KM 26.5 Lebuhraya Karak
arah Kuala Lumpur
Gombak, Selangor
24 Februari 2013
4.30 petang
Nota :kejadian ini berlaku petang semalam 24 Februari 2013
Nama mangsa : Della Loh Zi Qing, 20 bulan, Taman Mawar, Jelebu, N.Sembilan.
Lagi kanak-kanak maut dalam kemalangan jalan raya, kali ini membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 20 bulan.
Nasib malang yang menimpa kanak-kanak comel ini berlaku apabila mangsa tercampak keluar apabila kereta yang dinaikinya terbabas.
Kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi dinaiki 5 sekeluarga dan kanak-kanak tersebut terbabas dan berpusing beberapa kali ke arah kiri jalan.
Akibatnya, 3 mangsa tercampak keluar termasuk kanak-kanak malang tersebut.

Mereka kemudian di hantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun Della disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dipercayai akibat kecederaan dalaman yang teruk.
Tidak kira kenderaan apa yang dipandu, sentiasalah kita menghargai nyawa kerana ia hanya sekali.
Kelajuan yang terlampau, keadaan cuaca, faktor persekitaran dan juga keadaan kenderaan itu sendiri adalah antara perkara yang mesti diambil kira setiap kali kita mula memandu/menunggang.
Usia muda juga mempengaruhi faktor pemanduan/menunggang – ikutkan hati MATI, ikutkan rasa BINASA.
















Sedih nyer tgk bayi tu…teringat anak sendiri. Berhati-hati lah di jln raya….