Seksyen 2
Wangsa Maju
Kuala Lumpur
23 Mei, 2010
7 pagi
Mereka yang bekerja sebagai tukang cuci, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi di Seksyen 2 , Wangsa Maju.
Van ini dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok.
Akibatnya, semua mangsa termasuk pemandu, tercampak keluar.
Siti Halijah Aman, 63 tahun, yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.
Manakala pemandu van, Shankal Koa Appannah, 22 tahun dan seorang penumpang, Amutha Munasamy, 40 tahun, cedera parah.
Seorang lagi penumpang wanita, berada dalam keadaan kritikal.
Seperti dalam kemalangan membabitkan kenderaan di lorong kecemasan, kali ini, pokok pula yang ‘memanggil’ van ini untuk merempuhnya.



















Takziah kepada keluarga mangsa.. pakailah tali pinggang keledar… kita mampu mengubahnya..
van lama camni seat belakang die mesti xde punye.takziah…
xde seat belt daa..
ha'ah, van mcm ni mana ada seatbelt.. jadi bawalah perlahan, atau nyawa melayang..
(pemandu muda, patutlah laju….)
Tengok ke umur arwah, dah nak masuk kategori nenek. Bekerja nak cari sara hidup untuk diri sendiri,cucu, anak-anak mungkin. Al-fatihah.
Takziah buat keluarga mangsa.
Knp pemandu muda suka bawa laju2 ….entahla cam mana mereka dpt lesen tu . ada juga segelintir pemandu sempat bersms ketika memandu.