori 4tan pon boleh mencelah.
selekoh ni memang kerap JPJ buat roadblok.
nilah sikap pemandu kita..mementingkan diri sendiri..dah kena batang hidung barulah tau langit tinggi rendah. aku memang tak puas hati dengan pemandu yang konon nya pro, berlagak di jalanraya macam jalan raya dia yang punya.orang lain pun nak raya jugak bro..jangankan kesilapan korang buatkan orang lain menderita..
Mmg tak faham lansung dgn pemandu2 kereta…SESETENGAHNYA..bukan semua…ikutlah lorong yg betul…sebagai pemandu di Malaysia dan sah2 rakyat Malaysia..pemandu2 kereta sepatutnya sudah mengetahui yg lorong kecemasan walaupun tidak diwartakan sebagai laluan motorsikal rata2 penunggang motorsikal akan menggunakan lorong ni..jd bg mereka yg memandu kereta jika tidak ada kecemasan TOLONGLAH jgn memandu dilorong ni…prihatinlah sikit pada penunggang motorsikal…
Al-Fatihah buat arwah dan takzoah buat keluarganya….
assaamualaikum…terima kasih di atas doa2 dan keperihatinan semua…saya mewakili semua keluarga,amat berterima kasih dan bersyukur dengan semua bantuan dan pertolongan diberikan terutama kepada yang membantu ibu saya di tempat kejadian….syukur alhamdulillah,kami semua menghargainya…semoga Allah swt membalas semua jasa kalian…ibu kami sgt2 berterima kasih kepada seorang pemuda yang bersama2 menemaninya dari awal hingga akhir di tempat kejadian,yang menutup jenazah dengan jaket,memberi mknan kepada ibu untuk berbuka,warga india dan cina yang banyak membantu,…sape2 yang ingin memberi maklumat tentang kejadian,sila hubungi 0198189454,0134919667…
bikinnnn panaslah pemandu kereta ni……lu jangan jadi langsi nanti x pasal2 cermin keta lu gua kasi hentam pecah
saya mohon beribu kemaafan kepada keluarga simati,dari hujung rambut sampai hujng kaki saya sangup menerima apa2 saja balasan atas kesalahan saya.tapi ape yang saya ingin cakapkn ada sebuah keta pancuan 4 roda dihadapan ape yang saya ingat saya langar balik motor tu buatkn terperosok jauh dari arwah.masa tu arwah dh tercampak disebelalah kanan jalan..ape2 pnsaya mengaku atas kecuiayan saya..saya sangup terima ape2 balasan hukum lah saya