KM 39
Jalan KL-Ipoh
Serendah, Selangor
19 Mac 2012
9 pagi
Nama mangsa : Jehanieb s/o Hj Nawab, 21 tahun
Lagi kemalangan ngeri membabitkan penunggang motosikal.
Episodnya hampir sama seperti kes-kes terdahulu – mangsa terjatuh, dan digilis kenderaan berat.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi, berhampiran persimpangan Serendah Golf Club.
Mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menunggang sebuah motosikal Honda EX-5.
Motosikal ditunggang Jehanieb Nawab, 21 tahun ,terbabas dan melanggar tebing bahu jalan menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan.
Dan ketika inilah, sebuah lori dipandu seorang lelaki, berusia 51 tahun, yang mengekori dari belakang, tidak sempat mengelak.
Mangsa yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.
Bagi kenderaan berat seperti lori, tindakbalas untuk memberhentikan kenderaan serta-merta adalah sukar.
Dan jika jarak sudah terlalu hampir, tindakan untuk membelok bagi mengelak dari menggilis mangsa yang terjatuh juga sudah terlambat.
Berhati-hatilah walau apa jenis kenderaan yang dipandu/tunggang.
Bagi penunggang motosikal, jika anda salah atau betul sekalipun cara pemanduan, risiko menemui ajal secara begini adalah tinggi.
Dan ikuti kisah bagaimana buat kali pertamanya , seorang ‘makcik’ membuat ‘liputan’ kes kemalangan ngeri ini di sini: Gambar Pertama Kali Keluar Di Blog Kujie2.


















takziah buat keluarga mangsa..
saya ada beberapa keping gambar tapi tak berani nak publish kat blog….
Assalamualaikum,
Subhanallah, ngerinya…
Tahniah kepada “makcik” tersebut yang sangat GAGAH berada di lokasi, kalau saya —-> pasti ambulan diperlukan.
Tadi dah baca liputan terbabit di blog “makcik” tu sebelum baca kat sini
Tahniah kepada blogger Kak Kujie yang sangat berani dan gagah tu.
memang sukar sekarang jika berlaku kemalangan seperti ini..
Jika berhati2 pun tetapi oran lain tidak, kalau dah ajal tetap
datang..
Cuma kita dapat mengelak dan lebih berhemah lagi di jln raya..
kenderaan berat juga, jika ada kenderaan kecil dihadapan ingat2
lah jgn ekori terlalu rapat.. sekurang2nya dapat mengelak dari
perkara sebegini.. takziah untuk keluarga mangsa…
innalillah…bersepai kepala mangsa…
risiko tekeluar otak sangat tinggi kalau kemalangan begini..
sabab tu aku tak suka kalau ada lori follow aku..sama ada biar dia potong aku atau aku ambil lajak untuk jarak kan seberapa jauh yang boleh..
takziah untuk keluarga mangsa…
Pergh.. Ngerinya bila tgk polis trafik tu kutip cebisan otak.
[...] melibatkan lori dan motorsikal yang menyebabkan seorang warga Pakistan maut. Kalau ondscene.my update nanti, baca kat sanalah. Saya ni junior, tak boleh lawan [...]
Astagfirullahal A’zim…AWAS (Anda Waspada Anda Selamat) sentiasa hendaknya wahai pengguna jalan raya terutama penunggang & pembonceng motosikal
Bukan senang jadi polis ni. Bapa saya pencen polis pun banyak kali jumpa benda-benda mcm ni. Teringat lagi ada satu kes tu ayah saya bgtau, sewaktu tu dekat Kulim. Tok Haji kena gilis lori simen. Ayah sayalah yang kutip daging, hati, cebisan satu-satu masuk plastik untuk dimandikan nanti.
umum patut tahu kenderaan berat mmg tak boleh berhenti serta merta.
dalam hal ni tak boleh salahkan sesiapa. dah nak jadi. sebaiknya kita semua beringat dan lebih berhati-hati lepas ni.
saya isnin baru² ni nasib baik umur masih panjang..kalau tak sure jadik macam mangsa nih.akibat kecuaian & kerakusan pemandu van kourier nyaris saya tak jatuh motor & digilis lori.skang nih laporan polis dah dibuat.syarikat kourier antarabangsa tu pun dah byak kali call saya mintak maaf.dan mereka tengah aturkan satu perjumpaan dgn saya untuk memohon maaf pada saya secara berdepan bukan didalam talipon(tak pro lansung padahal company worldwide)