Reality in Real Life

Paip Pecah Dirempuh Kereta

Jalan Hujan Emas
Jalan Klang lama
Kuala Lumpur
7 Jul 2009
Cuaca elok, terang benderang.
Tetapi, di kawasan ini, jalan dipenuhi air dan air mencurah-curah turun.

Namapun, Jalan Hujan Emas, maka turunlah air umpama hujan walaupun tiada emas, hanya di kawasan ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5-30 pagi tadi.

Kereta dipandu seorang wanita ini tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh tembok yang menempatkan saluran paip utama Syabas.
Akibatnya, tembok terbabit pecah dan rempuhan itu juga injap paip itu pecah dan berlakulah kebocoran.
Beribu-ribu liter air dibazirkan begitu sahaja.
Tidak cukup di situ, apabila kereta ini pula terus meluncur ke arah lereng bukit dan hampir pula merempuh tiang papantanda.
Dan semuanya ini penanda sebagai ini merupakan hari terkahir kereta ini berada di jalanraya untuk beberapa ketika.
Kerana, hari ini, hari terakhir cukai jalannya akan tamat.
Menurut Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal-Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, saluran paip yang pecah ini merupakan saluran dari Tangki Bukit Gasing menuju ke tangki simpanan Castlefield.

Akibat kejadian ini juga, tangki Castlefield surut sehingga paras 3 meter yang memungkinkan bekalan air untuk kira-kira 10 ribu penduduk sekitar akan terputus dalam tempoh beberapa jam.
Tindakan segera membaiki akhirnya selesai jam 12 tengahari tadi.

Persoalannya, adakah dalam kes sebegini, pemandu kereta perlu/mesti/wajib membayar segala kos yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan ini dan bagaimana pula dengan kerugian @ pembaziran air yang telah kelaur beribu-ribu liter itu…



12 Comments

  1. alidyangon's Gravatar alidyangon
    08/07/2009    

    Bro Sham

    Elok pun perempuan Cina tu kena ….

    Padan dengan muka dia

    Semasa memandu di KL pun saya selalu risau dan cuak dengan pemandu pemandu species yang ni…

    Memandu laju tak kira tempat

    Memecut di kawasan perumahan, perniagaan dan public

    Akibatnya 'kemalangan' yang memang di cari

    Syukurlah cuma dia sahaja yang terbabit

    kalau kena orang lain… Kira Kes Naya…

    Nota:
    1. Pemandu akan di saman oleh PDRM kerana memandu laju dan cuai hingga mengakibatkan kemalangan
    2. Akan disaman oleh DBKL
    3. Akan di Saman oleh JPS

    Segala ganti rugi 'Harta Awam' harus dibayar oleh oleh pemandu itu sendiri.

    Oleh itu, INGATLAH

    JANGAN BERLAGAK SOMBONG KETIKA MEMANDU,
    JANGAN INGAT KERETA ANDA BARU, KUASA BESAR, MAHAL ANDA BOLEH SELAMAT
    PATUHI UNDANG UNDANG JALANRAYA
    PATUHI HAD LAJU YANG DI TETAPKAN, KALAU BOLEH PANDU LEBIH PERLAHAN…

    MAAF KALAU TERKASAR BAHASA!

    Sekian bro

  2. ondscene's Gravatar ondscene
    08/07/2009    

    sreshaziela- ok, keta tu dah dibetulkan kedudukannya

    mentos-rasanya, syabas akan mintak gantirugi. bukan murah2 bro benda2 dan kos repair tu.

    mat-romelo- mat- gua no komen, nanti blog gua kena bom..!!

    faizal-semua fakta tu aku setuju. dan yg no 4 tu yg kena ambik perhatian.kos kena tanggung. semuanya sebab laju terlampau.kalau takat below 100km/j, takkan jadi sampai pecah tembok tu.

    anon-berhati2 dijalanraya

    che mat-tq bro. sebenarnya, kedudukan paip yg dlm tembok tu dah betul dan tak ganggupun pengguna jalanraya. pemandu tu yg ganggu paip tu

    ogie- eerr…sokong…!!!

    anon- ye, laju. kelajuan yg akhirnya tak dapat kawal. kedudukan paip tu memang dah betul dan takde kacau saper2pun.
    kebnykan line belang kuning sekarang ni, mcm dah takde power, bila lalupun rasa sama je, cuma beza nampak line kuning. sepatutnya line kuning akan rasa gegaran supaya pemandu perlahankan kelajuan. nampaknya jkr dah kena buat semula line2 kuning kat jalanraya di negara ini.

    womanizer- kira power jugak le pemandu ni. sebab pandai elak signboard tu

    rosyfitrah – sebenarnya, byk mana kes2 langgar harta awam berlaku setiap hari, cumanya mungkin tak de siapa peduli. contoh plng byk ialah, melanggar tiang lampu isyarat. dah la langgar lampu isyarat, tiang pun nak dirempuhnya.
    kereta ni, auto.
    selain akan dikelaurkan saman, memang biasanya pengguna perlu membayar kos mengganti kerosakan itu.

  3. RosyFitrah's Gravatar RosyFitrah
    07/07/2009    

    Itu baru shot yg dapat dikesan. Berapa byk paip, tiang lampu/trafik, , pokok2 bunga dan pejalan kaki yg telah menjadi mangsa kecuaian mereka2 ini. Adakah kereta tersebut bertransmisi auto? Kalau ikut lajak kete tu, seakan tersalah menekan brek, tertekan minyak…

    p/s: Verdict: kena byr gantirugi kat Syabas. Aku x sanggup jadi mangsa kenaikan tariff air disebabkan perkara seumpama ini.

  4. womanizer's Gravatar womanizer
    07/07/2009    

    Tiang signboard xnk langgar.. paip jugak yg kena.. betul2 kes nyusahkan org.. ape salahnye kalau hilang kawalan, terus langgar tiang.. airbag kan ade..

  5. Anonymous's Gravatar Anonymous
    07/07/2009    

    Bukan salah pihak Syabas letak paip tepi jalan.. lg pun area berdekatan kwsn perumahan. dan rasanya paip tu dihadang dengan tembok batu dan besi penghadang jalan. jalan pun berbukit dan berselekoh.. mmg x sesuai bwk laju.. sib baik takde org lalu situ, kalau x.. ish ish ish.. elok diletakkan line belang kuning atas jalan supaya pengguna perlahankan kenderaan dan berhati hati..

  6. Ogie's Gravatar Ogie
    07/07/2009    

    Ogie tak nafikan….pompuan bawak keta memang kelam kabut, cuai….dan suka suka nak masuk…masuk….dah tukar lorong baru nak kasi signal….

    Bukan nak kata Ogie pemandu yg bagus…cuma memang tak menafikan….pompuan selalu careless….bila dah accident baru nak melalak….

  7. che mat's Gravatar che mat
    07/07/2009    

    salam,
    Nice shot Bro Sham.
    Harap pihak syabas check2 lah paip2 yg berdekatan dgn jalan raya yg terdedah dgn risiko dilanggar kenderaan.

  8. Anonymous's Gravatar Anonymous
    07/07/2009    

    xpela,harini hari dia,esok lusa manalah tau hari kita plak…

  9. Faizal Rahman's Gravatar Faizal Rahman
    07/07/2009    

    1. mungkin kete dah lama x basuh
    2. mungkin rushing nk renew roadtax
    3. cara tow kereta tu mcm x selamat
    4. mmg patut dia tanggung segala kos kerugian

  10. Mat_Romelo's Gravatar Mat_Romelo
    07/07/2009    

    Perempuan mmg cuai bwk kereta.. nak eksyen bawak laju.. dah eksiden, ade je alasan takleh kawal konon.. kereta baru plak tu.. toyota lagi.. takleh kawal.. tuih.. (jgn marah ye gadis² semua.. i still like.. hehe)

  11. Mentos's Gravatar Mentos
    07/07/2009    

    mmg suwei punye kerete kot.. tu la.. tau belagak je bwk krete impot.. cukai jln x mampu byar.. skang rasekan.. insuran pun komfem xleh claim.. tanggungla semua kos rugi.. kalau lelakilah tu, agaknye SYABAS terus hanta notis.. sib baik prempuan..

  12. sreSHAziela's Gravatar sreSHAziela
    07/07/2009    

    best jugak kan mandi manda time2 camni.. ala2 mandi hujan gitu.. cume ujan air lah bkn ujan emas.. hehehehe

    takkan towing kete tu mcm tu je bro.. seram plk tgk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting