29 Oktober, 2008
Sejak beberapa hari lalu, Mustakim Minsawi, 17 tahun sentiasa tersenyum.
Di tempat kerjanya juga di Mc D Jalan Telawi, Bangsar, rakan-rakannya juga nampak perubahan itu.
Mustakim memang seorang yang rajin dan jarang menimbulkan masalah.
Namun, akhirnya, senyuman sejak beberapa hari lalu itu, kini sudah tiada.
Mustakim telah meninggal dunia dalam satu kejadian yang boleh disifatkan tragis.
Niatnya untuk membantu mangsa ragut, akhirnya membawa tragedi kepadanya.
Dia maut setelah ditendang seorang rakan peragut ketika dia sedang mengejar peragut dengan motosikalnya. Mustakim yang cedera parah di kepala, meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5-30 pagi tadi berhampiran bangunan Kompleks Dayabumi.
Semuanya bermula ketika Mustakim dan beberapa rakannya sedang berbual berhampian Dataran Merdeka setelah selesai bekerja di Restoran Makanan Segera. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan seorang wanita tidak jauh dari tempat mereka berbual dan ternampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal brhampiran wanita terbabit.
Tanpa berfikir panjang, Mustakim teru menuju ke tempat wanita terbabit dan di situ barulah mereka tahu, satu kejadian ragut sedang berlaku. Dan salah seorang peragut mengacukan pisau ke arah Mustakim sebelum memecut ke arah Bangsar.
Ketika itulah, Mustakim dan rakan-rakannya terus mengejar penjenayah.
Bagaimanapun, ketika melalui Kompleks Dayabumi, dalam beberapa buah motosikal yang mengejar peragut, rupanya salah satu merupakan rakan penjenayah.
Dua lelaki yang menaiki motosikal di belakang Mustakim terus menendang tayar motosikalnya menyebabkan Mustakim gagal mengawal dan tercampak ke pembahagi jalan.Sebelum itu Mustakim baru sahaja hendak membaling topi keledarnya ke arah peragut di depannya, tetapi menyarungkannya kembali.
Kepala Mustakim betul-betul terhentak di atas batu menyebabkan pendarahan yang banyak.
Rakannya , Muhammad Ridzuan Muhd Hussin, yang menaiki motosikal lain terpaksa berhenti bagi memberi bantuan bersama rakan-rakan lain. Mustakim kemudian segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan bantuan sebuah kereta yag kebetulan melalui kawasan itu.
Bagaimanapun, Mustakim kemudian disahkan telah meninggal dunia akibat cedera parah.
****************************************
Keluarga Mustakim tinggal di Jalan Kubur, Pantai Dalam. Keluarga mereka bukan keluarga orang senang, berada.
Dan ketika saya sampai di Jalan Kubur, tak susah mencari rumahnya walaupun terletak agak tersorok.
Semua orang di kawasan itu kenal bila di sebut Mustakim, dan saya akhirnya diiringi oleh rakan-rakannya menuju ke rumahnya.
Mustakim merupakan anak ke 4 dari 5 beradik dan menurut ayahnya, Minsawi Ariman, walaupun anaknya tidak cemerlang dalam pelajaran, tetapi dia seorang yang amat baik. Azamnya untuk membantu keluarga dan sanggup bekerja di Restoran Makanan segera itu untuk meanmpung perbelanjaan dia dan keluarga.
Motosikalnya baru dibeli 6 bulan lalu hasil dari gajinya bekerja. Oleh kerana rumahnya kecil, dia sanggup tingal bersama saudaranya yang lain dan selalu menjenguk ayah dan adiknya (ibunya telah tiada sejak beberapa tahun lalu…)
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, sehingga ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Beliau juga memnta mangsa ragut terbabit, membuat laporan bagi membantu siasatan polis.




bertambah pahala mangsa ni..biar mati sekalipun..Tuhan lebih sayang kannya
Alfatihah untuk arwah….
Sesungguhnya niat suci murni dan keberanian arwah amat kita kagumi…
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Kepada pihak polis, sila ambil tindakan segera mengesan peragut terbabit yang bukan lagi dikategori sebagai peragut malah dah menjadi pembunuh..
Pengadilan yang sewajarnya perlu diberikan….
Sehingga lewat petang semalam, 29 Oktober, 2008, mangsa ragut masih belum membuat laporan polis.
Bagaimanapun polis telah mengambil keterangan dari rakan-rakan arwah ketika mereka sama-sama mengejar peragut terbabit.
Al-fatihah..
Kadang2 sedih tengok kes-kes macam ni…mengapa polis still tak dapat buat apa-apa…adakah kerana kita dari kalangan (kasta) rendah?
terus terang saya cakap..saya fed-up dgn polis ni…
Rumah saya 4 kali dimasuki pencuri..semuanya saya report..tapi sehingga kini tiada tangkapan pun…tapi kes umah Datuk2 atau Tan Sri2 (ada kes ari tu) dpt diselesaikan sekejap aje…
melarang motosikal dari memasuki bandar bukanlah cara terbaik…(APA GUNA CCTV KALAU KITA TAK GUNAKAN FUNGSI NYA SEBETULNYA?)
Mungkin kita boleh ulas panjang mengenai kes rumah BC tu, tetapi, setakat ulas ajelah kita ni…
Sebab bila bercakap mengenai kasta rendah, kasta tinggi ni, saya juga ada contoh yang mereka yang tahu sahaja akan senyum sendiri.
Pernah saya membuat liputan kebakaran sebuah premis pejabat di Taman Tun Dr Ismail, (kawasan elit yang dijaga bagai menatang minyak yang nak tumpah…)
Kebakaran bangunan rumah kedai dua tingkat itu, walaupun hanya membabitkan hanya 1 lot dan bukan keseluruhan deretan kedai, tetapi, mak ai, jentera bomba yang datang, mengalahkan KLCC yang terbakar bermula dari jentera rescue tender yg kecik sampailah yg sebesar2 skylift tu, semuanya dtg tak putus2 bagai malapetaka besar sedang berlaku di Taman Tun ketika itu.
“Biasalah bang, ni kawasan orang kaya-kaya, tan sri-tan sri, dato’, kita kena jaga betul2, nanti silap sikit, lambat sikit, jawabnya kita org kena tukar kat pedalaman mulu lah jawabnya, takpun kena notis buang keja…”
Itu jawapan yang diberi bila saya bertanya mengapa sehebat ini semata2 utk memadam kebakaran yg sebenarnya boleh dikendalikan oleh 1 jentera bomba shj…
Berkenaan CCTV yg berpuluh2 tu, sebenarnya ada cerita behind the scene yg tak terfikirkan oleh akal ini memikirkannya jika saya dedahkan…
Tetapi, biarle dulu…!!!
al-fatihah buat dia yg terkorban dek kebinatangan manusia yg lebih teruk daripada setan bernama peragut neh…
peragut tu pun takkan kekal idup tenang…percayalah balasan Tuhan tu takkan semestinya akan dibalas di sana…
beginilah nasib golongan marhaen. dipijak dihenyak orang dari bangsa sama di tanah air sendiri.
cuba kalau yg kene ragut tu dari kasta tinggi, pasti satu negara kecoh, semua pihak beruniform kalau boleh dikerah cukup2 utk cari & selesaikan masalah.
liputan besar2an pun pasti akan diberikan selama berhari2 di dada media.
tapi bila kes insan biasa golongan biasa macam ni?
pejam mata yg tak buta, pekakkan telinga yg tak tuli, bisukan mulut yg masih boleh berbicara…
pandai2la kita yg marhaen ni nak idup…