KM 12.2
Lebuhraya Sg Besi
Kuala Lumpur
10 Jul 2012
11.30 pagi
Bayangkan situasi ini berlaku kepada anda :
Sedang anda memandu di laluan mendaki sebuah lebuhraya, tiba-tiba 100 meter di hadapan , terlihat sebuah lori sedang mengundur bersimpang-siur dengan laju.
Dan lori itu sedang tepat menuju ke arah anda, dan anda tidak mampu berbuat apa-apa kerana jaraknya makin hampir.
Di kanan dan belakang pula, terdapat kenderaan lain mengekori kereta anda…
Itulah yang berlaku kepada saya pagi tadi…
Ketika dalam perjalanan ke ibunegara dari Putrajaya, saya melalui Lebuhraya Sg Besi.
Tiba di KM 12, di laluan mendaki ini, saya terlihat sebuah lori pasir berhenti di laluan paling kiri lebuhraya.
Pada jarak kira-kira 200 meter, saya nampak pemandu lori melompat naik ke atas ruang pemandu dan ketika itu lori bergerak mengundur dan melanggar tembok lebuhraya.
Saya pasti, lori ini tentu mengalami kerosakan, tetapi mengapa ia mengundur?
Dan, lori itu kemudian terus mengundur ke arah saya dengan laju menyebabkan saya rasa begitu berdebar kerana pasti sesuatu yang buruk akan berlaku beberapa saat lagi.
Saya segera memberhentikan kereta di tengah-tengah lebuhraya termasuk beberapa buah kenderaan di sebelah dan belakang saya.
Saya harus bertindak segera kerana hanya beberapa saat lagi lori itu pasti akan terus merempuh kereta dan saya yang berada di dalamnya.
Sebenarnya, lori ini sebelumnya mengalami masalah brek – ‘tiub angin’ nya tercabut menyebabkan brek gagal berfungsi.
Dan lori pula kemudian tiba-tiba dilihat dipandu ‘zig-zag’ secara mengundur bertujuan bagi mengurangkan kelajuannya.
Ketika itu, saya sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan , kerana lori yang dipandu secara zig-zag itu tidak dapat saya agak ke mana arah tujunya – tetapi yang pasti, ia menuruni bukit ke arah saya.
Saya tidak dapat bergerak ke kanan kerana terdapat sebuah kereta juga berhenti, dan saya masukkan gear undur supaya dapat berundur, tetapi beberapa buah kereta dan motosikal berada di belakang.
Saya mengucap dan kini hanya berserah kerana hanya ada beberapa saat sebelum lori itu terus merempuh dan menghempap kereta saya.
Dan ketika bahagian belakang lori tepat menuju ke arah saya, pemandunya sempat membelok ke kiri dan hanya beberapa cm dari merempuh kereta saya.
Dan lori terus mengundur lagi dalam keadaan zig-zag sejauh 200 meter lagi dan saya dapat lihat dengan jelas, beberapa lagi kereta, motosikal dan lori nyaris dirempuhnya.
Sesuatu yang amat ajaib apabila sebaik tiba di laluan rata, lori terus terhenti di KM 11.9 dengan sendirinya dengan melintang jalan dan hanya bergesel sedikit dengan sebuah lagi lori di belakangnya.
Segala-galanya terhenti untuk beberapa minit di lebuhraya ini kerana tidak menyangka kejadian berlaku ini tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan lain.
Setelah menarik nafas dan mengucapkan syukur, saya meneruskan perjalanan untuk membuat pusingan U untuk ke lokasi lori itu tersadai.
Menurut pemandu lori tanah ini, dikenali sebagai Dhanabal, 54 tahun, brek lorinya tiba-tiba mengalami masalah ketika di laluan mendaki ini, dan dia segera turun dan sempat menyendalkan kayu pada tayar lori.
Namun, lori tiba-tiba mengundur ke arah tembok dan dia segera melompat naik ke atas lori untuk cuba mengawalnya.
Malangnya, lori terus mengundur dan dia menyedari banyak kenderaan di belakang hanya menanti nasib untuk dirempuh lorinya.
Dengan pengalaman 30 tahun memandu lori, Dhanabal segera bertindak mengawal lorinya dalam pemanduan ‘zig-zag’ bagi mengurangkan kelajuannya ketika mengundur menuruni bukit itu.
Apa yang paling dibimbangkannya, jika lorinya dipandu merempuh tembok secara mengundur itu , lori akan terbalik, dan keadaan akan menjadi lebih buruk apabila lori akan ‘berguling’ di atas lebuhraya dan menghempap kenderaan lain termasuk saya yang berada di dalam kereta.
Keseluruhannya, lori tanah ini mengundur menuruni bukit sejauh kira-kira 300 meter.


















Assalamualaikum,
Subhanallah…baca entri ni pun dah berdebar2…apalagi kalau ada kat lokasi.
Alhamdulillah, nasib baik tak ada yang cedera…syabas kepada pemandu lori yang cekap itu
aduihhhh……….. ngeri bila dibayangkan. mesti terhenti degup jantung sekejap.
Syukur tiada kemalangan yang berlaku
Alhamdulillah… panjang umur lagi brother dan pemandu2 kereta lain..
Kerana kesilapan sedikit sgt2 membahayakan banyak nyawa…
Macam filem Hollywood.
Syukur tiada sebarang kecelakaan dan syabas juga kepada uncle tu.
Nampak kat lori tu macam paip Master Air Brake dah tercabut dari tabung angin menyebabkan bekalan angin tidak sampai ke sistem brek dan ini akan menyebabkan sistem brek terus tak berfungsi. Ada model kenderaan kalau terdapat masalah brek, brek akan terkunci. Tapi model HINO seperti ini brek tak terkunci kalau tiada bekalan angin dalam brek.
Kalau dilihat pada nombor plet lori tu, saya secara peribadi berpendapat ia adalah model yg asalnya brek angin campur minyak. Model ini sebenarnya mempunyai brek tangan jenis kabel (yg boleh ditarik ketika saat kecemasan seperti ini) tapi kebanyakannya tidak lagi berfungsi oleh kerana mungkin telah dimodifikasi dgn brek tangan jenis angin sepenuhnya. Servo pump jenis yg berada bersebelahan tangki angin itu memang bukan jenis yg akan terkunci jika angin bocor.
Model yg lebih baru akan mengunci brek sepenuhnya kerana terdapat spring di dalam pam servo brek.
Apa pun, bersyukur amat Abang Sham selamat.
skill power uncle ni
Alhamdulillah tak ada yang cedera..
saya ada pengalaman yang sama macam ni.. kes lori mengundur sebab kerosakan break. katanya break dah habis. malangnya saya berhenti betul2 belakang lori tu, jadi tak sempat buat apa2. lagipun kereta dah bersusun belakang saya. Saya diseret lebih kurang 200m turun bukit, lori hanya berhenti bila sampai tempat landai. dalam masa yang sama, saya rempuh 3 biji kereta lain..tapi 3 kereta tu tak seteruk kereta saya.. total lost.
Alhamdulillah, saya tak cedera. tapi sekarang sangat fobia duduk belakang lori, lagi2 semasa mendaki bukit.
Ondscene boleh siasat kenapa selalu ada lori rosak di besraya gps koordinat google map(3.082393,101.699022) berhadapan dengan kubur islam..Hampir setiap bulan ada lori tersadai di lane paling kiri.