KM 407.5, Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Lembah Beringin, Hulu Selangor
27 Januari 2013
1.40 pagi
Nama pemandu (maut) : Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26 thn
Nama penumpang : Ahmad Fauzi Saari – cedera parah – Pemain Bolasepak Felda United
Lagi kes kemalangan maut di laluan Bayangan Maut.
Ketiadaan nombor utama kerana kehilangan telefon bimbit menjadikan saya terus ‘terputus’ perhubungan dengan dunia luar sehingga Selasa ini . Jadi, maklumat sebarang kes tidak akan sampai kepada saya…
Berita ringkas yang mampu saya paparkan untuk berita ini:
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 1.40 pagi tadi , membabitkan sebuah BMW E46 no pendaftaran WQN 9911 yang terbabas semasa melalui satu selekoh arah kanan.
Ia kemudian merempuh penghadang jalan sebelum terbakar di bahu jalan.
Kedua-dua pemandu dan penumpang berjaya dikeluarkan dengan bantuan orangramai ketika api masih belum merebak.
Pemandu kereta, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, bagaimanapun meninggal dunia akibat cedera parah sebaik berjaya dikeluarkan.
Bagaimanapun penumpang kereta, Ahmad Fauzi Saari, seorang pemain bolasepak Felda United, cedera parah.
Sebaik kedua-duanya berjaya dikeluarkan, api terus membakar keseluruhan kereta.
Ahmad Fauzi dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut.















Al-Fatihah. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Sahabat forum yang meninggal tu