Jalan 34/26, Seksyen 10
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
22 Februari 2013
12.30 tengahari
Melihat dari kesan kemalangan ini, ianya amat mengerikan.
Jalan ini adalah laluan menurun bukit dan agak curam.
Pemandangan biasa di sini – lori dari pelbagai jenis selalunya dipandu laju tanpa menghiraukan kemungkinan-kemungkinan akan timbul jika berlaku masalah pada kenderaan.
Dalam kejadian ini, Yong Chen Soon, 46 tahun, seorang kontraktor, sedang menunggu giliran untuk melintasi persimpangan ini yang ketika itu lampu isyarat berwarna merah.
Kereta Nissan AD resortnya berada paling hadapan di persimpangan lampu isyarat ini.
Di belakangnya, kira-kira 20 meter, Yong tidak menyedari sebuah lori pembancuh simen sedang dipandu agak laju dan sedang mengalami masalah.
Masalahnya dipercayai berpunca dari brek yang tidak berfungsi menyebabkan pemandu terpaksa mengambil tindakan nekad membelok ke arah kanan ke pembahagi jalan.
Tindakannya supaya lori tidak merempuh kereta dipandu Yong yang masih tidak menyedari kejadian itu.
Lori yang sudah mula menyeget, merempuh sebatang tiang lampu dan tiang lampu isyarat, manakala bahagian belakang lori merempuh sisi kanan AD Resot ini.
Kejadian tidak habis di situ – lori terus hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik di tengah persimpangan ini.
Yong dan pemandu lori terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Mujur ketika kejadian, lori tidak menghempap kenderaan lain yang sedang melintasi persimpangan ini.
Tumpahan minyak turut berlaku menyebabkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Hazmat, ITIS DBKL dan Skuad Kecemasan DBKL tiba di lokasi untuk kerja-kerja pembersihan.
Lori pembancuh simen adalah pemandangan biasa di lokasi ini malah kehadirannya amat menakutkan pengguna jalanraya di sini.
Laluan menurun bukit yang agak curam ini ibarat mengundang mala petaka lebih besar jika kenderaan berat ini tidak menghiraukan keselamatan pengguna lain.
















laluan ni mmng salalu sy gunakan..memang kebanyakkan kenderaan laju semasa menurun bukit disini…
kat sini juga ada kamera AES..dan di jalan ini juga bnyk kesan tumpahan simen dari lori2 simen seperti yg terbabit,menyebabkan permukaan jalan raya di situ berbahaya kpd penunggang motosikal yg terlanggar bonggolan2 tumpahan simen yg dah keras itu.sehingga sekarang tiada mana2 pihak yg nak bersihkan tumpahan tersebut. lori simen dan lori tanah berlumba2?..hehe..dah tak larat nak lapor kan dah..saya sendiri dah 3 kali wat laporan kepada pihak berkenaan termasuk satu gambar bukti sy dah ambil (lori tanah memotong sebelah kiri di mana semua kenderaan berhenti lampu merah, tetapi lori tanah tu terus melanggar lampu merah itu,lokasi sebelom carefour)..tp penat saja wat laporan..buang masa!!!..lantak lah kan..