km 7-3
Jalan Lingkaran Tengah 2
Kepong
Kuala Lumpur
5 Nov 2009
1.30 pagi
Jalan Lingkaran Tengah 2
Kepong
Kuala Lumpur
5 Nov 2009
1.30 pagi
Susah sangat ke nak beritau, siapakah sebenarnya pelakon yang terlibat kemalangan ini?
Bagi saya, kepada ramai yang marah-marah (setelah saya semak dalam berpuluh ruangan forum yang membincangkan mengenai entry ini), saya nasihatkan, tak perlulah susah payah nak berteka-teki dan marah-marah atau menyalahkan saya atau pihak media kerana tidak menyiarkan nama penuh pelakon itu.
Saya sendiripun, kalau boleh nak temuramah pelakon tu, tapi apakan daya, dia nampak sayapun, dia dah phobia, belum lagi keadaan dia yang saya tahu, trauma setelah kemalangan itu.
Jadi, jangan salahkan saya juga jika ada yang kata dia lari dan tak bertanggungjawab sebab anda sendiri yang tidak bertanggungjawab kerana tak faham ringkasan berita yang saya sampaikan.
‘Lari’ dan ‘cuba mengelak’ adalah satu perbuatan yang amat berlainan sekali maksudnya.
Saya mendapat panggilan kes ini kira-kira jam 1 pagi ketika baru sahaja sampai di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail kerana ada temujanji dengan blogger Shah, Military of Malaysia (http://militaryofmalaysia.blogspot.com/) dan beberapa rakan.
Ketika itu saya baru sahaja sampai di Kuala Lumpur setelah pada petang dan malam ada urusan di Jerantut dan Temerloh.
Dalam tempoh 7 jam, saya memandu lebih 500 kilometer dan membuat 3 temujanji di 3 tempat berasingan dan sampai Kuala Lump[ur jam 12.30 tengahmalam.
Baru sahaja 5 minit duduk, dan air pun belum sampai, saya mendapat panggilan kemalangan ini.
Kemalangan kereta dan motosikal – yang merupakan senario biasa yang hari-hari saya dapat panggilan.
Saya tangguhkan dulu untuk ke lokasi kerana silap-silap, saya sendiripun tak larat dah nak ke lokasi sebab penat sejak 3 hari lalu, bermula kes tanah runtuh di Selayang, saya langsung tidak berpeluang untuk tidor…bermakna sudah 3 hari saya tak tidor.
Setelah 15 minit, baru saya ambil keputusan untuk pergi juga setelah 5 panggilan dari beberapa orang maklumat kemalangan.
Akhirnya, saya pergi juga dan ketika itulah saya dimaklumkan kemalangan membabitkan seorang pelakon.
Malangnya, saya tiada kepentingan apa-apa dalam dunia artis, jadi saya tak dapat gambarkan siapakah orangnya itu dan bagaimana rupanya dia.
10 minit kemudian, saya tiba di lokasi dan ada ramai orang termasuk anggota trafik.
Beberapa rakan memaklumkan dan mengesahkan maklumat yang saya dapat.
Kejadian berlaku kira-kira 12-30 apabila kereta dipandu di lorong laju ini, bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan (ditunggang melawan arus).
Saya dimaklumkan, kejadian didakwa berlaku ketika penunggang motosikal cuba melarikan diri dari satu sekatan jalanraya berhampiran bulatan Batu Caves dan bertindak berpatah balik menunggang melawan arus.
Saya tidak dapat sahkan maklumat ini, tetapi yang pasti memang motosikal ini melawan arus kerana kemalangan berlaku secara berdepan dan bukan dilanggar dari belakang.
Kereta BMW ini mengheret kira-kira 50 meter motosikal mangsa.
Cermin hadapan terdapat kesan hentakan dipercayai kesan setelah mangsa melambung ketika kemalangan.
Mangsa pula kemudian tercampak ke pembahagi tengah jalan dengan kesan kecederaan teruk di hampir keselurhan badan.
Mangsa dikenali sebagai Tuan Mohamad Nul HakimTuan Long, 21 tahun berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan
Menyedari kehadiran saya, pelakon terbabit cuba mengelak dari gamb
arnya dirakamkan, dan akhirnya meninggalkan tempat kejadian setelah rakannya datang mengambil…
Saya cuba menghampiri pekakon itu, tetapi dia kemudian terus berjalan dengan laju dan sempat berpesan kepada orangramai supaya lindungi dia dari gambarnya dirakamkan oleh saya.
Dan akhirnya, sebuah kereta berhenti di tepinya, dan lelaki itu terus memasukinya dan meninggalkan tempat kejadian.
(Kepada pembaca yang tidak faham akan sesuatu kes atau kejadian terutama membabitkan kemalangan maut, diminta jangan buat sebarang spekulasi atau andaian-andaian bodoh atau teka-teki seperti ‘mahu lari’, ‘mabuk’, ‘takut’ dan sebagainya.
Ada kes, pemandu terpaksa ‘melarikan’ diri atau ‘dilarikan’ untuk menyelamatkan dia dari dipukul oleh orangramai, sedangkan banyak kes, dia sebenarnya tidak bersalahpun.
Ada kes, pemandu bukan lari, teapi beredar untuk ke balai polis, dan mangsa yang telah meninggal dunia, itu urusan polis untuk selesaikan, bukan dia.
Ada kes, pemandu perlu dihantar ke hospital, dan ada juga yang menjadi trauma dan perlu di’jauhkan’ dari lokasi kemalangan itu bagi mengurangkan kesan dan tekanan psikologi yang diterimanya.)








macam MELODI pulak dah.. TUNGGUUUUUUUUUU!!!!!!
huyooo…suspen nie….dah layak dah jadi repoter hiburan. :p
sapakah pelakon itu? cepat r bagitau..nak tau juga..adakah dia bersalah dalam xcident ini?huhuhu
kompem budak kelantan rempit tu salah..kalo x rempit,sedang odw nk anta 'barang'..yg g lawan arus apehal?bangsat pnye budak rempit..neway al-fatihah pada si mati..
hmm rasenye keta cam same ngan kete Zarina AF2.
dah tau.. nama pelakon tu Zaidi Omar.. mata sepet2 skit..
tu laa..zaidi omar xsalah rasanya dalam hal ni..dia mungkin terkejut dan tgh trauma time tu
Klu eksiden jgn gelabah…. ada 24jam nak wat repot… Ikhlas dari- http://sue-sygckit.blogspot.com
yep pelakun tu Zaidi Omar…tu mmg kete die, tp die xbrsalah sbb budak tu yg melawan arus.
BUKAN ZAIDI OMARLAH, TU KAN KERETA BRITNEY SPEARS TUUUUU,,,HAHAHA
BUkan Maikel Jeksen ye? manetau kotkot dia hidup lg.. sembunyi kat malaysia..
brape kos nk repair bmw ni.. pehh.. msti mahal.. padah merempit, org lain dpt tekanan!
http://beautifulnara.com/zaidi-omar-terlibat-dalam-kemalangan-maut/
jawa- boleh join melodi ni. lagipun nas ahmad dah xde dlm melodi tu…
out of my mind- layak? oh tidakkkk…!!!
helmikangkong- ikut keadaan kes, dia tak bersalah
anon- itulah malang yg dicari namanya…
anon- itu hari aku ada terjumpa blog yg posting artis dgn kereta2 mereka… tak ingatlah apa nama blog tu.
zaff-masa kejadian tu, tak sempat tgk mata dia.
mohd fareq- saper x trauma bro, mangsa tercampak betul2 atas cermin depan dia
dak wan- kdng2, mangsa kemalangan bukan gelabah. tapi biasanya, akan jadi blur kejap. masa itulah kita sebagai ahli kelaurga, saudara, or rakan, membantu menenagkan mereka.
mohd asnawi- kalau yg melawan arus tu treler…
shahpaskal- britney s? dia ada duit ke nak beli keta mcm tu..!!!
rihana- mj? apasal tak sebut mawi je…
someone- sstori dlm link tu, copy paste dari online. mereka pulak dapat stori tu, dari saya.
setuju dgn penjelasan last brother sham pasal manusia2 yg suka salah faham..sesiapa yg pernah terlibat dgn kemalangan shj yg boleh faham. yg tengok pandai membuat spekulasi shj.
budak kelantan ni lari dari road block, kemudian mati kena langgar. bak kata pepatah ‘keluar dari perangkap harimau, masuk pula ke perangkap buaya’.