KM 303.4
Lebuhraya Utara Selatan
berhampiran susur Kajang
arah Utara
Kajang, Selangor
16 Jul 2012
7.30 pagi
Nama mangsa: Leftenan Kolonel Zainudin Yaacob , 52 tahun
Polis memohon saksi kes kemalangan ini, supaya tampil bagi membantu siasatan.
Dalam kemalangan ini, seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel, maut dipercayai akibat dirempuh sebuah kenderaan lain setelah terjatuh dan tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya.
Kemalangan berlaku di laluan arah Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Plaza Tol Kajang di sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi ini, mangsa, Leftenan Kolonel Zainudin Yaacob, 52 tahun , maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Zainudin di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh sendiri di lorong paling kanan lebuh raya ketika menunggang motosikal Kawasaki ER-6 dari Seremban menuju ke Kuala Lumpur.
Setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai terjatuh daripada motosikal lalu tercampak ke atas jalan raya sebelum dirempuh oleh kenderaan lain dari belakang.
Namun punca sebenar kemalangan masih disiasat.
Sebrang maklumat, sila salurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.















Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. moga rohnya dicucuri rahmat.
Alfatihah….salam takziah utk keluarga mangsa….
innalillah..al-fatihah buat arwah..sekalung takziah buat keluarga arwah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..amin
[...] 4 kilometer sebelum lokasi kes membabitkan seorang pegawai tentera maut pada 16 Jul lalu – Pegawai Tentera Maut – Langgar Lari innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = [...]