Reality in Real Life

Motosikal-Treler Lagi – Badan Penunggang Hancur, Kaki Putus Digilis

KM 458.9
Lebuhraya Plus arah Selatan
Sg Buloh, Selangor
10 Jun 2011
2.30 petang

Laluan Bayangan Maut mengganas lagi…

Lagi kemalangan maut membabitkan treler dan motosikal – kali ini mangsa menemui ajal juga dengan keadaan amat tragis.

Kali ini lain pula kisahnya.

Sebuah lori sebelumnya berhenti di lorong kecemasan – mengalami kerosakan mekanikal.

Pemandunya turut meletakkan tanda amaran segitiga beberapa meter di belakang lori.

Theventheeran Thevar, 24 tahun dari Kg Baru Kundang, menunggang motosikalnya menuju arah Selatan.

Entah bagaimana, sebuah treler membawa muatan keluli, tiba-tiba melanggar mangsa dipercayai ketika cuba mengelak lori terbabit yang memang sudah berhenti di lorong kecemasan itu.

Theventheeran terjatuh dari motosikalnya dan terus digilis dan mangsa yang tersangkut di bawah tayar, diseret kira-kira 10 meter sebelum treler berhenti.

Kesan seretan beserta darah dan cebisan daging manusia jelas kelihatan di atas jalan.

Bahagian tubuh mangsa hancur.

Sebelah kakinya terputus dan tersangkut pada salah sebuah tayar treler.

Riwayat mangsa , tamat di situ.

Dan kemalangan ini turut menyebabklan kesesakan amat teruk sepanjang kira-kira 5 kilometer.

Apa lagi yang boleh kita cakap mengenai kejadian sebegini?

Kemalangan membabitkan kenderaan berat terutama lori dan treler begitu kerap kebelakangan ini.

Paling ramai menjadi mangsa ialah penunggang motosikal…

 

 

 

7 Comments

  1. 14/06/2011    

    kawasan ini memang banyak lori2 besar lalu.. kekadang tu merengkek-rengkek bersusun, berbaris lalu….

    jadinya mudah2an kita semua selamat dlm mengharungi liku-liku lebuh raya ini… ameeennn

  2. MunerR_Hammer's Gravatar MunerR_Hammer
    13/06/2011    

    stuju. kepada penunggang motosikal, apabila menunggang di waktu malam, hidupkan lampu signal kerana lampu belakang kadang2 tidak membantu pemandu lain melihat anda. tp klu nk jadi, jadi jgak. kepada keluarga mangsa semoga tabah dengan dugaan tersebut.

  3. 12/06/2011    

    semalam.. 11/6/2011 ketika perjalanan pulang dari KL ke Perlis.. saya juga berselisih dengan sebuah trelar yg terbabas..

    Juga berselisih dengan sebuah lori yg kemungkinannya rosak dan diletakkan di tepi jalan tanpa sebarang tanda (suasana jalan agak gelap di waktu malam).. yg pada pendapat saya amat berbahaya terutama kepada penunggang motorsikal..

    Juga agak kesal dengan sebilangan pemandu kereta dan lori yg mengubah laluan/lorong tanpa menggunakan lampu signal… hampir terlanggar sebuah lori kelmarin yg mengubah haluan dari kiri ke kanan dengan tiba-tiba tanpa memberi signal… nasib baik sempat membrek..

    Berhati-hatilah ketika di atas jalanraya terutama penunggang motor.. kita ibarat mentimun di jalan..

    sekadar pandangan peribadi..

  4. URY's Gravatar URY
    11/06/2011    

    Isk…… ngeri, menakutkan dan sedih sekali.

  5. pencinta agung's Gravatar pencinta agung
    11/06/2011    

    macam2 sekarang ni..ngeri…huhu

  6. sivasara's Gravatar sivasara
    11/06/2011    

    takziah kepada keluarga mangsa…hope rest in peach..

  7. 11/06/2011    

    kenapa sekarang ni tibe2 banyak pulak kes accident dengan trailer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting