Km 2-7
Lebuhraya Elite
Shah Alam arah KLIA
19 Jun 2010
7-30 pagi
Kemalangan ini meragut dua nyawa.
Kedua-dua kenderaan terbabit merupakan kenderaan berat dan berlaku di lorong kecemasan.
Treler membawa muatan bahan simen ini berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan.
Sebuah lori sarat dengan ribuan ayam hidup, dalam perjalanan dari Ipoh menuju Senawang Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, pemandunya dipercayai tidak sempat membrek dan mengelak treler yang diletakkan di lorong kecemasan itu.
Akibatnya, hampir keseluruhan bahagian hadapan lori ini terperosok di belakang treler terbabit.
Kedua-dua pemandu dan kelindan tersepit.
Beratus-ratus sangkar ayam bertaburan di atas jalan.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Roslan Deni, 34 tahun dan Rosit Malim, 24 tahun , berasal dari Sarawak.
Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan berapakah ayam yang kehilangan nyawa.

















klau indon/bangla nampak ayam betabur ni, habis kne kebas.. dorang bukan kira mati x mati..
pepun, al-fatihah utk mangsa..
agak2nya bang, akan kekurangankah stok ayam di dlm negara selepas ini?
hehhehehe
tu la pasal brapa ekor ayam ntah kehilangn nyawa sbb kmalangn ni…mntang2 kewujudannya tak brapa diendahkn kecuali musim perayaan…
btw, ada tak link berita eksiden d rawang awal thun ni…2 kereta n seekor lembu sebelum susur keluar rawang di lebuhraya PLUS