KM 404.9
Lebuhraya Utara Selatan
arah Selatan
selepas susur Ulu Bernam/Tg Malim
Hulu Selangor
24 Jul 2011
2.30 petang
Laluan Bayangan Maut lagi
Mangsa : Syafiq Aswadi Hishamuddin, 23 tahun berasal dari Jalan Guchil bayam, Kota Bharu, Kelantan.
Amat tragis kemalangan ini.
Juga membabitkan mangsa berusia muda, 23 tahun.
Kemalangan yang berlaku ini membabitkan 10 buah kenderaan.
Semuanya bermula apabila sebuah kereta (nombor tidak dikenalpasti), terbabas di tengah jalan.
Di masa sama, seorang penunggang motosikal tidak sempat mengelak, lalu merempuh kereta terbabit.
Mangsa, Syafiq Aswadi Hishamuddin, terpelanting dari motosikalnya ke arah cermin sebuah bas ekpress yang mengekori dari belakang.
Kejadian yang berlaku begitu pantas.
Mangsa terus terjatuh di atas jalan dan terus terperosok di bawah bas, dan terus diseret sejauh kira-kira 200 meter.

Manakala kereta yang terbabas itu pula, terus berlalu meninggalkan tempat kejadian.
Sehingga berita ini ditulis, pemandu kereta masih belum membuat laporan polis.
Pemandu bas pada mulanya menyangka objek yang terpelanting ke arah cermin basnya adalah tayar akibat dari kemalangan di hadapan.
Pemandu segera memandu basnya ke arah laluan kecemasan dan berhenti kira-kira 200 meter di hadapan.
Pemandu segera turun dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati, objek yang terpelanting dan jatuh di bawah basnya adalah manusia.
Bas ini dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju Kuala Lumpur membawa 41 penumpang.
Di masa sama, sekurang-kurang 6 lagi kenderaan yang mengekori di belakang, berlanggar sesama sendiri mengelakkan kejadian yang berlaku.

Sepasukan anggota bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengambil masa hampir sejam berusaha mengeluarkan mayat mangsa.
Nota:
Mangsa merupakan penuntut UniKL Kuala Lumpur dan sedang mengikuti latihan industri di Sg Buloh.
Pemandu kenderaan yang terbabas sehingga dirempuh oleh motosikal mangsa , masih belum membuat laporan polis.
Kepada mana-mana saksi yang mengetahui kenderaan terbabit atau pemandu itu sendiri, diminta tampil bagi membantu siasatan polis.
Lagi butiran dan foto-foto menyusul


















Al Fatihah untuk arwah.
banyak sekarang kes motorsikal dan anak muda
Allah lebih sygkan mereka…
Semoga keluarga mangsa tabah menerima ujian
kemalangan melibatkan motorsikal orang muda ni bukan baru-baru ni tetapi dah bertahun-tahun. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Al-fatihah.
Takziah kepada keluarga mangsa..
Al-fatihah..
inilah risiko penunggang motosikal hadapi kalau jatuh atas lebuhraya.sudah takdirnya arwah menemui ajal dalam keadaan begini..AL-Fatihah. harap pemandu yang menjadi punca kejadian tampil membuat laporan polis.anda ta akan tenang jiwa selagi perkara ini tak di selesaikan..!
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Alfatihah. Takziah kepada keluarga arwah.
Setiap hari, begitu ramai anak muda kita gugur di jalan raya, sedangkan merekalah bakal pemimpin pada masa hadapan.
Takziah kepada keluarga mangsa…. Itulah risiko penunggang motosikal seperti saya untuk pergi dan balik kerja. Kereta ada, tapi memandangkan rumah dekat serta kos parking dan minyak lagi, motosikal lebih jimat.. Kepada yang langgar tu, report lah balai polis berdekatan secepat mungkin…
dia kawan kami..student unikl city campus.arwah sgt baik..sgt2 baik..tak kedekut dgn senyuman n sgt tabah bila hadapi ujian.kami semua sgt tekejut bila dpt berita nie esok adlah hari kami untk daftar sem baru
http://nadiolien.blogspot.com/2011/07/kemalangan-ngeri-24711-sahabat-kami.html
takziah buat keluarga… sedihnya tgk kemalangan yg byk berlaku kat kwsn bygan maut ni…. sy ada 1 cdgn… why not di sediakan laluan khas buat motosikal di kwsn bayangan maut ni… sometimes kita tgk ada penunggang yg terbabas, tp mereka x sempat bangun lalu dirempuh oleh kenderaan lain… so kalau ada laluan khas buat diorg yg memisahkan mereka dgn laluan kenderaan lain, sy rasa kemalngan ngeri begini dpt dielak… kita tahu ajal maut ditgn tuhan… kalau dh ajal mmg tak blh buat apa2… cuma sy sedih bila lihat kemalangan yg mcm ni…lgpun kwsn ni kan mmg laju2 belaka kenderaan… nak lalu kat sini memang sntiasa beringat la.. especially bila kat depan ada motosikal…
klu pihak PLUS wat bumper line mcm laluan turun dari terowong jelapang di setiap selekoh dan laluan menurun sepanjang laluan Bayangan Maut pon ok gak. tak pon letak signboard temgkorak pegang stereng mcm signboard zaman 80-90an dulu.
takziah buat keluarga dan sahabat arwah moga anda semua tabah dengan kehilangan arwah. allah lebih sygkan dia, tambah2 lg nk puasa ni. pasti allah nk bg rahmat kat arwah.
kepada pemandu kereta, saya rasa inilah sebab anda patut dibelasah setelah berlaku sesuatu kemalangan; takut anda lari setelah membunuh org yg xbersalah.
maaf, saya sedih kerana dah rmai tunggak negara (belia) maut dalam kemalangan akibat kecuaian org lain. saya sendiri baru lepas xcident mlm jumaat lepas. mujur xparah.
[...] It was horrifyingly tragic. I have always thought the road accident that cost my dad’s life 15 years ago was bad enough, but what happened to my cousin was much worse. It even came out on the 8 pm prime news. Yeah, it was that bad. (If you’re interested, you can read about the accident here.) [...]
masyaallah…tragis nyer…
aku ni pon penunggang jugak..
mintak di jauhkan segala yang tak di duga macam ni..
Salam,
Saya baru saja follow blog yang amat memberi peringatan kepada semua ni. Laluan Bayangan Maut ni mempunyai kaitan dengan saya sekeluarga. 9 tahun yang lalu (5 Nov 2002) Arwah abang saya jugak terlibat dlm kemalangan misteri ketika menunggang moto dari Kedah-Bangi lebih kurang jam 12.00 malam. Ketika sampai di KM439.8 arah Selatan, secara tiba-tiba dia terbabas dan dilanggar lari. Kejadian betul2 bertentangan / di hadapan RSA Rawang. Arwah ketika tu masih menuntut di UniKL MFI, BB Bangi. Sampai sekarang, tidak diketahui punca sebenar kejadian kerana kawan arwah yang turut sama tidak nampak kejadian tersebut kerana berada hampir 1km di belakang. Bagi kami sekeluarga, kami redha dan terima ketentuan Illahi. Mungkin sudah ajalnya, dipinjamkan seketika sebelum dijemput kembali kepada Maha Pencipta.