Susulan di Hospital – rujuk berita ini: Ucapan Harijadi Terakhir Buat Ibu…
Nama mangsa : Affiffi Emara Abdullah, 21 tahun, Desa Tasik, Sg Besi, K Lumpur
Laluan Bayangan Maut terus mencatatkan kematian.
Malang bagi 4 sahabat, apabila perjalanan mereka untuk pulang ke tempat pengajian di Universiti Teknologi Petronas, UTP Seri Iskandar, Perak, berakhir tragedi.
Kemalangan ini berlaku dalam keadaan hujan lebat.
Pada mulanya, 3 sahabat menaiki kereta Toyota Vios ini dari Johor Bahru.
Menjelang tengahmalam, mereka tiba di ibunegara dan mengambil Affiffi Emara Abdullah di Sungai Besi sebelum meneruskan perjalanan.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandunya dipercayai cuba mengelak lopak air menyebabkan kereta hilang kawalan.
Akibatnya, kereta ini terbabas dan berpusing beberapa kali dan akhirnya merempuh pula besi penghadang jalan.
Sebahagian dari besi terbabiit terperosok di bahagian belakang kereta yang berpusing arah bertentangan ke dalam longkang.
Dan besi terbabit bagaimanapun tidak mengenai semua mereka yang berada di dalam kereta.
Bagaimanapun, malang bagi Affiffi Emara yang duduk di bahagian belakang sebelah kiri – mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.
Manakala pemandu kereta cedera di muka dan penumpang belakang cedera di dada, dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut.
Manakala seorang lagi,Muhammad Azim Sufian, 21 terselamat dan mengalami kecederaan ringan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu bahru untuk bedah siasat.
Dan antara barangan yang ditemui di tempat kejadian, ialah bekal spagheti dan makanan lain dari keluarga yang sepatutnya mereka sama-sama rasai sebaik tiba di UTP..
Nota : Mangsa merupakan anak kepada seorang anggota polis, Sarjan Abdullah Ahmad bertugas di Bukit Aman



















Takziah untuk keluarga mangsa.
Semakin menyeramkan dengan berita-berita begini dari hari ke hari kerana saya adalah pengguna kerap laluan ini. Apakah status terkini usul untuk memasang lampu jalan seperti dicadangkan kepada PLUS oleh pembaca-pembaca Ondscene sebelum ni?
Takziah untuk keluarga mangsa. Semoga lebih tabah.p/s - gambar² lain akan diupdate petang nanti jika berkesempatan. Malam tadi dan hari ini terlalu banyak kes kemalangan
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
sedihnya tengok bekal spageti tu…
takziah.. hati2 buat pembaca sekalian..
beringatlah..most modern cars equipped with vehicle stability assistant dan abs semasa jalan licin atau berlopak seperti ini.atas highway, jarang ada lubang2 besar.so bila dengan kelajuan yg tinggi, cukuplah sekadar brek dan lepaskan minyak dan pegang stering dgn kuat untuk sistem tersebut berfungsi dengan baik.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un..al-fatihah buat arwah…mmg malam tu hujan lebat giler sampai la ke pagi baru hujan baru berhenti..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..
Takziah..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yg beriman.Malam tu memang hujan lebat dari malam sampai ke pagi..Berhati2 bila melalui jalan ni sebab memang sering berlaku kemalangan.
Assalamualaikum..saya slh seorg mangsa kemalangan meminta supaya sesiapa yg ade mengambil ape2 brang dri dlm kereta seperti phone,duit dll sila pulangkn kepada balai terdekat..barangkali barang tersebut milik arwah..so minx keprihatinan sume sila pulangkn jika ade yg terambil..
takziah untuk keluarga mangsa…masyaAllah…ada jugak org kaki rembat ni..
salam…di laluan yg sama sptmana kejadian yg brlaku kpd arwah juga brlaku pd sy.cuma yg bezanya bkn lopak air ttp objek yg brwarna putih dn besar tiba2 muncul. ketika itu kereta yg dpndu brada di laluan tgah dgn kelajuan 100 km/jam.dlm keadaan trkejut dn mgelak ke laluan kanan,tyr hadapan sblah kiri pecah krna trlanggar objek trsebut dn alhmdulillah krta dpt dikawal dn brhnti di laluan kecemasan.mujur xde kndraan yg laju dblakang.dlm keadaan yg brbkalkn lampu suluh tyr dtkr dgn spare…tp stiap kali nk blik kpg msh x dpt lupakn prstwa 2.hrp smua pmandu sntiasa brht2 dgn keadaan yg kdgkala x trduga oleh kita…