Reality in Real Life

Motosikal Terbabas – Remaja Maut

Bt 7, Jalan Puchong
Kuala Lumpur
6 Okt 2012
7.30 pagi

Nama mangsa :  Mohd Hafizul Syafiq Asheri Saharuddin, 20 tahun, Tmn Putra Perdana Puchong, Selangor.

Seorang lagi penunggang menemui ajal , dan dipercayai akibat motoiskalnya terbabas.

Lokasi kemalangan yang agak jauh, dengan banyaknya lampu isyarat, menyebabkan saya tiba di lokasi ketika mayat baru sahaja dibawa ke dalam van.

Kes ini dipercayai membabitkan ‘single-case’ iaitu tidak membabitkan kenderaan lain.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan ini.

Mangsa, Mohd Hafizul Syafiq Asheri Saharuddin, 20 tahun, dalam  perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong.

Motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar tebing jalan menyebabkan mangsa tercampak dan cedera parah di kepala.

Dan ketika di lokasi kejadian, beberapa jiran yang sampai ke lokasi, tidak dapat menahan sedih akan kejadian berlaku.

Difahamkan, mangsa bekerja di sebuah kedai makan, dan baru habis bekerja untuk pulang ke rumah.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Dalam kejadian seperti ini dan mana-mana kes membabitkan kemalangan maut, saksi bebas amat diperlukan antaranya untuk mencari punca sebenar kemalangan.

Jarang yang mahu tampil untuk memberikan keterangan kepada polis kerana mungkin tidak menyedari atau tidak mengambil berat akan kepentingan saksi dalam sesuatu kes.

Malah, perkara yang paling mahu dielakkan oleh saksi, ialah untuk memberi keterangan di mahkamah.

3 Comments

  1. Perantau Hepi's Gravatar Perantau Hepi
    10/10/2012    

    ramai orang tak suka jadi saksi kat mahkamah tapi sebenarnya khidmat anda sebagai saksi di mahkamah bukan percuma, anda akan di beri elaun harian..mengikut berapa hari mereka kena hadir ker mahkamah..betul tak begitu Bro Sham?

  2. din's Gravatar din
    06/10/2012    

    kepadanya kita dtg, kepadanya kita kembali… al-fatihah

  3. 06/10/2012    

    ya Allah kesiannya… semoga rohnya dicucuri rahmat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting