Pejalan Kaki Maut Langgar Lari
Seksyen 8 Bandar Mahkota Cheras
berhampiran Jusco, Kajang, Selangor
29 Ogos 2010
8.30 malam
Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis berkaitan satu kes kemalangan langgar lari di Kajang malam tadi.
Mangsa, seorang lelaki Cina berusia anggaran kira-kira 60 tahun, dilanggar sebuah kenderaan yang tidak diketahui jenisnya kira-kira jam 8.30 malam tadi ketika hendak melintas jalan.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli makanan di pasar malam berhampiran.
Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya, menyukarkan pihak polis mengesan warisnya.
Sehingga laporan ini disiarkan, pemandu kenderaan yang melanggar mangsa masih belum membuat laporan polis.
Mereka yang kehilangan anggota keluarga yang tinggal berhampiran lokasi kejadian, diminta datang ke Hospital Serdang untuk membuat pengecaman dan menuntut mayat.
Sebarang maklumat atau pertanyaan, sila hubungi :
Cif Insp Kumaresan Naidu
Pegawai Penyiasat Trafik, IPPD Kajang
Tel: 03-87362222 sambungan 269
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.




Maaf bertanya.
Kalau dapat letak gambar mangsa kan OK sikit untuk memudahkan jiran-jiran yang mungkin mengenali mangsa.
zezebel recently posted..Happy 53rd Merdeka Malaysia