Reality in Real Life

Motosikal terbabas – Penunggang Maut

Jalan Kinabalu
Kuala Lumpur
5 Mei, 2012
8 pagi
 

Nama mangsa : Murugavelu Munisamy ,41 tahun, Taman Setapak, Kuala Lumpur

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal.

Banyak kes yang tidak sempat dimuatnaik ke dalam ondscene kerana faktor masa yang tidak menentu kebelakangan ini.

Apa yang dipaparkan di dalam ondscene, hanyalah yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, dan kejadian sebenarnya di seluruh negara adalah amat membimbangkan.

Dianggarkan, purata 5 penunggang /pembonceng motosikal maut di seluruh negara setiap hari.

Walau apa sebab musabab berlaku, ianya amat memeritkan kepada keluarga yang menerima berita sedih ini.

Terbaru, pagi tadi, seorang penunggang maut setelah motosikalnya dipercayai terbabas ke arah pembahagi jalan.

Dari kesan pada simen pembahagi jalan kesan geseran kuat beberapa meter jelas kelihatan.

Mangsa kemudian tercampak ke arah lampu jalan – dan mengalami kecederaan teruk di kepala dan leher.

Topi keledarnya juga terpelanting beberapa meter.

Mangsa dikenali sebagai Murugavelu Munisamy, 41 tahun dari Taman Setapak Kuala Lumpur.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

9 Comments

  1. 07/05/2012    

    Saya penunggang motor sepenuh masa. Tak dinafikan setengah penunggang motor bawa moto x ikut peraturan. Kadang2 saya pon sama langgar lampu merah, nak cepat kan. Tp sy tgk betul2 klu xde kenderaan baru sy trus jln. Terpaksa nk kejar masa ke tmpt kerja.

  2. 07/05/2012    

    ntah la bro..kerana segelintir mat motor…mat motor lain pon kene bias..suke saya nak cite disini kenapa kami penungang moto potong lori berat@mengikut dari belakang adalah atas pengalaman saya yg mmg hari2 bawak moto dan masuk higway ulang alik di jalan utara-selatan,biasa ade 2sebab..apabila lori lalu dengan kelajuan melibihi 100km/j(biasenya) angin lori memukul motor kecil,myb die potong sbb nak elak angin..dan kenapa potong sebelah kanan..mengikut pengalaman sy juga,kebanyakaan lori sekarang ni banyak pakai tayar celup atau toreh..aapabila tayar ini meletup lori akan membelok ke kiri secara tetiba..sooo..logik la die potong belah kanan,sbb time lalu belah kiri lori tetibe tayar meletup,driver panik n belok kiri tetibe tanpa melihat sesiapa ditepi,kan mengundang bahaya..lagi pon mmg die betul potong sebelah kanan,itu mengikut peraturan juga..dah bagi signal?,myb lori bro lampu signal terang..tapi lori2 lain lampu signal lagi kecil dari lampu signal ex5.. bab kelakuan tu sy xleh ckp ape2..mak bapak bebas sgt benarkan anak keluar..zaman sy remaja dulu arwah atuk mmg dah ajar,magrib je pakai kain pelikat p masjid..

    dan bro…kenapa moto mahal duduk bawah jambatan sbb nak berteduh?..bro kene tau,moto mahal tu banyak sensor eletronik..kalau redah hujan dan time bwk moto xboleh hidup??mcm mana kan..nak pulak time kat lorong tgh bwk tetibe moto rosak dah menysahkan byk pihak..dan penah ke bro nampak motor yg mahal dari kancil tu basuh dekat carwash??hehehehe…maaf ini hanya atas pengalaman saya saje..kalau ade silap n salah..harap dimaafi..~peace~

  3. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    06/05/2012    

    Haha,gaya tu penting bang,bawak baju ujan leceh lak karang.Bawak motor mmg jimat kos bagai,cm saya balik kmpung dr KL ke Perak baru rm16 minyak,kalu berkereta rm60.Tp sikap berhati-hati tu lebih dari kos yg dikeluarkan tuk bergerak.

  4. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    06/05/2012    

    Saya pernah terserempak kt lorong motor KESAS area Kota Kemuning/Shah Alam,penunggang motor lawan arus kt lorong motor,laju betul lak tu tah dari mana die masuk.Nasib baik la sempat mengelak,kalau tak berterabur dua-dua atas jalan,dengan gigi budak tu sekali saya teraburkan.Tak tau nk definisikan bodoh tahap ape tu.

  5. 06/05/2012    

    Saya juga amat-amat bersetuju dengan kash.

    Kesemua pendapat beliau adalah benar. Ini berdasarkan pengamatan saya selama di Perjalanan sewaktu bertugas.

    Amat kurang penunggang motorsikal yang ‘menghormati’ kenderaan berat. Suka mencelah di antara roda belakang dan bahagian blindspot lori yang saya pandu.
    Memotong di sebelah kanan walaupun lampu signal kanan sudah dinyalakan.
    Aakan memandang dengan wajah marah bila pemandu kenderaan lain membunyikan hon tanda amaran kepada perlakuan atau kedudukan mereka yang tidak sepatutnya di atas jalanraya.

    Itu belum lagi dicampur dengan kelakuan sesetengah anak muda yang suka menunjukkan aksi tak masuk akal di jalan serta lebuh raya. Meiarap seumpama superman, wheelie dengan kepala pembonceng hampir mencecah tar. Dan banyak lagi lah…

    Saya juga adalah penunggang motorsikal sepenuh masa yang juga pemandu kenderaan berat.

    Saya berada di kedua-dua situasi.

    Namun, bila menunggang motorsikal saya adalah penunggang yang paling ‘penakut’ sekali.

    p/s : Kadang kadang terasa hairan juga bila melihat penunggang yang terpaksa berhenti di bawah jejambat bila hujan. Motorsikal harganya melebihi sebuah kereta Kancil 2nd hand, tapi baju hujan berjenama baik cuma RM60 pun tak mampu nak beli ???

  6. farious's Gravatar farious
    05/05/2012    

    saya setuju dgn kash.paling byk kesalahan2 penunggang motosikal ni ialah tak bagi signal untuk membelok@berhenti.suka2 hati je nak belok @ berhenti..satu lagi selalu ambik jalan pintas@lawan arah..menyusur balik jalan semata2 malas nak buat U turn..then cermin sisi ada tapi tak guna.hurmm

  7. 05/05/2012    

    Assalamualaikum,
    Takziah kepada mangsa
    Dah gerun nak rempit dgn motor…tak kira siapa salah, bila jatuh akan cedera hu hu hu

  8. kash's Gravatar kash
    05/05/2012    

    Tak payah nak bimbang sangat sebab dalam sesetengah keadaan, mangsa kemalangan maut penunggang motosikal ada disebabkan penunggang tu sendiri. Tak percaya? Tengok sekeliling sapa yg paling suka langgar lampu merah, menunggang sambil guna handphone, menunggan melawan arus, menunggang tanpa lesen memandu sah, dll? Dlm kejadian atas, nasib baik jatuh sendiri. Kalau melibatkan orang lain mcm mana? BUkan tidak simpati, tapi inilah masalah penunggan motosikal di Malaysia yang selalu lupa menjaga nyawa sendiri, tapi paling suka menggunakan istilah “mangsa” dalam satu2 kes kemalangan. Siapa yang suka duduk bawah jambatan masa hujan yang kadang2 sampai makan 2 daripada 3 lorong jalan? Sebab apa berhenti tempat tak selamat? Kalau kena langgar mesti nak salah kan kereta, lori, bas dll.. tak pernah cuba nak elihat kesalahan diri sendiri. Pasti ramai tak setuju dgn pendapat ni, tapi mengaku kesalahan sendiri ialah satu benda yang amat sukar nak dibuat. Saya juga penunggang motosikal, jadi komen saya adalah berdasarkan point of view seorang penunggang motosikal sebab pasti ada yang kata saya tak bawak moto jadi saya tak rasa apa yang mereka rasa. Ini pendapat saya mungkin ada yang salah dan mungkin ada yang betul. Apapun takziah untuk keluarga mangsa di atas.

  9. 05/05/2012    

    takziah kepada keluarga mangsa…
    kalau tak cedera parah,maut..itu je lah kalau
    moto jadi mangsa…
    mangsa ni aku ingat dia mengantuk laa…
    aku dulu pun biasa jugak terbabas dengan moto sebab mengantuk sangat..(sangkaan aku jer)..
    berhati-hati menunggang jatuh sendiri pun sakit woo..!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting